Chap 27

347 14 1
                                    


      Farysha begitu teruja untuk berjumpa si kembar itu. Dia ke hulu ke hilir menanti Mikhael menyelesaikan pembayaran bil hospital.

Beg miliknya sudah siap dikemaskan bahkan ruangan wad sudah kosong tanpa barang miliknya. Farysha mengenakan baju blouse dan skirt kembang ditubuhnya.

    Kata Mikhael anak-anak berada dalam kereta bersama pengasuh mereka. Mujur saja suaminya bawa tidak lah nanti dia menyuruh suaminya racing supaya cepat sampai ke rumah.

     Selesai urusan ubat dan bil hospital baru lah Farysha dan Mikhael keluar dari ruangan hospital dan menuju ke lobi. Rysha disuruh duduk di kerusi sebentar kerana Mikhael parkir kereta dalam kotak parking memandangkan tadi ramai orang yang turun di lobi jadi mereka tidak dibenarkan parking sesuka hati.

Walaupun Mikhael juga kaki tangan dihospital suaminya tidak dibenarkan sesuka hati melakukan sesuatu kesalahan di hospital melainkan hal emergency sahaja.

    Sampai saja kereta Mikhael, lelaki itu turun dan memapahnya duduk di tempat penumpang sebelah pemandu. Farysha masuk kedalam dan duduk dengan selesa. Tali pinggang dipakaikan oleh Mikhael.

Setelah selesai suaminya menutup pintu dan kembali ke ruang pemandu. Rysha menoleh kebelakang dan meminta untuk memegang Rinna dahulu untuk menyusu si kecil. Rian yang sedang bermain disuruh pengasuh pegang biar anaknya bergilir menyusu dada.

Sampai dirumah Rinna sudah tertidur setelah kekenyangan. Rysha meletakkan Rinna diatas toto dan melapikkan bantal peluk kiri dan kanan.

Rian yang berada dalam dukungan pengasuh diambil dan dia duduk disofa menyusu sikecil itu. Mujur saja Rian tidak tidur. Setengah jam juga, suaminya pula berada didalam bilik menyimpan pakaian isterinya.

Sunyi saja rumah maklum lah bulan puasa. Takkan la mahu dihidang makanan pula. Lagipun dia masih tak dibenarkan puasa lagi hari ini. Esok baru lah dia berpeluang sehingga hari raya yang berbaki lagi dua hari.

Umi dan Abah sudah pulang ke rumah katanya petang nanti mahu datang berbuka sama dirumah diikuti mummy dan daddy.

Zayn dan Qalish tak dapat datang memandangkan mereka berdua sudah pulang ke kampung isteri masing-masing untuk menyambut hari raya pertama mereka. Kedua mereka bakal menimang anak juga lebih kurang 6bulan lama lagi.

Raya tahun ni Farysha sambut dirumahnya kerana keluarga belah umi dan abah nak datang melawat nya. Mummy dan Daddy pula mahu datang malam raya dan bermalam dirumahnya nak beraya dengan cucu-cucu sulung kan.

Maklum lah Zayn dan Qalish masih berbaki 6bulan lagi baru lah dapat pegang cucu kedua dan ketiga.

Mikhael dan dia merancang mahu buat majlis aqiqah si kembar memandangkan mereka berdua tidak sempat sebelum ni kerana sibuk sehinggakan tiada masa mahu buat majlis.

Seminggu lepas raya mungkin senang sedikit ada ramai keluarga yang datang maklum lah belah umi ramai adik beradik. Belah mummy pula hanya tiga beradik saja, mummy anak sulung, makngah dengan paksu semua duduk jauh.

Makngah pula kahwin dengan orang Perlis manakala Paksu kahwin dengan orang Terengganu. Jadi mereka tidak dapat datang beraya di KL bersama.

Baju raya yang dikirim pada kakngah tempoh hari katanya akan dihantar esok. Kak rynna sibuk sikit sebab kedai biskutnya laku keras maklum lah musim raya kan. Abang faris pula sampaikan terpaksa kerja half day untuk menolong isteri tercinta katanya semasa melawat Rysha di hospital.

Setelah Rian menyusu sehingga kenyang baru lah si kecil itu tertidur. Rysha beri kepada pengasuh supaya Rian diletakkan disebelah Rinna yang sedang lena. Farysha puas hati sangat bila kedua sikembar tidur kekenyangan setelah selesai menyusu.

Rysha bangun berjalan perlahan ke bilik air. Tiba-tiba rasa mahu terkucil. Dia hanya menggunakan bilik air tetamu dibawah saja. Mak Miah nampaknya sibuk didapur.

