"Yura! Mari sini sekejap!". Jerit Jihan dari atas.
"ye eonnie? Sekejap!". Yura yang dari dapur tergesa-gesa naik keatas.
'kdugh'.
"aduh-eonnie kenapa?". Kata Yura yang jatuh terus berdiri menghadap Jihan yang berdiri seperti tunggul didepannya.
"dah tiber masanya, kamu kena balik rumah asal". Jihan tersenyum manis sambil itu mengusap rambut Yura dan masuk ke dalam biliknya semula.
Yura tampak shock dan kecewa. Dia menggeleng sambil mengeluarkan air matanya.
"eonnie, Yura taknak ke neraka itu semula. Tolong la eonnie". Kata Yura sambil melutut dan memeluk kaki Jihan dalam tangisannya.
"Yura, taknak balik?". Yura menangguk lalu memeluk erat kaki Jihan.
"Yura taknak balik mana?". Jihan membangunkan Yura dan mengusap rambut Yura.
"Yura taknak balik rumah lama Yura. Diorg semua jahat. Yura taknak". Kata Yura teresak esak.
Jihan memeluk Yura sambil tertawa kecil.
"aigoo, eonnie bukan nak hantar Yura balik, eonnie nak bawa Yura balik rumah baru Yura". Kata Jihan sambil mengusap lembut rambut Yura.
Yura mengangkat kepalanya dan memandang tepat dalam mata Jihan.
Jihan senyum dan meleraikan pelukan itu sambil itu menggesat air mata Yura.
"m-maksud eonnie?". Kata Yura sambil memandang wajah Jihan dengan penuh hairan.
"eonnie akan bawa balik kamu ke rumah eonnie, di Busan. Rumah eonnie dan oppa eonnie membesar". Kata Jihan sambil itu duduk diatas katil miliknya.
"eonnie ada berapa rumah?". Kata Yura sambil duduk di kerusi berdekatan meja kerja Jihan.
"rumah ini, Taehyun, eonnie, Taeji dan kamu sahaja yang tahu rumah ini. Oppa eonnie pun tak tahu".
"maksud rumah eonnie sebelum eonnie beli rumah ini?".
Jihan menangguk lalu dia teringat akan sesuatu..
"ha, Yura. Eonnie nak bagi kamu baju, dan kamu pakai taw. Sebab nak balik sana". Kata Jihan sambil berjalan mendekati almarinya.
Jihan mengeluarkan baju tshirt hitam miliknya yang dihadiahkan oleh Taeyong. Dia menenung baju itu lama.
Tanpa sedar airmatanya jatuh terkena baju itu.
Yura perasan akan itu terus menegur Jihan apabila terlalu lama di tenung oleh Jihan.
"eonnie?". Panggil Yura sambil menepuk bahu milik Jihan.
Jihan tersedar dalam realitinya apabila Yura menyedarkannya.
"eoh? Ini eonnie nak bagi baju ini. Yura pakai untuk kita balik ke rumah eonnie". Kata Jihan sambil menghulurkan baju tshirt hitam yang Taeyong belikan untuknya.
"terima kasih. Eoh, eonnie pakai apa pula?". Tanya Yura sambil mengambil huluran itu.
"oh eonnie pakai baju ini". Jihan menunjukkan baju yang dia ambil selepas memberikan baju itu kepada Yura.
Yura menangguk lalu tersenyum. Jihan pun tersenyum walaupun sedih dikenang kan.
Yura berdiri dan melihat baju yang diberi oleh Jihan tadi.
"eonnie, nak balik pukul berapa?". Tanya Yura sambil itu melipat semula baju itu.
Jihan memandang sayu wajah Yura.
YOU ARE READING
𝕄𝕪𝕤𝕥𝕖𝕣𝕪 𝔹𝕠𝕕𝕪𝕘𝕦𝕒𝕣𝕕 - ℍ𝕒𝕣𝕦𝕥𝕠 𝕎𝕒𝕥𝕒𝕟𝕒𝕓𝕖
Mystery / Thriller"Aku nak lindung dia dari jauh. " - Haruto. "eh takyah la, lagipun si Yedam dah borong satu mall cari barang aku".- LeeJihan ""a-aku benci kau! Kau tak layak jadi teman wanita aku! Kau hanya la anak pelacur mana tah! Aku benci kau!!!!". - Hyunsuk Ap...