Chap 25

326 13 1
                                    


Suasana wad Anggun sunyi sepi.. Daniel memandang wajah Iman yang mula bertompok ungu kebiruan.

Hilang seri kecantikan pada wajah isterinya itu angkara dendam kesumat Rania Rafella. Dia gagal melindungi bidadarinya, dia gagal menjaga isterinya dari dendam musuh.

Daniel mengeluh lemah.. si kembar dirumah juga mula menangis itupun setelah Kak Miah pujuk baru lah babies tidur. Setelah mendapatkan rawatan isterinya disuntik ubat tidur dan iv drip.

Ahli keluarga ada juga datang melawat tapi cuma sekejap saja setelah mereka disuruh oleh Daniel untuk pulang berehat.

Tepukan di bahu membuatkan Daniel menoleh. Wajah Zayn yang sudah kemas bertukar pakaian memenuhi kornea mata.

"Kau rehat lah Daniel.. seharian dah kau jaga Iman. Balik tidur takpun kau balik jenguk anak-anak kau dulu. Aku kesian dekat kau ni.. muka lesu kepenatan aku tengok tak ubah mayat hidup." Ujar Zayn menepuk bahu adik nya itu.

"Tak boleh Zayn.. aku takut Iman sedar dia cari aku... lagipun babies ada Kak Miah tolong jagakan itupun Ayah dan Ibu ada sekali dekat rumah." Balas Daniel kemudian kembali menggenggam jemari isterinya.

"Haihh kau ni Daniel.. aku sebagai abang pun kesian.. kejap je balik. Aku tolong tengokkan Iman kira baik lah ni. Pergi jelah balik sekejap kau tak kesiankan ke anak kau tu sudah la mama dorang terlantar kat sini ada baba pula tak nak jenguk sekejap.

Kira baik bini aku bagi izin teman adik ipar dia sedang terlantar sakit. Aku pun risau juga sebab bini aku tu tengah pregnant. Aku faham perasaan kau sebagai suami." Bebel Zayn..

"Hurmm aku balik.. call grab untuk aku bayar sekali. Aku tak larat nak drive. Aku berterima kasih dengan kak Miya sebab sudi pinjamkan suami dia tolong jagakan Iman sekejap.

Tahniah bakal jadi Papa.." Patuh Daniel setelah telinga nya perit mendengar bebelan si Zayn. Dia berterima kasih sangat kepada kakak iparnya.

"Aku dah call tadi.. kau pergi la nanti dah sampai call aku."

Daniel bangun dari kerusi perlahan-lahan tidak sanggup untuk meninggalkan isterinya. Lagi dia lemah semangat bila ada tulang rusuk isterinya retak disebabkan sepakkan dari Rania.

Malas mahu menyebut nama perempuan yang sudah menyakiti isterinya. Bagaimana dia mahu kuat jika jasad Iman lebam-lebam dan tidak bermaya. Rania pula sudah dihantar ke US untuk dikenakan tindakkan selanjutnya.

Perempuan itu bahkan disahkan tekanan jiwa akibat kemurungan yang melampau.

Daniel tidak peduli asalkan Rania sudah berjaya ditangkap biarlah pihak bertanggungjawab menentukan nasib perempuan jahat itu.

***

Sampai dirumah Daniel masuk bersalam dengan mertuanya. Dia bertanyakan keadaan sikembar rupanya anak-anaknya masih lagi menangis mungkin merindukan dia dan Iman biasanya sikembar jarang menangis berterusan.

    Dia naik mandi dan solat zohor dahulu sebelum mengambil si kembar. Walaupun dia merindukan si kecil tapi dia harus bersihkan diri terlebih dahulu. Kalau Iman ada pasti isterinya marah jika dia memeluk anak mereka dulu. Selesai mandi dan solat Daniel keluar dari bilik untuk mengambil anak-anaknya.

Lekas Daniel turun ke tingkat 1 menuju ke bilik Rian dan Rinna untuk mengambil mereka berdua tidur bersamanya. Memandangkan Zayn sudi menemani isterinya sebentar sebaiknya dia berehat sekejap sebelum malam ini dia akan menjaga isterinya. Sekurangnya sikembar tidak terasa terabai.

Kak Miah yang melihat dirinya masuk terus menunduk memberi hormat walaupun dia dan Iman melarang keras wanita tua itu membuat begitu. Mereka bukan lah kejam untuk menyuruh wanita tua tunduk hormat semata walaupun mereka berdua tuan rumah.

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now