Setelah banyak pantai mereka berdua pergi. Mikhael bawa Iman ke pantai favourite nya di Pantai Chulan. Pantai disitu lebih nyaman dan tidak ramai orang pada musim persekolahan. Sedar tak sedar sudah 2bulan dia dan Iman rasmi suami isteri.
Kejap je masa berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini Iman kerap mimpi dan menyebut nama Zakwan. Daniel tidak melatah kerana dia tahu mimpi yang dialami oleh si isteri sudah pasti berkaitan dengan kisah silam gadis itu jadi dia faham dan tidak melenting.
'LOKASI PANTAI CHULAN INDAH'
Suasana angin pantai sangat menyamankan. Susuk tubuh Iman kelihatan teruja di gigi pantai. Mikhael tersenyum melihat Iman gembira, pesan ibu dan bapa mertuanya bergema di fikirannya tentang rawatan Iman tak lama lagi.
Dia yakin mampu pulihkan iman kembali tapi mampukah Iman menerimanya sebagai suami. Dia takut akan penerimaan Iman dan kesan selepas Iman sembuh nanti. Dia teringat akan kedatangan Zakwan dan keluarganya tempoh hari.
Mereka memohon maaf atas kesilapan lepas dan Zakwan juga mengenalkan dirinya ketika berhadapan dengan Mikhael cuma Iman saja lah yang diam tidak menegur Zakwan. Iman lost her memory no wonder she don't know Zakwan.
Ibu bapa Iman juga dan adik beradik lain memaafkan Zakwan dan mereka berharap lelaki itu lebih menghargai tunangnya yang sekarang. Bila dapat tahu tunang Zakwan bernama Ratna baru lah Mikhael ingat.
Gadis itu merupakan staf di syarikat Zayn. Pernah juga Ratna menggoda dia dalam diam sebelum Mikhael kenal Iman beberapa bulan lepas. Tak sangka pula merupakan tunang Zakwan.
Harap-harap Ratna tidak meminati nya lagi dan sudah belajar mencintai Zakwan sepenuh hati. Baru dia teringat Zakwan juga ada cerita yang tunangnya Ratna itu merupakan teman sekolej dengan Iman dan arwah girlfriendnya sebelum bertunang dengan Iman dulu.
Patutlah rupanya cinta tiga segi. Takpelah yang penting Iman sudah menjadi isterinya yang sah. Mata nya juga masih terpasak di tubuh Iman yang seronok lagi mengutip kulit cengkerang.
Keluhan dilepaskan sebelum memerhatikan kelibat Iman yang masih bermain air pantai. tubuh kecil molek didekati sebelum dia mengusik isterinya.
"Sayang... best ke main air sampai abang pun tak nak pandang ehh?" soal Mikhael kepada iman.
"Best lah awak, Kita mana pernah datang pantai sejak Along sayang kaklong. Kita ada ajak Achik dengan kak Rynna tapi dorang sibuk tu lah kita main dengan umi je.
Tapi sejak abang bawak sayang kepantai banyak kali Iman gembira sangat. Sayang abang Dani banyak-banyak." Balas Iman dengan manja. Sempat dia memberi pelukan kepada Mikhael.
"Ish kesiannya wife abang ni ehh. Takpe nanti kita datang lagi ye tapi Iman kena lah ikut abang pergi kat satu tempat ye. Kita pergi sembuhkan Iman, Iman tak nak sembuh ke?
Iman tak nak ke kenal dunia Iman balik. Abang nak sayang Abang ni sihat macam biasa dan boleh lahirkan anak-anak kita." Pujuk Mikhael sebak. Tidak mahu Iman terus hilang semangat untuk sembuh. Dia nak isterinya sembuh dan sihat macam orang lain.
"Maksud abang Iman sakit ke? Iman tak nak sakit huwaaa... tsk iman nanak sakit nanti sape nak jaga umi dan abah? tsk Iman sayang abang, sayang along dan kaklong sayang kak Rynna sayang Achik dan sayang kawan kawan Iman.
Iman nak sihat. Iman dah penat telan coklat pahit tu dah lah besar euww benci!." Rengeknya sambil membentak kecil dan menangis teresak-esak.
"Alah sayang abang jangan cakap macam tu. Abang nak sayang sembuh je bukan suruh menangis. Dah jangan nangis habis orang tengok Abang. Abang taknak sayang abang sakit.
YOU ARE READING
Iman Mikhael | C
RomanceIman Farysha.. orang nya cantik, cukup sempurna tapi hanya disebabkan satu kemalangan menimpanya. Dia bukan lagi Farysha. Dia kembali menjadi seorang Iman yang cengeng dan kebudak-budakkan. Ditinggalkan bekas tunang dan kemalangan yang menimpa...