Part 1

8K 319 5
                                    

        Kepulangan nya sengaja dirahsiakan supaya Mummy dan Daddy nya terkejut kerana dia ingin buat surprise betapa rindunya dia kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia sanggup berhenti buat sementara sebagai doktor pakar kerana ingin menggantikan Daddy nya yang ingin meletakkan jawatan CEO.

Walaupun dia berhenti sebagai doktor tak semestinya dia tinggalkan selama-lamanya. Dia hanya menggantikan untuk sementara sahaja sehingga abangnya Henry Zayn Louis Tan Sri Michael pulang ke tanah air.

Dia balik Malaysia pun untuk selamanya dan dia ada dua dunia yang berbeza. Satu sebab TMB Mafia dan satu lagi sebab dia rindukan parentsnya kat Malaysia.

Dah tiba masanya dia berada di Malaysia setelah lama duduk di Russia sampaikan tak sempat untuk mencari teman wanita disana. Ramai je doktor perempuan yang berkenan dengannya tak termasuk lagi yang non-muslim.

      Kelibat Pak Hamid di cari. "Aishh manalah pak hamid ni. Takkanlah dah lupa riak wajah aku yang elok lagi handsome ni. HELLO...Qalish where is pak hamid. I can't look him everywhere. People is full at airport." aku menghantar mesej kepada Qalish..

    Online chat:

Tingg..
Massage reply: Qalish

     "Heyy bruhh.. kau keluar je dari pintu airport lepastu kau cari pula kereta BMW warna silver bernombor plat VWW 33. Tak payah mengada nak suruh pak hamid jemput kau dari dalam macam anak anak raja.

Lagipun pak hamid tu TUA dah tak larat nak angkat beg beg kau yang mengalahkan anak gajah. Okey dah jumpa kau kat rumah aku nanti dude see u there muahh. Ahahaha."

     "Shitt!!" Gumam Daniel perlahan. Matanya masih melilau kehadapan mencari pintu keluar KLIA. Pandangan gadis-gadis yang tertawan dengan ketampanannya dibalas dingin.

   "Bengong punya member sempat lagi letak balas mesej camtu. Tunggu kau Qalish aku hempuk gak kepala kau dengan beg seberat anak gajah aku ni.." bebel Daniel sendirian. Orang yang memandangnya di dalam airport tidak dihiraukan. Macam tak pernah nampak orang gila macam dia pula dekat airport.

   Online chat:

       "Tak payah gedik lah Qalish bab* kau tu memang patut masuk golongan sotong je. Tak masuklah kau ni dengan nama Mafia kononnya dah lah manja tak sangka ada juga spesis sutun dekat Malaysia."  Balas Daniel. Tidak sangka ada kawan spesis dalam lautan.

"Cam bontot kuali siaa" sambung lagi Daniel sengaja memanaskan angin dalam badan Qalish.

Tingg...
Massage reply: Qalish

" Lahanat tol kau" balasan Qalish kali ini menandakan lelaki itu bengang dengan nya. Padan muka pasti lelaki itu sudah tidak sabar ingin meluku nya.

Malas melayan kerenah Qalish aku terus menutup phone dan menolak troli bagasi kearah pintu airport. Setelah keluar je dari airport aku terus mencari kelibat kereta BMW yang dikatakan oleh Qalish.

Kelibat kereta BMW yang dikatakan oleh Qalish tadi aku dekati dan terus mengetuk tingkap cermin kereta. Kelibat Pak Hamid terus keluar dan menegur aku.

    "Daniel??" Tegur pak Hamid selaku pemandu peribadi Qalish. Tidak sangka pak Hamid masih setia menjadi pemandu keluarga Qalish setelah kedua orang tua Qalish telah menghadap ilahi berapa tahun lalu. Mereka ibarat ikatan keluarga yang takkan terputus.

   "Yep pak hamid. Saya Daniel kawan pada Qalish. Pak Hamid dah lupa riak wajah saya yang hensem lagi bergaya ni?" Soal Daniel sengaja bergurau dengan lelaki itu setelah sekian lama tidak bertemu.

     "Ehhh mana ada lah. Pak hamid mana lupa dekat Daniel cuma wajah Daniel yang banyak berubah sebabtu Pak Hamid tak dapat mengecam sepenuhnya.

Makin tampan pula kamu ni ye dah macam omputeh dah Pak Hamid tengok kamu ni. Badan tegap bukan main kalah Pak Hamid masa zaman muda." Balas Pak Hamid tidak kurangnya. Dia selesa berbual dengan Daniel. Anak muda itu tidak ubah dianggap seperti anaknya sama juga dengan Qalish.

     "Okeylah mehh sini bagasi biar Pak Hamid letak dalam bonet." Tegur Pak setelah lama berbual. Lama pula berbual di airport risau pula orang dirumah menunggu Daniel.

