don't leave me..

5.2K 289 20
                                    

So Hee masuk ke bilik asramanya dan terus menukar baju. So Hee melemparkan pandangannya ke luar tingkap untuk menghilangkan kesedihannya. So Hee memandang ke arah hutan yang berdekatan dengan asramanya yang dapat dilihat dari tingkap biliknya.

''Hutan tu...hutan yang Kai selalu masuk bila dia berubah kepada seekor wolf..'' Kata So hee perlahan. So Hee teringat kembali peristiwa ketika dia mengekori Kai secara senyap-senyap masuk ke hutan itu. Dan dia dapat melihat Kai berubah kepada seekor wolf didepan matanya.

Tiba tiba lamunan So Hee terhenti apabila dia ternampak Kai sedang berjalan menuju ke arah hutan itu bersama dua orang lelaki yang tidak dikenalinya. Exo juga turut mengikuti mereka dari belakang.

''Kenapa mereka menuju ke arah hutan tu?'' Tanya So Hee dalam hati. So Hee terus berlari keluar dari bangunan asrama dan mengekori mereka masuk ke hutan itu secara senyap-senyap.

So Hee mengekori mereka sehingga tiba di tengah hutan. So Hee bersembunyi di sebalik pokok.

''Kamu dah langgar janji kamu buat kali kedua..'' Kata seorang nenek tua yang bertongkat kepada Kai.

So Hee yang berada di sebalik pokok itu hanya memasang telinga.

''Joesonghamnida.'' Kata Kai lalu menunduk pada nenek tua itu. ''Nenek dah bagitahu..manusia dengan wolf takkan boleh bersama. Kehidupan wolf dengan manusia sangat berbeza. Tapi kenapa kamu masih ada perasaan dekat manusia tu?'' Tanya nenek tua itu.

''Saya dah cuba untuk lupakan dia nek..Tolong maafkan saya..'' Rayu Kai sambil menunduk kepada nenek tua itu.

''Nenek dah tahan kamu dua minggu. Tetapi kamu masih langgar kata-kata nenek! Jadi nenek terpaksa melakukan sesuatu dekat kamu!'' Kata nenek tua itu dengan tegas.

''Saya mohon nek. Jangan buat Kai macam ni. Ni kali pertama dia jatuh cinta dengan manusia nek.. Tolong maafkan dia.'' Kata Suho yang cuba untuk mempertahankan Kai.

''Mwo? Jadi...dua minggu Kai menghilang..sebab nenek tua tu ke? Patutlah perangai Kai lain macam..sebab..manusia dengan wolf takkan boleh bersama..dan dia pun..ada perasaan dekat aku? Kenapa aku tak pernah sedar semua ni..'' Kata So Hee dalam hati. So Hee benar-benar terkejut mendengar perbualan mereka.

''Saya terima apa yang nenek akan buat dekat saya..'' Kata Kai pasrah.

''Kai-yah! Apa kau cakap ni?'' Tanya D.O terkejut. Exo yang lain turut terkejut. ''Memang salah aku. Aku dah langgar janji aku. Aku memang tak patut jatuh cinta dengan manusia!'' Jawab Kai sambil tertunduk.

''Tapi...'' Sehun tidak sempat mengeluarkan kata-kata kerana nenek tua itu terus bersuara. ''Hamba-hambaku sekalian! Ambil pemanah itu segera!'' Arah nenek tua itu kepada orang-orang suruhannya.

Dua orang lelaki yang merupakan hamba kepada nenek tua itu mengambil pemanah itu dan menghala pemanah itu ke arah Kai. Kai memejamkan matanya untuk bersedia di panah..

''Jamkkanman! Stop! Stop!'' Jerit So Hee lalu keluar dari sebalik pokok itu dan menunjukkan diri.

''So Hee?'' Exo memandang So Hee terkejut.

''Tolong jangan bunuh dia! Saya yang salah! Kai-yah! Mianhae. Saya taktahu pun semua ni. Kalau saya tahu, saya takkan mendekati awak..'' Kata So Hee sambil menunduk kepada nenek tua itu. Mata So Hee mula berair.

