new student

15.7K 438 30
                                    

Annyeong guys! This is my second FF/imagine. Hope you guys enjoy it! kamsa :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jeguk High School merupakan sekolah yang terkenal di Korea. Kebanyakkan pelajar-pelajar di situ datang dari golongan yang kaya. So Hee bukan lah anak orang kaya tetapi disebabkan kepandaiannya, dia telah ditawarkan biasiswa bagi memasuki sekolah itu. So Hee telah dimasukkan ke kelas F4 iaitu kelas bagi budak-budak pandai. Semua pelajar yang memasuki kelas F4 tidak dibenarkan balik rumah kerana mereka  perlu tinggal di asrama yang telah disediakan.

 ‘’Ni kunci bilik asrama kamu. Kamu letak dulu beg pakaian ni dekat bilik guru ni. Sekarang ikut saya masuk kelas.’’ Arah Cikgu Yoona.

‘’Nae seonsaengnim.’’ akur So Hee.

So Hee berjalan beriringan dengan Cikgu Yoona menuju ke kelas. ‘’Kamu jangan terkejut bila masuk kelas ni.’’ Kata cikgu Yoona. ‘’aah waeyo?’’ tanya So Hee pelik. Cikgu Yoona hanya tersenyum. ‘’Silakan masuk.’’ Kata Cikgu Yoona kepada So Hee apabila mereka tiba di hadapan pintu kelas. ‘’Aahh mwo? Kenapa….semua lelaki? dan ada 12 orang murid je dalam kelas ni..?’’ Tanya So Hee dengan terkejut. Semua pelajar lelaki di dalam kelas tu memandang So Hee dari atas sampai bawah.

‘’Perlu ke dorang pandang aku macam tu? Macam nak makan aku je..’’ kata So Hee dalam hati.

‘’Semua bangun! Selamat sejahtera cikgu!’’ kata Suho dan yang lain pun turut ikut.  ‘’Nae..selamat sejahtera. Hari ni kita ada murid baru. Dan dia…seorang perempuan.’’ Kata Cikgu Yoona lalu memandang So Hee.

‘’Annyeonghaseyo So Hee imnida. Sila beri tunjuk ajar..’’ Kata So Hee lalu memberi tunduk hormat.

‘’Yehet! Kelas kita ada perempuan!’’ kata Sehun dengan gembira. ‘’Yeeaaayyyy!’’ jerit Chen gembira. 

‘’Kamu boleh ambil tempat di sebelah Luhan.’’ Arah cikgu Yoona. ‘’Nae..’’ So hee pun pergi mengambil tempat di sebelah Luhan. ‘’Annyeong. Luhan imnida.’’ Luhan memperkenalkan dirinya dengan senyuman. So Hee hanya mengangguk dan balas senyumannya.  ‘’Annyeong. Suho imnida. Saya ketua kelas.’’ Kata Suho yang duduk di depan So Hee. So Hee memberi senyuman kepada Suho.Tiba tiba So hee terasa orang yang duduk dibelakangnya menendang kerusinya berkali-kali. ‘’wae?’’ Tanya So Hee kepada orang yang duduk dibelakangnya.  Lelaki itu memandang muka So Hee lama. ‘’waeyo?’’ Tanya So hee pelik. ‘’Aniyo. Nama aku Kris.’’ Kata lelaki itu. ‘’peliknya dia ni…’’ kata So Hee dalam hati.

Setelah beberapa jam mereka belajar di dalam kelas, waktu rehat pun tiba.

‘’Jom lah rehat dengan kitorang’’ ajak Lay. ‘’err takpe ke?’’ Tanya So Hee. ‘’Kajja!’’ Baekhyun menarik tangan So Hee.

So hee makan di meja kantin bersama sama dengan 12 lelaki yang merupakan murid kelasnya.

‘’weh D.O! sedap nya bekal kau bawa ni’’ kata Chen. ‘’D.O masak en memang lah sedap!’’ balas Tao.

Semua yang berada di Kantin itu memandang So Hee dengan muka tak puas hati dan jealous. ‘’Tu budak baru yang dapat biasiswa tu kan? Dia takde duit lah tu nak masuk sekolah ni sebab tu dapat biasiswa. Sedap sedap je dia  duduk dengan group EXO tu.’’ So Hee terdengar suara orang orang sedang berbisik tentangnya.

‘’Awak jangan dengar apa dorang cakap tau.’’kata Xiumin. ‘’nae..’’ balas So Hee dan tersenyum.

‘’Sebenarnya kitorang ni ada nama group..’’ kata Chen. ‘’Betul tu! Nama group kitorang ialah EXO!’’kata Chanyeol.  ‘’Awooooooooooof!’’ Sehun tiba tiba membuat bunyi wolf. ‘’wow! Sebijik macam bunyi wolf!’’ kata So Hee terkejut. ‘’Jangan buat bunyi macam tu lah!’’ marah Kai. ‘’aah sorry! aku lupa.’’ Kata Sehun kepada Kai. ‘’Lupa apa?’’ Tanya So Hee pelik. ‘’Tak..Sehun lupa yang kita ni kan dalam sekolah.Mana boleh bising dalam kawasan sekolah. Hahaha’’ kata Baekhyun. ‘’haa! Betul tu! Hahaha’’ kata Chanyeol pula. ‘’oh nae...’’ kata So hee perlahan. ‘’Peliknya dorang ni..nasib baik handsome hehe’’ kata So hee dalam hati.

So Hee memerhati Kai yang duduk di hujung meja itu. ‘’Kenapa awak selalu pandang dia je?’’ Tanya Luhan. ‘’Aniyo! Saya cuma pelik kenapa dia senyap je..’’ jawab So Hee. ‘’Oh dia tu memang pendiam. Tapi ada masa dia bising juga hehe. Nama dia Kim Jongin.’’ Kata Luhan.

