Suasana rumah banglo milik Tan Sri Michael dan Puan Sri Marissa mulai dipenuhi tetamu dan orang masjid. Kesibukan katering dan ahli keluarga yang lain juga menyerlah kerana mereka saling berkerjasama untuk menjamu juadah kepada tetamu usai selesai mengadakan majlis doa selamat.Ramai tetamu dijemput seperti ahli perniagaan dan kawan serta sahabat terdekat tak lupa juga jiran-jiran yang berdekatan.
"Abang boleh tolong saya tak? Saya nak mintak tolong ambilkan air sebab saya nak telan ubat takut tak sempat nanti bila majlis bermula." Ujar Farysha meminta tolong bantuan encik suami yang sedang mengemaskan songkok di kepala.
Suami nya baru keluar dari bilik air setelah mengambil air wuduk.
"Sayang nak air? Okey kejap sayang tunggu dalam bilik ye! Jangan keluar lagipun sayang belum pulih sepenuhnya lagi. Kang pengsan dekat tangga nanti jenuh abang kena ceramah dengan mummy dan umi.
Kalau nak keluar, lepas telan ubat kejap lagi abang mintak tolong dekat Yasmin biar dia papah sayang ke ruang tamu kat bawah. Abang ada air sembahyang so tak boleh pegang sayang lagi. Okey abang keluar dulu ye." Jawab Mikhaell dengan pesanan penaja buat sang isteri sebelum dia keluar dari bilik.
Bila isteri dah sihat ni Daniel punya tegas lain macam itu belum lagi perangai kucing jantan. Adalah nakalnya tak bertempat sejak Iman keluar dari hospital ni. Kalau tak cium dia peluk kemas-kemas tak nak lepas Iman join mummy sembang.
"Okey abang. Saya tunggu dekat sini. Dah shuhh pergi ambik kang pengsan pulak isteri cantik abang ni." Gurau Farysha sambil membalas teguran Mikhael.
Setelah batang tubuh milik suaminya Mikhael itu keluar. Dia mencapai sikat rambut dan getah untuk mengemaskan rambut perangnya yang terurai.
Rambut di ikat dengan kemas supaya bila dia pakai tudung nanti takde rambut yang keluar dari tudung.
Dia bosan duduk dalam bilik sebab tu lah dia cadang nak turun kebawah.Tapi awal-awal dia sudah diwarning oleh suaminya supaya menunggu dalam bilik. Bila Yasmin datang baru boleh turun.
Yasmin tu sepupu suaminya. Orang nya cantik dan merupakan model di Itali. Gadis itu juga sudah mempunyai tunang dan merupakan orang Malaysia yang berkerja sebagai Ceo di Itali.
Nama penuh yasmin ialah Putri Camelia Yasmin berumur 26tahun berkacukan Melayu-Itali. Ibunya ialah Cassandra Lilliance dan bapanya pula Megat Yassirullah. Sebab tu lah muka Yasmin hampir sebijik mat saleh cuma mata dia mengikut Uncle Yassir warna dark chocolate.
Usai menelan ubat yang disediakan, Iman terus berehat sekejap menyandarkan kepalanya di bantal yang tersandar di katil. Suaminya pula setelah memberikannya segelas air terus keluar turun kebawah kerana orang masjid sudah sampai.
Dia masih didalam bilik menunggu Yasmin datang mengambilnya turun kebawah.
"Akak sorry!!.." sergah Yasmin sebaik menolak pintu bilik Daniel Mikhael.
"Haihh terkejut akak dengan Yasmin ni. Mujur akak takde heart attack bila yasmin sergah akak tadi. Kalau tak dah lama arwah pandai-pandai lah nanti Yasmin bersoal jawab dengan Mikhael suami akak tu.." balas Iman dengan wajah seram.
Sengaja mengusik Yasmin kerana dia tahu gadis itu akan mengalah dengan sikap tegas Mikhael.
"Ehehe sorry again!! Hurmm jom akak kita turun. Kejap lagi majlis dah nak mula. Mehh yasmin bawa akak turun bawah." Ujar Yasmin sebelum dia mengajak Iman turun. Sudah siap menjadi tongkat sakti untuk isteri sepupunya itu.
"Hurm jom lah. Akak pun dah bosan duduk dalam bilik ni lama-lama." Ajuk Iman. Dia tidak betah sendirian lama-lama nanti ada lah adegan merangkak versi Iman Farysha.
YOU ARE READING
Iman Mikhael | C
RomanceIman Farysha.. orang nya cantik, cukup sempurna tapi hanya disebabkan satu kemalangan menimpanya. Dia bukan lagi Farysha. Dia kembali menjadi seorang Iman yang cengeng dan kebudak-budakkan. Ditinggalkan bekas tunang dan kemalangan yang menimpa...