the truth

2.5K 221 23
                                    

(Kai's POV)

Aku berjalan seorang diri di dalam hutan untuk mengambil udara segar. Fikiran ku dari tadi hanya memikirkan siapa dalang disebalik semua ini. Kenapa dia culik So Hee? Kenapa dia mesti cedera kan So Hee? Persoalan itu bermain main difikiranku.

Tiba tiba mataku ternampak kelibat seseorang berdiri disebalik sebuah pokok. Aku pergi mendekati pokok itu dan melihat siapa yang ada disitu.

"Nenek?" Tegurku apabila melihat nenek tua yang sangat ku kenali sedang berdiri dengan tongkatnya. Badannya terbongkok. Dia tersenyum kepadaku.

Nenek inilah yang memelihara ku dari kecil. Dan semua sejarah latar belakangku hanya nenek ini sahaja yang tahu. Macam mana aku dan exo yang lain boleh menjadi werewolf? Hanya nenek ini sahaja yang tahu. Nenek tua ini juga dekenali sebagai penjaga hutan ini.

"Sangat dekat dengan kamu." Tiba tiba nenek tua itu bersuara.

"Apa yang dekat nek?" Tanyaku keliru.

Nenek tua itu diam seketika lalu bersuara

"Musuh kamu."

"nenek maksud kan penculik So Hee tu ke? Siapa nek? Nenek tahu ke?" Tanyaku dengan nada agak terkejut.

Nenek itu tersenyum sinis.

"Hati hati nak. Tak semua orang yang kita anggap baik memang betul betul baik. Orang tu dekat sangat dengan kamu." kata nenek tua itu lalu dengan perlahan berundur ke belakang.

"Kejap nek! Boleh nenek bagitahu saya siapa?" Tanyaku lagi. Nenek itu tidak menjawab. Dia semakin berundur dan terus lenyap dari pandangan ku.

"Nenek? Nenek! Nenek!!" jeritku memanggil nenek tua itu. Aku memandang sekeliling hutan itu dan tiba tiba hutan itu menjadi gelap dan mataku langsung tidak nampak apa apa.

"Huh!" Aku tersedar dari tidur ku. Aku dapat rasa dahiku berpeluh. Nafasku tersekat sekat.

"Mimpi rupanya..." keluhku perlahan.

"Yaah! Gwenchana?" Tanya So Hee yang sedang duduk disebelahku.

"N-nae.." aku menjawab perlahan.

"you are having a nightmare. Aren't you?" Tanya So Hee lalu mengusap dahi ku lembut.

Aku merenung wajah So Hee.

"Ani." Jawab ku sambil menggeleng perlahan. Tipu. Ye aku tipu.

(So hee's POV)

"Ok then." Kata ku kepada kai lalu bangun dari katil itu.

"So Hee." Kai segera memegang lenganku. Aku memandang kai sambil kening sebelahku terangkat.

"Stay with me forever. Please. I swear I won't leave you. I'm going to protect you no matter what."

Aku terkedu seketika dengan apa yang telah dikatakan oleh kai.

Omo! why so sweet kai~ aku rasa kaki ku dah lembik. Dah cair.

Tapi kenapa dia pelik semacam je ni? Bangun tidur je terus bagi ayat sweet sweet kat aku. Dia mimpi apa?

TUK TUK. Tiba tiba pintu bilik diketuk oleh seseorang.

Kai lantas bangun dan pergi membuka pintu.

"Baek." kata kai apabila mendapati baekhyun yang berdiri di depan pintu itu.

"Dah bangun? Jom makan?" ajak baekhyun.

Aku hanya mendengar perbualan mereka di balik pintu.

"Ikut aku jap." Kata kai kepada baekhyun dengan nada serius.

"Pergi mana?" Tanya baekhyun.

Kai tidak membalas. Kai hanya keluar dari bilik itu tanpa berkata apa apa. baekhyun turut mengikuti kai dari belakang.

Mana pula kai nak pergi tu? Aish dia ni bukan nak bagitahu aku dulu. Keluh ku perlahan.

(No one POV)

"Kau nak pergi mana ni kai?" Tanya baekhyun yang berada di belakang kai.

Mereka berhenti di sebuah taman. Kosong. Tiada sesiapa. kai berdiri menghadap baekhyun lalu merenung wajahnya lama.