Mikhael mengupah pengasuh baru kerana tidak mahu Mak Miah penat menjaga si kembar lagipun kesian mak Miah sendirian menjaga Rian dan Rinna dirumah.

Rysha keluar dari bilik air dan kembali semula ke ruang tamu. Dia nampak Mikhael sedang baring disebelah kembar. Suaminya nampak penat. Mana tidaknya suaminya itu tidak mahu bergilir jaga nya dihospital rela teman dirinya semalaman dan pulang pada waktu siang hari saja ke rumah.

Farysha duduk di tepi suaminya. Laju saja Mikhael letakkan kepalanya atas riba Iman. Mahu bermanja dengan isteri pula. Sudah seminggu dia tidak bermanja dengan Iman kerana isterinya ditahan oleh pihak hospital.

"Abang rindu sayang sangat-sangat.." ujar Mikhael. Muka digosok keperut Iman.

Farysha tersengih dengan sikap manja suaminya itu. Sudah seperti kucing parsi saja reaksinya itu. Manja lebih dari anak-anak pula.

Tangan naik menggosok kepala Mikhael..

"Sayang pun rindu abang dan anak-anak. Kesian abang dengan anak-anak stay kat rumah. Maafkan sayang ye abang.." balas Iman dengan suara halus.

"Takpelah sayang.. abang dah redha dan ikhlas dengan apa yang terjadi pada keluarga kita. Abang kecewa dengan sikap Rania pada sayang, sanggup dia nak bunuh sayang semata-mata gila mahu bersama abang.

Abang tak boleh imagine kalau hilang sayang suatu hari nanti.." jujur Mikhael dengan keluhan lemah. Tidak dapat terbayangkan saat kehilangan isterinya itu.

"Benda lepas biarkan berlalu lah abang. Ambil sebagai pengajaran atas apa yang terjadi. Kalau Allah kata Jadi.. maka terjadi lah sesuatu.

Kita sebagai hamba tidak boleh menolak atau pun menidakkan takdir yang Allah sudah tetapkan.. Kalau sayang di sahkan meninggal pun abang tak boleh menyalahkan takdir tapi abang kena belajar redha dan terima ujian dengan sabar.

Setiap apa yang terjadi ni ada sebab bang.. satu Allah nak uji kita sebagai hambanya, kedua Allah nak tegur kita dari lalai sebagai hambanya." Nasihat Iman panjang lebar kepada suaminya.

Dia bukan apa.. Dia tak mahu suaminya menyalahkan takdir ataupun dirinya. Setiap yang terjadi ni adalah kehendak Allah. Kalau benda sudah mahu terjadi.

Ia akan tetap terjadi juga walaupun kita sebagai hamba yang khilaf selalu menyalahkan takdir. Andai dirinya sudah sampai ajal.. dia redha dan ikhlas. Bukan selamanya mereka semua kekal di dunia. Sampai masanya semua akan merasai mati. Cepat atau lambat saja mereka semua akan hadap kematian.

"Baik lah sayang.. abang ikhlas. Cuma kalau abang hilang sayang, untuk jadi sekuat tu abang takut. Sayang adalah separuh nyawa abang.

Hilang sayang umpama hilangnya separuh jiwa abang. Abang bersyukur sebab Allah masih pinjamkan sayang untuk bersama abang lagi."

Tubir matanya panas. Tidak dapat dibayangkan jika Rania benar-benar membunuh isterinya. Adakah dia masih berada disituasi ini bersama Iman? Ataukah dia akan berkurung dalam bilik merenungi salah sendiri kerana gagal melindungi Iman.

Pelukan pada perut Iman dikemaskan lagi. Rindu bau isterinya. Segala hal Iman sangat dirinduinya. Iman cinta pertamanya, Iman saja penguatnya.

Hilang Iman maka hilang lah jiwanya. Tidak sanggup bayangkan kehilangan seseorang yang bernilai dalam hidupnya selain mummy dan daddy.

Iman tersengih memandang pengasuh anaknya yang sedang melihat perangai bapa budak yang tengah bermanja. Sara hanya tersenyum saja melihat perangai majikannya yang sedang bermanja dengan Puan isteri.

Tidak sedar Iman terlena bersandarkan sofa. Manakala Mikhael tidur berbantalkan pahanya.

Mak Miah turut melihat pasangan suami isteri itu yang sedang lena diruang tamu. Tersenyum melihat kebahagiaan keluarga kecil itu. Dia membiarkan pasangan suami isteri itu tidur dan mengajak Sara ke dapur menolongnya memasak juadah untuk berbuka puasa nanti.

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now