   "Ehh Pak Hamid jangan!! Tak payah susah-susah. Risau pula Daniel. Biar Daniel je yang letak. Tak macholah kalau Pak Hamid yang letak sedangkan Daniel punya body though ni tak nak angkat. Pak Hamid masuk dalam kereta start enjin je.

Nanti selesai angkat bagasi Daniel masuk dalam kereta." Ujar Daniel menegah Pak Hamid dari menolongnya. Tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Biarlah dia yang muda gagah ni mengangkat beg nya sendiri.

    "Baiklah Daniel." Balas Pak Hamid. Dia melangkah senang menuju kearah tempat pemandu.

    Selepas aku meletakkan bagasi-bagasi aku kedalam kereta aku terus menuju kearah tempat duduk penumpang dan duduk di sebelah Pak Hamid.

Pak hamid terus menegur aku.

    "Ehh kenapa tak duduk belakang je Daniel? "

    "Alahh Pak Hamid rileks lah. Daniel bukan bos besar kalau nak duduk belakang ni. Tak selesa lah kalau Daniel buat macam Pak Hamid ni pekerja Dani je." Cepat saja dia membalas. Tidak mahu terlebih selesa menjadi kawan baik Qalish. Biarlah dia jadi diri sendiri.

  "Pak hamid just hantarkan Dani ke rumah Qalish je. Tak perlu susahkan diri tau." Tegur Daniel menutup kata-kata Pak Hamid.

     Kereta BMW berhenti disebuah vila di atas puncak bukit. Kini sampai juga rumah Qalish Adham aka kawan baiknya.

   "Erm Pak Hamid. Terima kasih sebab jemput Dani kat airport tadi." Senyum nipis diberi kepada pak hamid selepas itu dia turun bergerak ke bonet kereta BMW itu.

    Satu bagasi pakaian diturunkan dan dibawa masuk kedalam vila dituruti pak Hamid dibelakang. Kelibat Qalish didepan pintu vila terus tersenyum lebar bila melihat susuk tubuh Dani bersama pak Hamid menuju ke arah nya.

Sampai didepan pintu vila tubuhnya terus ditarik kedalam pelukan sahabatnya.

      "Woi Qalish lepaskan aku lah!!" Marah Daniel bila badannya dirangkul oleh makhluk yang bernama Qalish

     "Hishh kau ni Dani. Aku baru nak lepaskan rindu dekat kau. Ok lah jom masuk. Mak Minah dah masakkan Kari Kepala Ikan favorite kau tu." Ujar Qalish senang hati menjemput teman baiknya masuk kedalam rumahnya.

     "Wow spesial siak aku dapat layanan free dan makanan Malaysia dari Mak Minah yang superb best tu!"

    "Hermm untunglah ada orang sayang." Gumam Qalish perlahan. Tiba-tiba telinganya ditarik oleh Mak Minah...

      "Aduhhh Mak Minah. Ampunnn!! Jangan tarik telinga Qalish.." Rengek Qalish menahan sakit yang tidak seberapa dengan muka cemberut manakala Dani yang duduk dimeja makan dah gelakkannya kerana ditarik telinga oleh Mak Minah.

     "Haihh Mak Minah bukan selalu tau dapat masakkan favourite Dani tau. Kamu tu hari hari Mak Minah dah masakkan sampaikan Mak Minah naik pening melayan kerenah kamu. Dah jom pergi makan tu tengok Pak Hamid dengan Dani dah siap tunggu kamu nak makan lagi." Bebel Mak Minah dengan perangai Qalish yang nakal.

    Selalu saja mengusik Daniel, pantang lebih ada sajalah dia merajuk tak kena langsung dengan bentuk tubuh tegap miliknya itu. Qalish suka mengusik wanita itu kerana Mak Minah ibarat Ibu keduanya setelah mama kesayangannya. Selain itu ibu kandung Daniel merupakan mummy kesayangannya juga.

     "Ye lah mak Minah." Balas Qalish dengan wajah gembira. Seronok dengan suasana meriah yang di tunjukkan oleh Mak Minah dan Pak Hamid.

      Qalish mengambil tempat duduk sebelah Dani berhadapan dengan Mak Minah yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan.

Seusai doa dibacakan oleh Qalish. Mereka menjamu makan dengan masakan Mak Minah yang boleh tahan menarik selera ditemani lawak jenaka Qalish yang tak berapa menjadi.

    Ruangan makan itu riuh rendah dengan suara mereka berempat. Daniel gembira melihat wajah Qalish yang berseri ditemani Mak Minah dan Pak Hamid.




















































Okey done Part1 plis tinggalkan vote dan comment😊

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now