Chap 26

367 15 1
                                    


    Iman menggosok kepala Mikhael penuh cinta. Persis seperti setahun yang lepas.. Mikhael ibarat Mr knight shining armor baginya. Senyuman ditarik nipis.

Mengaduh kecil.. terasa perit dengan kesan tamparan yang diberikan oleh Rania tempoh hari.

   Jururawat yang masuk tersenyum kecil melihat adegan suami isteri itu. Iman menyuruh jururawat itu menyelesaikan tugasnya tanpa mengganggu Mikhael yang sedang lena.

Jam dinding menginjak hampir 5pagi. Sebentar lagi dia akan mengejutkan Mikhael untuk bangun bersahur. Tinggal beberapa hari lagi ramadhan bakal menginjak pergi.

    Iman melabuhkan ciuman hangat keatas ubun-ubun suaminya.

   "Iman sayang abang sangat-sangat. Tiada yang lain dan abang adalah hero kami. Abang sanggup lakukan apa saja demi kami." Ujar Iman perlahan.

    Wajah Mikhael ditatap sepuasnya. Rindu dengan wajah tampan suaminya. Dia tak tahu bagaimana reaksi suaminya jika kehilangan dirinya. Tubuh itu kurus dan tidak terurus walaupun baju yang dikenakan oleh Mikhael sudah bertukar.

     Dia mahu sembuh secepat mungkin. Tidak mahu terlantar dikatil hospital dan mencium bauan hospital.

    Tepat jam lima pagi Iman mengejutkan Mikhael agar suaminya bangun. Jika dibiar kan tidak bersahur la suaminya itu.

"Abang bangun.. sahur.." kejut Iman penuh lembut.

"Ermm kejap give me five minutes sayang.. I'm so tired.. mengantuk sangat.." rengek Mikhael perlahan tanpa sedar. Kepalanya makin ditolak ke celah lengan Iman.

"Abang.. bangun nanti tak sempat abang nak bersahur kat kantin hospital.. sayang tahu abang penat dan mengantuk tapi sayang lebih kesian kalau perut abang kosong nanti." Pujuk Iman.. bahu tegap encik suami ditepuk-tepuk beberapa kali.

"Hermm yelaa abang bangun." Balas Mikhael mamai. Tidak sedar lagi yang isterinya itu sudah sedar dari tidur lama.

Mikhael mencelikkan kelopak mata perlahan-lahan. Baru tersedar yang dia berada dihospital menemani Iman yang masih belum sedar dari tidur panjang. Berkerut keningnya memikirkan siapa yang mengejutkan dia untuk bersahur..

Dia lekas memandang wajah si isteri. Tergamam dan terpana melihat Iman tersenyum memandang wajah mamainya.

"Say--sayang?" Tangan mencekup pipi gebu isterinya sebelum dahi putih itu dicium penuh syukur..

"Aduhh-- sakit lah abang.. dah.. sekarang abang pergi sahur dulu.. nak sambung cium pipi sayang ke nak peluk ke lepas ni. Nanti tak bersahur suami kesayangan Iman Farysha ni."

"Okey sayang.. lepas abang siap bersahur abang nak sambung balik peluk cium sampai habis subuh. Alhamdulillah abang rasa gembira nak syukur sangat bila sayang dah bangun dari pengsan."

"Iyaa abang. Pergi turun kantin lepastu sahur. Tak payah duk sini lama-lama dah lewat ni." Pujuk Iman sekali lagi. Jika tidak dipaksa pasti berlanjutan perangai mengada suaminya itu.

    Sebelum keluar dari wad yang diduduki nya Mikhael masih lagi menoleh mungkin takut itu hanya mimpi. Iman hanya tersenyum terhibur melihat karenah suaminya itu. Dia faham yang Mikhael takut kehilangannya tapi dia tidak mahu suaminya itu kelewatan untuk bersahur.

    Setelah Mikhael hilang dari pandangan barulah Iman kembali membaringkan tubuhnya semula. Selepas Mikhael kembali barulah dia akan bangun semula untuk solat subuh.

***

    Terasa tubuh di tepuk-tepuk perlahan oleh seseorang. Ternyata Mikhael yang mengejutkan dia dari lena untuk bangun solat subuh bersama. Dia dipimpin perlahan menuju ke bilik air. Iman mandi dan bilas tubuhnya setelah seharian dia pengsan diatas katil hospital.

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now