please! save me

3K 213 15
                                    

(No one's POV)

"Yaaaaaahh Luhan!!" Baekhyun menjerit namanya kerana geram dengan Luhan yang buat buat tak dengar dengan apa yang dikatakannya.

"Ye. Aku dengar lah." Akhirnya Luhan bersuara. Pensel yang dipegangnya diletak perlahan. Dia tersenyum sinis memandang Baekhyun.

"Thanks bro." Luhan menepuk nepuk bahu baekhyun sebelum beredar dari situ.

Baekhyun berdiri dengan kekeliruan. Pelik dengan sikap Luhan. Apa pula yang di plan kan luhan lepas ni.

(So Hee's POV)

'Mana pula perginya kai ni. Lama betul keluar dengan baekhyun. Apa benda lah yang diorang bincang dari tadi' keluh ku perlahan.

Aku keluar mencari kai di taman tetapi malangnya kai takde disitu.

"So hee." Seseorang memanggil nama ku.

Aku memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri dibelakangku. Luhan rupanya.

Dia tersenyum kepadaku.

"W-wae?" Tanyaku.

"Jom ikut saya." Luhan menghulurkan tangannya kepada ku.

"Hah? Nak pergi mana? Saya tengah cari kai ni." Aku tidak menyambut tangan luhan. Dah kenapa dengan dia ni?

"Saya tahu kai dekat mana. Jom!" Luhan menarik tanganku.

Aku hanya membiarkan dan ikut kemana luhan ingin membawa ku.

Luhan membawa ku ke satu rumah banglo mewah yang sangat cantik yang terletak di satu pendalaman yang sangat jauh dari penempatan orang orang. Tiada siapa yang tinggal di situ.

"Cantiknya rumah ni. Rumah siapa ni?" Tanyaku dengan teruja apabila melihat rumah secantik itu.

"Our house." Jawab Luhan.

Ooohh. Cantik cantik!

Eh kejap kejap. Dia cakap rumah apa tadi? Our house? Rumah kita? Kita? Apa maksud dia?

"Jom lah masuk." Luhan menarik tangan ku dan membawa ku masuk ke rumah tersebut.

"Omo!! Mana awak dapat duit untuk beli rumah mewah macam ni? Cantik nya ruang tamu ni! Cantiknya dapur! Woahh ada kolam renang dalam rumah!" Aku separuh menjerit kerana teruja melihat keindahan dan kemewahan didalam rumah ini. Tak pernah aku memasuki rumah secantik ini. Yelah, mungkin sebab aku datang dari keluarga yang sederhana.

"Hahahah" luhan ketawa kecil melihat gelagatku.

"Semua ini milik awak." Kata luhan lalu tanpa aku sedar dia datang merapati ku. Aku dapat rasa badannya menyentuh belakang badanku.

"Errr..luhan..." aku cuba menjarakkan sedikit badanku dari luhan.

"Ye sayang. Kenapa ni? Awak tak suka ke?" Tanya Luhan dengan muka yang dibuat buat sedih.

WTH! Dia panggil aku sayang? Dia ni dah gila ke apa? Apa masalah dia ni?

"Kau ni dah kenapa? Aku ni isteri kai tau! Dah lah. Aku nak balik!"

Luhan segera memelukku dari belakang.

"Awak tak boleh balik! Awak kena tinggal dekat sini dan jadi isteri saya." Kata luhan sambil memeluk ku erat.

"Lepaskan aku lah gila!" Dengan kekuatan yang ada padaku, aku segera melepaskan diri dari pelukan luhan dan menunbuk perutnya dengan kuat.

Luhan meraung kesakitan.

"Aduhh. Kuat juga awak ni so hee.." luhan mengusap ngusap perutnya.

Aku segera pergi ke pintu utama untuk keluar dari rumah itu malangnya pintu itu terkunci rapi dan memerlukan password untuk membukanya.

I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now