''Saya memang patut terima hukuman ni.'' Kata Kai.

'' Andwae!! Bukan awak Kai! Saya yang patut terima semua ni!'' Bantah So Hee.

''Teruskan cepat..'' arah nenek tua itu kepada orang suruhannya itu.

''Goodbye forever So Hee..'' kata Kai lalu memberi senyuman yang terakhir kepada So Hee. Kai menutup matanya dan tangannya didepakan. Pemanah itu mula ditarik oleh orang suruhan nenek tua itu.

So Hee ingin berlari ke arah Kai tetapi dihalang oleh Sehun. Sehun memeluk So Hee dengan erat.

''Lepaskan saya Sehun! Lepaskan saya!! Yah! Kim Jongin! Tolong jangan tinggalkan saya!'' Jerit So Hee sambil menangis. So Hee cuba melepaskan diri dari pelukkan Sehun tetapi gagal. ''Kim Jongin!! Jangan tinggalkan saya!! Jebal!! Tolong hentikan semua ni! Baik awak semua bunuh saya je!!'' Jerit So Hee lagi. Tangisannya semakin kuat. So Hee cuba menendang kaki Sehun dengan kuat.

Akhirnya pelukkan Sehun terlepas dan So Hee segera berlari ke arah Kai dan memeluk Kai. Dan ketika itu juga pemanah itu di lepaskan dan terkena pada So Hee.

''Kim...Jong...In..'' Kata So hee perlahan.

''So Hee!!!'' Jerit Kai cemas. Kai membaringkan So Hee dan meletakkan kepala So Hee di atas ribanya. ''Yaaaaaah So Hee!'' Jerit Kai lagi.

''Sa......rang.....hae...'' Kata So Hee perlahan dan matanya mula tertutup. Denyutan nadi So Hee terhenti.

''So Hee!!! Irroena! Palliwa irroena!!!'' Jerit Kai dan menggoncang badan So Hee berkali-kali. Air mata Kai mula mengalir. Buat pertama kalinya Kai menangis dalam hidupnya. ''So Hee!! Irroena! Nado saranghae!! Irreona jebal!'' Jerit Kai sambil menangis. ''So Hee...irroena!!!'' Kai mencium dahi So Hee. Air matanya mula membasahi muka So Hee.

''Naneun Saranghae..'' Kata Kai perlahan. Kai tidak dapat berhenti menangis. Kai mencium tangan So Hee berkali-kali.

''Wolf dengan manusia takkan dapat bersama cu..Salah seorang perlu terkorban..'' Kata nenek tua itu. ''Tinggalkan manusia tu dalam hutan ni. Nanti nenek uruskan.'' Kata nenek tua itu lagi lalu pergi dari situ. Exo memerhatikan Kai dengan sayu. Mata mereka turut berair.

''aaaaaaaaaaarrghhhhhhhhh!!!!!!'' Jerit Kai dengan kuat sambil menarik rambutnya. ''Mianhae So Hee. Saya tak dapat lindungi awak. Mianhae!'' Kata Kai yang masih tidak dapat berhenti menangis.

Sejak So Hee tiada, Kai jadi tak tentu arah. Kai sentiasa terbayang-bayangkan So Hee sehingga semua perempuan yang dilihatnya, dilihat seperti muka So Hee.

''So Hee!! So Hee!!'' jerit Kai kepada seorang perempuan. Sehun dan Kris menahan bahu Kai. ''Tu bukan So Hee!!'' kata Chanyeol. ''Aku nampak dia..'' kata Kai perlahan. ''Tapi tu bukan So Hee! So Hee dah takde!'' Kata Baekhyun pula. Kai menutup matanya, air matanya mula jatuh. ''So Hee...'' ucap Kai perlahan.

Tiap malam Kai sentiasa masuk ke bilik So Hee dan baring di atas katil So Hee. ''Bau dia....wangi'' Kata Kai sambil membau katil itu. ''Aku rindu kan kau So Hee..Takkan ada perempuan lain selain kau dalam hati aku..'' Kata Kai perlahan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now