Baekhyun mengangkat keningnya tanda 'kenapa?'

Kai masih lagi merenung mukanya. Kai memandang tepat kedalam matanya seolah olah cuba untuk membaca fikirannya. tapi membaca fikiran orang bukan lah kuasa yang ada pada kai.

"Hahahaha. cantik sangat ke aku sampai kau tenung aku macam tu?" Kata baekhyun dengan tawanya.

Kai hanya diam dan memberi smirk kepada baekhyun.

"Woahhh woaahh! Jangan cakap kau dah jadi gay! Kau suka aku ke?" Baekhyun berkata dengan nada terkejut.

"wtf! Nonsense!" Jawab kai dengan ketawa perlahan.

"Ok ok. So kenapa kau bawa aku pergi sini?"

"Tell me the truth." kai bersuara dengan serius.

"The truth apa ni? Apa kau cakap?" Tanya baekhyun dengan kekeliruan.

"So Hee. Kau tahu siapa culik So Hee?"

"Sumpah! Aku tak tahu." Jawab Baekhyun.

"Aku tanya kau baik baik ni. Kau jawab dengan jujur. Please."

"Aku jujur aku taktahu. Kenapa? Kau syak aku culik So Hee ke?"

"Ye" jawab kai.

"Woah kai! Kau gila ke? Aku takkan buat macam tu dekat kawan aku sendiri." Balas baekhyun terkejut. Dia tidak menyangka kai boleh menuduhnya.

"Habistu mana kau dengan Luhan pergi masa So Hee hilang dekat tempat perkelahan?" Tanya kai.

"Luhan? Aku balik ke dorm sorang je. Aku taktahu pula Luhan pun balik." Jawab Bekhyun laju.

"Jadi Luhan tak balik dengan kau lah hari tu?" Balas kai lagi dengan pertanyaan.

"Eh. Tak tak. luhan ada je dengan aku haritu. Kitorang balik sama sama. Hahaha sorry otak aku dah nyanyok sikit" jawab baekhyun sambil menepuk nepuk kepalanya.

"Haihh kau ni. Apa apa jelah." Kata kai seperti dah malas ingin menyoal baekhyun lagi. Kai terus berlalu dari situ.

"Mianhae...kai." kata baekhyun perlahan lalu mengeluh.

(Baekhyun's POV)

"Wehh..boleh tak kau stop perbuatan jahat kau ni? Kau sedar tak, kai tu kawan kau sejak kecil! Kitorang semua dah macam adik beradik. Kenapa kau nak rampas So Hee dari dia?" kataku dengan nada serius.

Namun kata kataku tidak dibalas oleh orang yang berada di hadapanku ini yang sedang khusyuk duduk di meja dan sedang menulis nulis.

"Kau tahu tak, aku hampir nak terbocorkan dekat kai yang kau dah culik so hee tapi aku cepat cepat cover balik ayat aku. Haih aku taktahu lah sampai bila aku boleh cover kesalahan kau ni. Aku taknak perbuatan kau ni terkantoi dengan exo yang lain. Confirm diorang semua akan benci dan pulau kan kau! So aku sebagai kawan kau, aku nak kau berubah. Kau masih ada masa ni. Kau stop lah semua plan jahat kau ni. Aku akan selesaikan semua benda benda jahat yang kau dah buat dekat kai dengan so hee. Ok?" Kataku lagi dengan panjang lebar dengan harapan agar kawan ku ini sedar dengan perbuatannya dan berubah sebelum terlambat.

Dia masih lagi diam. Tiada sebarang kata keluar dari mulutnya. Tangannya masih lagi bergerak menulis nulis sesuatu di atas kertas.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Tanya ku geram melihat sikapnya. aku dah bagi ceramah panjang panjang boleh pula dia buat buat tak dengar.

Dia masih diam.

"Yaaaaah! Luhan!!!" Aku menjerit nama nya.

-----------------------------------------------------------

Haiii!
Sorry lama sangat sangat tak update! Sorry sangat sangat! Mianhaeyoo. Saya harap masih ada lagi orang yang tak lupa dan baca lagi fanfic ni huhuhu :( part seterusnya saya akan cuba update secepat mungkin. Sorry again :(

I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now