Pada malam itu So Hee tak tidur kerana ingin menyiasat siapa sebenarnya Kai. Sejak kejadian balik sekolah tadi,So Hee dapat rasakan ada sesuatu yang Kai dan Exo sembunyikan darinya. So Hee memandang jam pada dinding biliknya. ''Aaaahh dah pukul 12.30pagi. Ngantuknya aku..'' kata So Hee dalam hati. Tiba-tiba So Hee terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan lalu didepan biliknya. So Hee memberanikan diri pergi ke arah pintu biliknya lalu dia membuka sedikit pintu itu dan mengintai. ''err itu...Kai? Dia nak pergi mana?. Aku mesti ikut dia senyap senyap!'' Kata So Hee perlahan.
So Hee mengekori Kai dari jarak yang agak jauh supaya Kai tak perasannya. ''Aisshh dia nak ke mana ni? Asal dia menuju ke arah hutan tu? aaah aku kena call seseorang.'' So Hee menekan nombor Luhan pada Iphone5s nya. 'Neul nabakke mollasseotdeon igijeogin naega, yeah~ Ne mamdo mollajwotdeon musimhan naega.....'(lagu miracle in December *bunyi caller ringtone Luhan*). ''Sedih pula caller ringtone Luhan ni. Huhuhu. Aissshh kenapa Luhan tak angkat call..'' Kata So Hee dalam hati.
So Hee terus mengekori Kai sehingga membawanya masuk ke dalam sebuah hutan. ''Ouch!'' So Hee terjerit kecil apabila merasakan kakinya tersepak kayu. Dia cepat cepat menekup mulutnya. ''So Hee..'' kata Kai yang berada di depannya tanpa memaling ke arah So Hee. ''Alamak! Dia dah tahu ke aku kat sini..tapi kenapa dia tak pusingkan badan dia pandang aku..'' kata So Hee dalam hati. ''Asal kau ikut aku?'' Tanya Kai yang masih lagi berdiri didepan So Hee tanpa memaling ke arah So Hee. ''err...saya...'' So Hee hilang kata-kata. ''Kau pergi dari sini sekarang!!'' tengking Kai tanpa memandang So Hee. ''Kai...'' kata So Hee perlahan dan cuba mendekati Kai. ''Jangan datang dekat aku!! Pergi!! Aku cakap pergi kau faham tak!!'' tengking Kai lagi. ''kenapa...tiba-tiba dia tengking dekat aku macam ni...Dia tak pernah pun jerit macam ni dekat aku..''kata So Hee dalam hati. Mata So Hee mula berair dan sekali lagi dia cuba mendekati Kai. So Hee cuba memegang bahu Kai. ''Kau tak faham ke apa aku cakap! Aku cakap pergi dari sini!!'' Tengking Kai lalu menepis tangan So Hee dengan kuat sehingga So Hee jatuh terduduk. ''Aduh..sakitnya..'' kata So Hee perlahan. Dan ketika itu baru So Hee ternampak muka Kai. Mata Kai bertukar warna merah dan dahinya berkerut kerut. ''aaaaaarrghhhh aaaaarghhhh..'' Kai meraung dengan kuat. ''Kai! Wae?'' Tanya So Hee cemas. ''aaaaaaaaaaarghhh!!'' Raung Kai lagi. Kuku Kai tiba tiba menjadi panjang dan tajam. Bulu-bulu lebat tumbuh ditangan Kai. ''Ni saya So Hee..''kata So Hee dengan lembut. So Hee bangun dan beranikan diri pergi dekat Kai. ''aaaaaarghhhh pergi!! Aku taknak cederakan kau! Pergii!!!! Aaaaaaarghhhhh'' jerit Kai dalam raungannya.
So Hee lari tiggalkan Kai dan pergi mencari jalan keluar dari hutan tersebut. ''Mana jalan keluar ni..aku tak ingat!'' Kata So Hee dalam ketakutan. ''Hai mangsa aku..'' Tegur seorang lelaki yang sedang berdiri di atas pokok. ''Siapa kau?'' Tanya So Hee. So hee memandang muka lelaki itu. Wajah lelaki itu pucat. Matanya warna coklat kuning keemasan. ''hahahaha. Kai yang bawa kau datang sini kan?'' Kata lelaki itu dengan ketawa. ''Kau siapa?'' Tanya So hee lagi. ''Hah!'' So Hee terkejut apabila lelaki yang berada di atas pokok itu tiba tiba berada di depannya dan memegang mukanya. ''Aku vampire dan Kau mangsa aku''kata lelaki itu lalu tersenyum sinis dan menunjukkan gigi taringnya. ''Aaaaaahh jangan gigit aku! Darah aku tak sedap pun!'' Jerit So Hee.
