"Er...aku.."
Flashback Pada Hari Aku dan Kai membeli baju pengantin
Setelah sahaja aku menikmati makanan di Restoran itu bersama Kai dan Exo yang lain, aku meminta diri daripada mereka untuk beredar dari situ.
''Kau nak pergi mana?'' Tanya Kai. Kai sempat menarik lenganku sebelum aku sempat melangkah keluar dari restoren tersebut.
''Haish. Aku ada hal lah. Dah lah! Kau takpayah sibuk.'' Jawabku lalu menepis tangan Kai.
''Kau sebenarnya nak lari kan? Aku tahu! Kau mesti taknak datang perkahwinan kita petang ni!'' Balas Kai geram.
''Aku datang lah! Kau jangan risau. Aku nak keluar kejap je. Aku tak lari pun.'' Balas aku dengan suara yang malas ingin bertekak dengan Kai.
''Arosso! Pastikan kau ada dekat hutan petang ni sebelum matahari terbenam. Janji?'' Kai memberi jari kelingkingnya sambil keningnya terangkat.
''Nae. Janji!'' Aku memaut jari kelingkingku pada jari kelingking Kai sebagai tanda janji di antara kami.
''Good!'' Kai tersenyum sinis.
''Oklah Bye my future husband!'' Aku sempat mengeyitkan mata kepada kai dan kai hanya tergamam disitu.'Hahahahaahahah! Padan muka kai! Tergoda dengan aku lah tu' gelak jahatku didalam hati.
'aaaaaaarhhh akhirnya!! Dapat juga aku jalan dengan bebas tanpa Kai dengan Exo tu! Aku akan menghabiskan masa aku dalam beberapa jam ni dengan sebaiknya sebelum aku jadi isteri Kai petang ni.' Keluh ku perlahan.
Ketika aku sedang berjalan untuk menuju kesebuah kedai kasut, tiba tiba.... ada tangan seseorang menekup mulutku menggunakan kain yang mempunyai bauan yang menyebabkan aku terus pengsan dan tidak sedarkan diri.
-------------------------------
''Sakitnya kepala aku...'' kataku perlahan. Aku membuka mataku perlahan-lahan malangya aku langsung tak nampak apa-apa. Mataku ditutup oleh kain! Dan kedua-dua belah tanganku serta kakiku diikat kuat dengan tali. Dan aku sedang duduk di atas kerusi.
Tiba-tiba kedengaran tapak kasut menuju kearah ku.
''Yaaaaaah! Nugusaeyo?!!!'' Jeritku.
Tiada jawapan yang diberikan olehnya.
Semakin lama aku terasa orang itu semakin mendekatiku sehingga aku dapat rasakan mukanya hanya beberapa inchi sahaja di hadapanku.
''Saranghae...So Hee...'' Bisik orang itu ke telingaku.
'Oh! Jadi dia orang yang culik aku ni lelaki? Tapi siapa? Aku tak dapat cam suara dia!!! Aaaaarghh!!' Bebelku dalam hati.
''Yaaaahhh!!! Kau siapa?!! Bagitahu aku siapa kau!!!'' Jeritku lagi.
Tiba tiba aku terasa pipiku disentuh oleh tangan lelaki tersebut dan selepas itu tangannya jatuh pula pada birbirku.
''I wish you're mine. Semua ni milik aku. Bukan Kai.'' Bisik lelaki itu lagi.
''Hoi!!! Kau nak buat apa haa?! Apa pegang pegang aku ni! Kau siapa?? Lepaskan aku!!'' Aku menggeleng-gelengkan kepala ku supaya tangannya beredar daripada terus menyentuh mukaku.
''I want you, So Hee..'' Bisiknya lalu memegang bahu ku dan menyelak baju ku lalu menampakkan separuh daripada bahuku.
''Yaahhh!! Lepaskan aku!! Apa kau buat ni?! Kau gila ke?!!'' Tengkingku dengan sekuatkuatnya.
Malangnya, tengkinganku itu langsung tidak diendahkan olehnya. Aku terasa bahuku digigit kuat oleh giginya yang sangat tajam. Aku meraung kesakitan. Air mataku mengalir perlahan.
YOU ARE READING
I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]
FanfictionSo Hee merupakan seorang pelajar pandai dan telah berpindah ke Jeguk High School. Dia telah terpilih untuk memasuki kelas F4. Kelas F4 merupakan kelas yang pertama di dalam sekolah itu dan murid murid di dalam kelas itu hanya ada 12 orang dan semu...