''So...So Hee..'' Kata Sehun dengan suara tersekat-sekat dan tangannya ditujukan ke arah seorang perempuan yang sedang berdiri betul-betul di hadapannya. Exo memandang perempuan yang berada di hadapan mereka dengan mulut ternganga akibat terkejut dengan apa yang dilihat.
Mereka cuba mendekati So Hee secara perlahan-lahan tetapi langkah mereka terhenti apabila So Hee menjerit ''Andwae!!! Stop!! Jangan dekat dengan aku!"
''So Hee..Awak tak kenal kami ke?'' Tanya Baekhyun sambil dahinya sedikit terkerut.
''Siapa kau? Siapa korang semua? Macam mana korang semua tahu nama aku?'' Tanya So Hee dengan reaksi mukanya yang serius.
''So Hee...Bogoshipo...'' kata Kai lembut.
Kai cuba mendekati So Hee akan tetapi So Hee terlebih dahulu melarikan diri. Kai dan Exo mengejar So Hee. So Hee lari sangat pantas dan dia memanjat sebuah pokok yang paling tinggi didalam hutan tersebut.
''Yaaaah! So Hee! Hati-hati nanti awak jatuh!'' Jerit Sehun yang berada dia bawah pokok itu. Exo yang lain turut memerhatikan So Hee dari bawah pokok itu.
tiba-tiba...
''aaaaaaarrhhhhhhh''
''So..So Hee!!'' Kai segera datang ke arah So Hee yang sedang terbaring di tanah.
''OMO!!! So Hee jatuh!!'' Jerit Tao cemas.
''Yah! So Hee! Irreona!!'' Kai menepuk-nepuk pipi So Hee yang tidak sedarkan diri.
-----skip------
Exo membawa So Hee pulang ke asrama mereka. So Hee yang masih tidak sedarkan diri itu dibaringkan di atas katil bilik Kai.
"Bukan ke So Hee dah mati?" Tanya Kris dengan muka tidak puas hati.
"Kau tak nampak ke depan mata kau ni? Dia hidup lagi." Jawab Suho sedikit geram dengan pertanyaan Kris.
"Korang semua tak pelik ke kenapa So Hee macam ada yang tak kena je ni? Dia tak ingat pun siapa kitorang? Lepastu aku tengok dia ni dah macam bukan manusia je. Macam mana dia boleh lari lagi laju dari kitorang?" Tanya Kris lagi yang masih tidak puas hati dengan perempuan yang sedang terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri itu adalah So Hee.
"Betul juga apa yang Kris cakap tu." Ujar Chanyeol.
tiba-tiba Kai bangun dari tempat duduknya.
"Yaah kai! Kau nak pergi mana?" Tanya DO.
Pertanyaan DO tidak dijawab. Kai terus keluar dari bilik tersebut tanpa mempedulikan orang lain.
Kai segera menuju ke hutan larangan yang terletak berhampiran dengan asrama tersebut. Hanya wajah nenek tua itu yang sedang bermain difikirannya. Ya! Kai perlu jumpa dan meminta penjelasan daripada nenek tua itu tentang So Hee.
"Kai!" Panggil Sehun. Sehun segera menahan kai dengan memegang bahu kai.
"Aissshh. Wae? Kau nak apa?"
"Jangan pergi."
"Ani (tak). Aku kena pergi jumpa nenek tua tu."
Lantas kai menolak Sehun.
"Aiisshh nae! Aku akan ikut kau."
Kai dan Sehun masuk ke dalam hutan larangan itu dan menuju ke sebuah rumah yang terletak di tengah tengah hutan itu.
"Kenapa kamu berdua datang kemari?" Tanya nenek tu itu yang sedang duduk di atas kerusi bersama tongkatnya.
"Saya nak tanya pasal So Hee..." kata kai dengan suara yang teragak agak.
"Manusia tu? Hahahaha" nenek tua itu tersenyum sinis.
"Saya terjumpa dengan dia dalam hutan ni. Dan perwatakkan dia sangat lain dengan dulu. Betul ke tu So Hee nek? Betul ke So Hee hidup lagi?" Tanya kai yang betul betul ingin tahu.
"Siapa kata So Hee kamu tu dah mati?" Nenek tua itu tersenyum sinis lagi.
"Jadi So Hee hidup memang hidup lagi? Dan orang yang saya jumpa tu memang So Hee kan nek?" Wajah kai mula ceria.
"Ye cu.. Perempuan tu memang So Hee. Tapi dia bukan So Hee yang dulu. Disebabkan pemanah tu terkena padanya, maka darah wolf telah mengalir dalam badannya. Selepas sahaja So Hee terkena pemanah itu, nadinya tidak berfungsi selama beberapa bulan. Oleh itu nenek telah menjaga dan merawat nya selama setahun. Dan sekarang So Hee telah kembali cergas tetapi bukan sebagai manusia yang normal. Ingatannya pun belum pulih sepenuhnya. Jadi nenek harap kamu semua boleh menjaga So Hee dengan baik. Nenek buat semua ni demi kebahagiaan kamu kai. Nenek tahu manusia dengan wolf memang tidak akan dapat bersama. Tapi sekarang disebabkan dalam badan So Hee telah mengalir darah wolf, jadi nenek izinkan kamu untuk mendekati So Hee dengan satu syarat." Terang nenek tua itu dengan panjang lebar sambil terbatuk batuk.
"Apa syaratnya nek?"
"Kamu kena kahwin dengan So Hee pada hari esok sebelum terbenamnya matahari."
"Mwo?????" Kai dan Sehun ternganga akibat terkejut dengan syarat yang dikenakan oleh nenek tua itu.
"Tapi nek...takkan lah saya nak kena kahwin dengan dia esok? So Hee kan hilang ingatan. Dia tak ingat pun saya siapa. Macam mana kalau dia taknak kahwin dengan saya?" Terang kai sambil dahinya terkerut.
"Itu masalah kamu, nak. Yang penting syarat nenek ni mesti dipenuhi." Kata nenek tua itu sebelum menghilangkan diri.
Kai dan Sehun saling berpandangan.
"Sehun. Apa patut aku buat?" Tanya kai dengan wajah yang confused.
------------------------------------------
haiiiii. Finally updated! Sorry sebab dah lama tangguh cerita ni. Thankyou sebab jadi pembaca yang setia kekeke. Saranghae<3
saya akan cuba update secepat mungkin nae..
YOU ARE READING
I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]
FanfictionSo Hee merupakan seorang pelajar pandai dan telah berpindah ke Jeguk High School. Dia telah terpilih untuk memasuki kelas F4. Kelas F4 merupakan kelas yang pertama di dalam sekolah itu dan murid murid di dalam kelas itu hanya ada 12 orang dan semu...