Awooooooooooooff~ Seekor serigala(kai) datang menerkam vampire itu. Serigala itu menggigit kepala vampire itu sehingga tercabut. Serigala itu memandang So Hee. ''Kai...'' Kata So Hee perlahan. Tiba tiba sekumpulan vampire datang dan menyerang serigala itu. Disebabkan terlalu ramai vampire, serigala itu tidak dapat melawan mereka semua. Serigala itu di baling oleh salah satu vampire itu dan menyebabkan dia tercampak ke atas tanah dengan kuat. Mata serigala itu tertutup perlahan-lahan dan serigala itu bertukar kepada rupa Kai sebagai seorang manusia semula. ''Kai!''jerit So Hee dan berlari ke arah Kai.
''Darah kau akan jadi makanan aku malam ni'' kata salah satu vampire itu kepada So Hee. So Hee ketakutan dan memeluk Kai yang sedang terbaring di atas tanah dan tidak sedarkan diri. ''Kai....ireona...jebal ireona...'' bisik So Hee ke telinga Kai. ''Hoi!'' jerit seseorang. ''Kris...'' kata So Hee apabila nampak Kris dan exo yang lain tiba-tiba muncul di situ.
''Apa kau buat dekat kawan aku?'' marah Sehun kepada vampire itu. ''Kawan kau dah bawa masuk manusia ke hutan ni. Kau tahu kan, mana mana manusia yang masuk ke hutan ni akan menjadi mangsa vampire.'' Kata vampire itu. ''Manusia ni kawan kitorang'' jawab Baekhyun. ''Wow! Wolf berkawan dengan manusia?'' Kata vampire itu lalu tergelak. Tao yang tak dapat menahan geram terus mencekik vampire itu sehingga leher vampire itu pecah. Vampire yang lain terus menyerang Exo. Mereka mula berlawan. So Hee hanya memerhatikan kejadian itu dengan terkejut. ''Adakah aku tengah mimpi?'' Tanya So Hee dalam hati. ''Kajja!'' kata D.O kepada So Hee. So Hee dan D.O memapah Kai yang masih tidak sedarkan diri untuk cari jalan keluar daripada hutan itu.
Sampai je di bilik asrama Kai, D.O membaringkan Kai di atas katil. D.O membuka baju Kai yang terkoyak dan berdarah-darah itu. ''So Hee, tolong ambil kan first aid kit dekat atas meja tu.'' Arah D.O. ''nah.'' So Hee menghulurkan kotak first aid kit itu kepada D.O dan D.O terus merawat luka di badan Kai. ''Semua salah saya...''kata So Hee perlahan. ''Aniyoo.'' Kata D.O dan senyum kepada So Hee.
''Macam mana dengan Kai?'' Tanya Suho yang baru muncul di bilik itu bersama exo yang lain. ''Dia tak sedarkan diri lagi..'' jawab D.O. ''Ni semua sebab kau!'' kata Kris kepada So hee. ''weh Kris!'' panggil Tao. ''Kris!'' panggil exo yang lain tetapi Kris tak layan dan Kris terus keluar dari bilik tersebut.So Hee terkejut apabila Kris cakap macam tu kepadanya. Mata So Hee mula berair dan dia segera keluar dari bilik itu. ''So Hee!'' Panggil Sehun lalu memegang lengan So Hee. ''wae?'' Tanya So Hee. ''ikut saya'' kata Sehun.
YOU ARE READING
I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]
FanfictionSo Hee merupakan seorang pelajar pandai dan telah berpindah ke Jeguk High School. Dia telah terpilih untuk memasuki kelas F4. Kelas F4 merupakan kelas yang pertama di dalam sekolah itu dan murid murid di dalam kelas itu hanya ada 12 orang dan semu...