RamaDhan Time's With Daniel Mikhael Families.
"Abang!! I need your help!" Panggil si isteri dari ruangan bilik tidur utama.
"Ye sayang i'm coming." Sahut Mikhael yang ralit menonton televisyen di ruang tamu. Si kembar pula sedang disiapkan oleh Farysha kerana mereka berdua akan bertolak ke rumah Mummy dan Daddy ibubapa kepada Daniel.
"Abang cepat lah sikit... ambik kembar ni dorang dah siap. Saya belum siap lagi la nak pakai baju semua nanti lambat pula kita nak berbuka dekat rumah parent abang." Bebel Farysha sambil memerhati si kembar sedang bermain di atas katil.
"Ye lah." Mikhael terus bangun dari sofa menuju ke bilik mereka untuk mengambil si kembar.
Kelihatan isterinya sibuk bersiap dan mata wanita itu tidak pernah lari dari sikembar risau terjadi apa-apa kepada anak mereka. Walaupun ringkas saja riasan isterinya itu tetap cantik di mata Mikhael dan kecantikan isterinya itu cuma dia saja boleh lihat dan pegang.
"Datang pun baba korang ni. Dari tadi lagi mama panggil bunyi suara je yang menyahut ingatkan tak nak ambil dah babies ni." Ujar Farysha sambil mengagah kedua si kecil itu.
Tergelak si kembar dengan celoteh si ibu yang membebel kepada ayah mereka walaupun satu patah tidak difahami mereka namun mereka tahu ibunya itu memarahi si bapa.
"Ehh baba pula yang kena. Jom babies ikut baba turun bawah kasi mama bersiap. Bebel mengalahkan nenek tua mujur muka lawa lagi kalau tak baba cari mommy baru untuk babies. Ahahaha." Balas Daniel Mikhael.
Sempat dia mengusik si isteri dengan gurauan tak makan samannya itu.
"Carilah, cari kalau nak kena penyakit abang jangan main-main sayang suruh abang zayn dan qalish gantung abang dekat tepi tasik biar kena makan dengan jaws. Babies jangan ikut perangai baba ye. Ikut perangai mama sporting and humble je babies." Rinna dan Rian hanya melihat saja ibu nya membebel.
Wajah cemberut Mikhael diabaikan oleh Farysha malah tangan nya ligat membelit tudung. Tak sangka puasa kali ni mereka sudah berempat kejap saja masa berlalu.
Dulu berdua sekarang mereka ditemani sikembar pasti raya mereka juga meriah. Tidak lama lagi raya bakal menjelma tinggal seminggu saja ramadhan bakal meninggalkan mereka sekali lagi.
Sepanjang menyambut ramadhan Hazeeq tidak lokek datang ke rumah untuk bermain dengan Rian dan Rinna. Mujur saja kedua ibu bapanya tidak kisah kerana mereka tahu ini kemahuan Hazeeq semasa si kembar dalam perut lagi.
"Abang tukar lah baju dulu biar sayang jaga Rian dengan Rinna pulak. Nanti jalan jammed nak sampai rumah mummy dengan daddy." Ujar Farysha setelah dia sudah siap berpakaian dan bertudung.
Beg sandang dan beg kain solat sudah siap di simpan dan diletakkan sekali dengan beg pakaian babies. Persediaan jika mereka diajak bermalam di sana.
Malam ini agak meriah kerana Zayn dan Qalish juga ada bersama dengan pasangan memasing rasanya masakan malam ini juga agak meriah kerana mereka bertiga telah berpakat untuk membawa pemanis mulut dan lauk pauk yang dimasak dari rumah untuk dibawa kerumah mertua masing-masing.
Puan Sri Marissa terlalu baik dan dia langsung tidak bersikap pilih kasih sanggup menerima kekurangan dan kelebihan menantunya masing-masing.
"Okey sayang tunggu kejap. Abang tukar sekejap je. Barang barang lain abang dah masukkan dalam bonet cuma beg sayang dengan anak-anak je belum lagi." Balas Mikhael.
"Takpe sayang tolong bawakkan cuma abang kena dukung babies turun je lah. Setakat beg babies dengan beg sayang okey je. Btw sayang dah tempah baju raya kita sekerluarga tahun ni tema maroon okey kan abang?"
YOU ARE READING
Iman Mikhael | C
RomanceIman Farysha.. orang nya cantik, cukup sempurna tapi hanya disebabkan satu kemalangan menimpanya. Dia bukan lagi Farysha. Dia kembali menjadi seorang Iman yang cengeng dan kebudak-budakkan. Ditinggalkan bekas tunang dan kemalangan yang menimpa...