‘'Jom lah masuk kelas! Dah nak habis rehat.’’ Kata Kris. ‘’Kajja!’’ kata Suho.

Dalam perjalan So Hee dan EXO menuju ke kelas, semua perempuan tergedik gedik memberi senyuman dekat EXO. So Hee jalan di sebelah Kai.

‘’Aku tak suka lah perempuan tu! Semak je rapat-rapat dengan EXO!’’ kata seorang perempuan kepada kawannya. ‘’Tahu takpe! Apa kata kau baling bola netball kau ni dekat perempuan tu!’’ kata kawannya itu. ‘’Betul juga kan! Biar padan muka dia!’’kata perempuan itu lalu membaling bola itu kearah So Hee.

Bola itu terbang ke arah So Hee dan ZUUUUPP  di tangkap  oleh Kai dengan pantas.  So Hee terkejut apabila tangan Kai betul betul berada didepan muka nya dan sedang menahan bola tersebut. ‘’Woah! Pantas betul tangan dia.. Aku tak perasan pun bila entah bola ni terbang ke arah aku. Nasib baik tak kena..’’ Kata So Hee dalam hati.

‘’Oppa! Mianhae..Saya tak sengaja terbaling bola ni kat sini’’ Kata perempuan itu dengan mulutnya dimuncungkan. ‘’Ni kau punya?’’ Tanya Kai kepada perempuan itu. ‘’Nae..mianhae oppa..’’ kata perempuan itu dengan manja. ‘’Gedik gila perempuan ni..’’kata So Hee dalam hati. ‘’nah!’’ Kai membaling bola itu ke luar tingkap sekolah. Bola itu terpelanting jauh. ‘’Aaahh oppa! Tu bola omma saya beli dekat America tau!’’ kata perempuan itu sambil menangis. ‘’kajja!’’ kata Kai kepada So Hee lalu mereka terus berjalan tanpa mempedulikan perempuan itu. 

‘’err..Kim Jongin..gomawo..’’kata So Hee. ‘’Panggil Kai je.’’ Kata Kai lalu masuk ke kelas dan duduk di tempatnya.                                                                                                    

---

waktu balik...

‘’kitorang balik dulu!’’ kata Luhan kepada So Hee. ‘’Nae!’’ balas So Hee.


So Hee pergi mengambil beg pakaiannya yang ditinggalkan di bilik guru tadi dan menuju ke bangunan asrama di sebelah bangunan sekolah. ‘’Kenapa macam takde orang je tinggal dalam bangunan ni..Takkan lah aku sorang je kot tinggal kat asrama ni..’’ kata So Hee dengan risau.

So Hee berjalan mencari biliknya.  ‘’Haa ni nombor bilik aku! 87!’’ kata So Hee gembira. So Hee masuk ke bilik itu dan menyusun barang-barangnya di dalam bilik itu. ‘’Nasib baik bilik ni cantik..’’ So Hee membuka semua tingkap yang ada di bilik itu supaya cahaya masuk. ‘’Eh? Kat sini pun ada tingkap? Tingkap apa ni?’’ Tanya So hee dalam hati. So Hee agak pelik apabila nampak sebuah tingkap agak besar di tengah-tengah dinding biliknya.

So Hee membuka tingkap itu dan terkejut ternampak Chanyeol yang sedang terbaring di atas sofa dibilik sebelah. ‘’Chanyeol?’’ Kata So hee terkejut. ‘’Eh So Hee? Awak tinggal dekat bilik nombor  87 ke?’’ Tanya Chanyeol. ‘’nae..’’ balas So Hee. ‘’Bilik nombor 87 dengan bilik nombor 88 tingkap dia bercantum.’’ Kata Chanyeol. ‘’aahh mwo? Jadi awak lah yang tinggal dekat bilik nombor 88?’’ Tanya So Hee. ‘’Aniyoo! Bilik 88 ni bilik Kai. Saya saje lepak kat bilik dia ni kejap.’’ Kata Chanyeol. ‘’Kai?’’ So Hee terkejut. ‘’Nae..awak jangan lupa kunci tingkap ni sebelum tidur. Nanti Kai lompat masuk bilik awak pula.’’ Pesan Chanyeol. ‘’hahaha nae arosso!’’ So hee ketawa sambil mengangguk. ‘’lagi satu..kalau ada apa apa bagitahu je dekat kitorang tau.’’ Pesan Chanyeol lagi. ‘’nae.’’ Kata So Hee lalu menutup tingkap itu dan menguncinya.  ‘’Fuh nasib baik tingkap ni ada kunci. Lagi satu..kenapa lah tingkap ni mesti wujud kat sini? Menyusahkan betul.’’ Bebel So Hee dalam hati.

----

waktu malam...

Awwooooooooooooooof~ *bunyi wolf*

‘’hah!’’ So Hee terjaga dari tidurnya. So hee tengok ke arah jam yang baru menunjukkan pukul 1 pagi. ‘’Bunyi tu…sama macam bunyi yang Sehun buat dekat sekolah tadi…Aku salah dengar ke? Atau..aku mimpi?’’ kata So Hee perlahan sambil mengusap dadanya. So Hee cuba memejamkan matanya dan sekali lagi dia terdengar bunyi yang sama. Awwooooooooooof~

‘’hah! Bunyi lagi! Ada wolf ke dekat kawasan sekolah ni..?’’ Tanya So Hee dalam hati. Dia memandang sekelilingnya dan dia ternampak bayang-bayang yang menyerupai seekor wolf di tingkap di dinding yang menyambungkan biliknya dengan bilik Kai itu. ‘’itu….macam…….wolf….’’ kata So Hee terkejut dan menelan air liur.

I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now