Kalau anda nak feeling feeling baca part ni, sila tekan button play media di atas.
Silalah dengar media tersebut sambil membaca.*exo-hurt (piano version)*
Muzik dia sekejap je jadi kalau dah stop tu silalah replay ye dan teruskan membaca xD
Ok silakan baca! Boiii xD
--------------------------------------------
(So hee's POV)
"Kai.." ucapku perlahan.
Aku memandang kai yang sedang berdiri di muka pintu bilik itu.
Dia sedang termengah mengah seperti kepenatan. Mata kai berwarna merah. Bulu bulu lebat tumbuh ditangannya.Kenapa dengan kai? Kenapa baju dia koyak koyak? Kenapa ada luka luka di badan dan mukanya?
"Wowww! Aku tak sangka kau masih hidup setelah diserang oleh berpuluh puluh ekor anjing yang ganas ganas tu. Hebatnya kau. Kuat sungguh kekuatan kau" luhan menepuk nepuk tangannya dengan senyuman sinis diberikan kepada kai.
"Aku tak sangka kau macam ni luhan. Aku dah anggap kau macam abang aku." Kata kai yang masih lagi termengah mengah.
"Kau yang buat aku jadi macam ni! Kalau kau tak ambil so hee dari aku, aku takkan buat semua ni!" Balas Luhan dengan kemarahan.
"Sorry, aku tak pernah tahu yang kau ada perasaan dekat so hee." Ucap kai.
"Kau memang takkan pernah tahu sebab kau selfish! Kau fikir perasaan kau je! Semua orang penting kan kau! Kau tahu tak, aku berharap sangat kau takkan pernah wujud lagi masa kau hilangkan diri dulu!" Kemarahan luhan semakin membuak buak.
Luhan datang mendekati ku. Dia memegang wajahku.
"Perempuan ni milik aku." Kata luhan lalu memberi senyuman sinis kepada kai.
"Jangan sentuh dia! Kau jangan berani sentuh dia!" Jerit kai dengan kemarahan.
Luhan mendekatkan mukanya kepada ku. Kai segera datang ke arah kami dan menarik bahu luhan. Kai memberikan satu tumbukan ke perut luhan sehingga darah tersembur dari mulut luhan. Luhan mengerang kesakitan.
Kai datang mendekati ku.
"So hee. Awak ok? sorry saya lambat datang selamatkan awak." Kata kai sambil mengusap pipiku.
"Kai! Belakang awak!" Jeritku apabila melihat luhan ingin cuba memukul kepala kai menggunakan benda keras.
Kai segera mengelak namun pukulan tersebut terkena pada bahu kai.
Aku hanya memerhati mereka berdua sedang berlawan antara satu sama lain.
Kedua dua mereka memang sama sama hebat dan kuat. Tetapi disebabkan keadaan kai yang sekarang ni sangat lemah dengan luka luka yang berada diseluruh badannya membuatkan kai di hentam kuat oleh luhan.
"Kai! Luhan! Stop..." rayuku. Aku dah tak sanggup nak tengok kai terluka lebih teruk.
(Kai's POV)
Tak guna. Sejak bila luhan dapat lawan kekuatan aku ni?
Arghhh.. pipiku terasa bagai nak tercabut apabila ditumbuk kuat oleh luhan. luka luka yang ada di badanku semakin terbuka dan mula berdarah.
"Asal? Kau terkejut dengan kekuatan aku? Haahahha. Kau jangan ingat kau paling kuat antara kita semua. Puih!" Kata luhan dengan bangganya.
Aku masih duduk menahan kesakitan.
"Hey come on lah! Takkan dah kalah kot? Kalau kau kalah maksudnya so hee jadi milik aku lah buat selama lamanya" luhan tersenyum sinis.
Kemarahan dalam diriku semakin membuak buak. Mata ku yang tadinya yang ingin bertukar kepada warna asal kembali semula kepada warna merah menyala. Bulu bulu ditanganku semakin tebal. kuku kuku ku semakin tumbuh menajam. Lebih tajam berbanding sebelumnya.
YOU ARE READING
I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]
FanfictionSo Hee merupakan seorang pelajar pandai dan telah berpindah ke Jeguk High School. Dia telah terpilih untuk memasuki kelas F4. Kelas F4 merupakan kelas yang pertama di dalam sekolah itu dan murid murid di dalam kelas itu hanya ada 12 orang dan semu...