Seminggu sudah berlalu, selepas je balik dari Genting Highlands. Perangai Iman makin pelik, pening dibuatnya. Selepas pertemuan Iman dan Daniel semasa percutian disana Iman hanya mahukan abang Dani saja, tiap hari dia ada sahaja soalan yang cuba Iman tanyakan kepada umi dan abahnya adakah mereka akan bertemu dengan abang Dani.Tiap-tiap malam Iman merengek sebelum tidur kerana inginkan Dani. Malah kakak dan abangnya pening melayan kerenah IMAN yang saban hari makin mengada-ngada.
Ketika semua orang sedang enak tidur Iman terjaga dari tidurnya. Entah kenapa dia bermimpi berjumpa dengan abang Dani di Taman permainan berdekatan kawasan perumahan mewah. Dan malam itu dia nekad ingin bertemu dengan abang Dani, dengan pakaian tidur nipis dia mengambil sweater dan menutup baju tidurnya yang nipis selepas itu dia menyarung seluar palazo hitam.
Tudung sarung diambil dan disarung keatas kepala. Pintu bilik di buka perlahan-lahan supaya penghuni rumah tidak terjaga, kakinya dihayun kearah pintu belakang rumah supaya tiada siapa dapat mengecam kehilangannya pagi itu.
Sudah beberapa kali dia memujuk kakaknya supaya berjumpa dan memaksa abang Dani datang ke rumah tetapi kakaknya mengatakan bahawa dia masih belum bertemu dengan lelaki itu selepas perjumpaan mereka.
Setelah berjaya memboloskan diri, Iman pantas berlari kearah laluan yang pernah dia lalui untuk ke Taman dengan Achik. Malam itu cuaca begitu sejuk dengan suasana angin sepoi sepoi. Dengan beralaskan sweater nipis, Iman terketar-ketar kerana dia dilarang keras oleh uminya supaya tidak keluar tanpa izin.
Dia hanya berjalan tanpa arah dalam keadaan jalan raya yang agak sunyi, Iman juga takut kerana bermacam-macam bunyi kedengaran di telinganya ketika melintasi semak. Lepas tu dengan keadaan jalan yang lengang seperti tidak ada orang melalui jalan itu. Selepas rasa lama berjalan akhirnya Iman sampai juga ke Taman permainan sekitar kawasan perumahan elit.
Iman berjalan perlahan mengelilingi kawasan taman yang gelap hanya ditemani lampu jalan yang samar-samar. Bunyi anjing menyalak membuatkan Iman takut, Buatnya cik Bantal Golek muncul mahu berkeliaran Iman lari. Bayang abang Dani dicari sambil menangis kerana dia takut berjalan keseorangan, dia ambil keputusan untuk duduk dibangku dekat taman berhadapan lampu jalan.
Perasaan takut makin menjalar ditubuhnya apabila suara anjing menyalak semakin dekat di corong telinganya, badannya dipeluk kemas dan berpusing melihat ke belakang.
Beberapa ekor anjing liar yang berlari beberapa meter dibelakangnya sangat menakutkan. Dia terus bangun dan berlari keluar dari taman bersama tangisan yang kuat, Dia terlampau takut kerana bimbang anjing liar itu mengikutinya tanpa dia sedar ada sebuah kereta meluncur laju melalui jalan itu untuk pulang. Tanpa dia sedari dia hampir dilanggar.
Streeeeetttttt..........!!!
Sempat kereta mewah itu break sebelum melanggar tubuh kecil Iman yang elok bercangkung di tengah-tengah jalan. Menggigil tubuh kecil molek itu saat bumper hadapan kereta hampir melanggar tubuhnya.
"Abang Dani... tssk..tssk mana? Umi tssk Abah tssk Iman takut...."
Iman masih terduduk di hadapan kereta itu kerana kakinya terseliuh akibat terkejut dengan silauan lampu kereta yang menyuluh terang di hadapan nya.Daniel's "POV"
Selepas meminta izin mummy nya untuk pulang ke apartmentnya. Dani terus memecut kereta Audi r8 nya untuk pulang. Ketika sedang dia memandu dia ternampak kelibat seseorang melintas dan dia terus menekan break keretanya, hampir saja dia melanggar kelibat tersebut.
Dia yang hampir melanggar seseorang terus memberhentikan keretanya. Mujur kawasan jalan taman sedikit lengang jika tidak pasti Audi r8 kesayangan nya menjadi mangsa rempuhan kereta lain.
YOU ARE READING
Iman Mikhael | C
RomanceIman Farysha.. orang nya cantik, cukup sempurna tapi hanya disebabkan satu kemalangan menimpanya. Dia bukan lagi Farysha. Dia kembali menjadi seorang Iman yang cengeng dan kebudak-budakkan. Ditinggalkan bekas tunang dan kemalangan yang menimpa...