CHAPTER 13💕

129 18 12
                                    

Jihan terus turun kebawah hendak sarapan pagi.

Jihan dan Jeno bertentang mata, lalu Jihan menegur abangnya itu.

"yow tak kerja ke?". Itu ayat pertama yang Jihan tanya.

Jeno terus berdengus kecil dan kembali memandang wajah adik kesayangannya.

"kau lepas ini kau nak pergi mana Jihan?". Jihan pelik, apa abang dia ini. Kan Jihan pakai baju kerja takkanlah itupun tak tahu. Nak kata buta, tak buta pun.

"Jeno, memang tak sihat ke sejak kebelakangan ini?". Soalan berbalas soalan.

(aigoo pening la readers, kalau soalan berbalas soalan. Hawau.)

Jeno terus mendekati adiknya.

"hmm start minggu depan, Jihan tak dibenarkan kerja. Jihan kena duduk rumah. Kalau nak kerja pun kerja bawah appa". Jihan memandang abangnya dengan dahi yang berkerut serta hairan.

"apa yang kau cuba sampaikan ini, Jeno?". Kata Jihan sambil gelak dan duduk di meja yang terhidang sajian sarapan pagi itu.

"abang tak memain adik". Kata Jeno sambil menarik kerusi di hadapan adiknya.

Jihan terus tersedak air susu. Dia sudah faham apa maksud abangnya.

"uhuk, uhuk, uhuk". Jihan menepuk dadanya sambil meletakkan cawan susu yang dia minum.

"eh, ini air kosong minum". Kata Jeno sambil menghulurkan gelas air kosong ke arah Jihan untuk menghilang rasa tersedak itu.

Jihan mengangguk lalu mengambil huluran abangnya itu.

"kau kenapa ini Jeno, selalunya aku kerja dekat company Taehyun itu, kau tak kisah. Siap support aku lagi. Ini kenapa pula tetiba kau suruh aku berhenti dan duduk dibawah syarikat appa?". Kata Jihan selepas rasa tersedak itu hilang, dan dia meletakkan gelas itu,sambil menatap wajah abangnya.

"hmm, aku tahu. Tapi ini untuk kebaikan adik juga. Abang kena bertegas suruh adik berhenti". Jeno sambil membalas pandangan mata adiknya.

"aigoo, kalau aku taknak macam mana? Kau bukannya tak tahu yang appa itu, bukan aku kenal sangat walaupun dia ayah aku. Sebab dia selalu la busy then aku tak cukup kenal dia lagi. Inikan kau suruh aku bekerja dengan dia ke?". Panjang lebarla si Jihan membantah.

Jeno terus meletakkan sudu makan dia sambil mengambil cawan berisi susu untuk dia minum.

"ini la masa kau kena kenal appa, kalau kau bantah sampai bila bila la kau tak kenal appa, bahalol". Kata Jeno sedikit keras dengan suara garaunya itu, cukup membuat si Jihan takut.

Jihan menelan air liur dia yang kesat.

"hmm, nanti aku fikirkan. Tapi, bagila masa jangan nak terus mendesak aku". Kata Jihan seraya sudah rasa tak ada selera nak makan lagi, dia terus menghantar pinggan ke dapur dan mencuci pinggannya.

Jeno masih lagi menjamu makanannya.

Jihan menuju ke ruangan tamu, Jeno masih asyik makan lagi.

Jihan mengambil beg dia, lalu menatap wajah abangnya sambil mengeluh geram.

"fikirkan jangan tak fikir". Kata Jeno seraya memberhentikan langkah Jihan. Jihan berpaling dan menatap wajah abangnya yang tak memandangnya.

Jihan terus keluar dari rumah dan malas nak bergaduh dengan abangnya waktu pagi yang indah dan masih burung berkicauan lagi.

Jihan terus menghidupkan enjin keretanya dan memecut tinggalkan rumahnya.

Jeno berdengus kecil, dia mahu adiknya tidak rasa terkongkong disebabkan paksaan dari appanya yang memaksa Jeno untuk bertegas dengan Jihan untuk mengikuti bisnes appanya. Jihan tidak suka dikongkong.

𝕄𝕪𝕤𝕥𝕖𝕣𝕪 𝔹𝕠𝕕𝕪𝕘𝕦𝕒𝕣𝕕 - ℍ𝕒𝕣𝕦𝕥𝕠 𝕎𝕒𝕥𝕒𝕟𝕒𝕓𝕖 Where stories live. Discover now