A date with you..

5.4K 287 7
                                    

Keesokan paginya..So Hee membuka mata perlahan-lahan dari tidurnya.

‘’Kai…’’ kata So Hee perlahan apabila ternampak bayang-bayang wajah Kai di depan mukanya.

‘’Mwo? Kai?!’’ So Hee terus mebulatkan matanya dan menolak muka Kai apabila dia baru sedar yang wajah Kai betul-betul di depan mukanya. ‘’aku ingat mimpi tadi…’’ kata So hee dalam hati.

‘’Yaaaaaak! Apa tolak-tolak ni!’’ Kata Kai sambil mengusap mukanya. ''aku tengah syok-syok tengok muka dia, dia terjaga pula.'' desis Kai dalam hati. ‘’Patutnya saya yang tanya awak! Apa awak buat dalam bilik saya pagi pagi ni ha? Awak buat apa dekat saya tadi?!!!’’ jerit So Hee lalu menarik selimut menutup badannya.

‘’Sa-saya tak buat apa-apa pun lah! Betul!’’ Jawab Kai sambil mengangkat sebelah tangannya tanda sumpah. ‘’Macam mana awak masuk bilik saya ni?’’ Marah So Hee. ‘’Siapa suruh tak kunci tingkap tu.’’ Jawab Kai dan tersenyum sinis. ‘’aisssssssh!’’ keluh So Hee.

‘’Pergi mandi. Saya nak ajak awak keluar.’’ Kata kai. ‘’Pergi mana?’’ Tanya So Hee. ‘’Adalah. Pergi lah mandi cepat!’’ Jawab Kai. ‘’Aiisshh arosso! Keluar lah dari bilik saya!’’ Jerit So Hee. ‘’Jangan lambat.’’ Pesan Kai sebelum keluar dari bilik So Hee.

Selepas So Hee bersiap, dia terus keluar dari bangunan asrama itu dan pergi kearah Kai yang sedang menantinya di luar asrama. ‘’Lambatnya..’’ rungut Kai. ‘’Saya bukan wolf. Wolf kan tak mandi.’’ Jawab So Hee selamba. ‘’Perli saya ke ni? Saya mandi lah. Cuba bau. Wangi kan?’’ Balas Kai lalu merapatkan badan dia dengan So Hee. ‘’errr..memang wangi pun bau dia.’’ Kata So Hee dalam hati. ‘’aissh dah lah. Mana Exo yang lain?’’ Tanya So Hee cuba ubah topik. ‘’Diorang…..err diorang semua keluar ada hal.’’ Jawab Kai.

‘’oh..sekarang kita nak ke mana?’’ Tanya So Hee. ‘’Pergi date!’’ Jawab Kai sambil mengenyitkan sebelah matanya. Kai menarik tangan So Hee.

‘’Saya nak tengok wayang boleh tak?’’ Tanya So Hee.

‘’Nae. Cerita apa?’’

‘’Cerita Romeo and Juliet.’’ Jawab So Hee.

‘’nae.’’

Ketika di  dalam wayang, So Hee menonton cerita itu dengan penuh perasaan. Air mata So Hee mengalir apabila akhir sekali Romeo itu mati dan Juliet sanggup membunuh diri kerana telah berjanji untuk sehidup semati bersama Romeo.

‘’Apa yang sedih sangat cerita ni?’’ Tanya Kai.

‘’Sedih lah. Issh! Awak mana ada perasaan!’’ jawab So Hee geram.

‘’Saya ada perasaan lah. Kalau tak takkan lah saya suka…..’’

‘’Suka apa?’’ Tanya So Hee.

‘’Suka daging.’’ Jawab Kai.  ‘’Huuuh! Nasib tak terlepas cakap’’ kata Kai dalam hati.

''Saya tak pernah tengok awak menangis..'' kata So Hee lagi.

''hahaha buat apa nak menangis? Saya tak pernah menangis seumur hidup saya. Lagipun..wolf kan kuat.'' jawab Kai sambil tersenyum.

''Jinjja? issshh menipu lah! Takkan lah tak pernah menangis seumur hidup?'' tanya So Hee terkejut.

‘’hahaha betul lah. dah lah. Kajja!’’ Kai menarik tangan So Hee keluar dari wayang. Kai membawa So Hee ke sebuah hutan.

‘’Kenapa pergi hutan ni?’’ Tanya So Hee pelik. ‘’Saje. Jangan risau, hutan ni bukan hutan larangan untuk manusia.’’ Jawab Kai. ‘’Takde tempat yang best sikit ke dia nak bawa aku..’’ rungut So Hee dalam hati.

‘’Naik atas belakang saya.’’ Arah Kai. ‘’aaah mwo? Waeyo?’’ Tanya So Hee terkejut. ‘’Naik jelah.’’ Jawab Kai dan tersenyum. ‘’aaaah melting pula tengok dia senyum macam tu.’’ Kata So Hee dalam hati. So Hee naik atas belakang Kai. So Hee memaut kedua tangannya pada leher Kai.

‘’pegang kuat kuat tau.’’ Kata Kai.

‘’Nae.’’

Kai terus berlari sambil membawa So Hee di atas dibelakangnya. ‘’yaaaaak! Lajunya awak lari. Saya tak berat ke?’’ Tanya So Hee. ‘’Anii. Pegang kuat kuat!’’ jerit Kai lalu Kai melompat dan panjat ke atas pokok. So Hee yang berada di atas belakang Kai terjerit teruja. Kai memanjat dan melompat dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Apabila tiba di satu pokok yang tinggi dan besar, Kai menurunkan So Hee di atas dahan pokok itu. ‘’hati-hati’’ Kata Kai. So Hee yang berdiri di atas dahan pokok yang tinggi itu, memandang ke bawah. ‘’Cantiknyaaa!’’ Kata So Hee gembira. ‘’Saya tak pernah tengok pemandangan dari atas pokok macam ni..’’ sambung So Hee lagi. Kai hanya tersenyum.

''cantik kan? Saya selalu duduk atas pokok ni bila saya tengah bosan.'' Kata Kai.

''Best nya awak! Awak boleh lompat, lari laju, panjat pokok tinggi. Saya pun nak jadi wolf juga! hehehe''

''Awak nak jadi wolf?'' Tanya Kai sambil mengangkat keningnya. Kai datang merapati So Hee.

''err..w-wae?'' Tanya So Hee hairan dengan tindakan Kai.

''Kalau macam tu..bagi saya gigit awak.'' Kata kai sambil tersenyum. Kai semakin mendekati So Hee. So Hee pula cuba mengundurkan dirinya dan tiba tiba kaki So Hee ingin tergelincir dari dahan pokok itu tetapi dengan pantas Kai memeluk pinggang So Hee. Sekarang mereka berada dalam awkward situation dimana mata mereka saling bertentangan dan muka mereka sangat rapat. Kai merenung  anak mata So Hee dengan dalam dan dia merapatkan mukanya dengan muka So Hee.

‘’ehemmm’’ So Hee berdehem. Kai terus mengundurkan mukanya dan melepaskan tangannya dari pinggang So Hee.

‘’Gomawo…’’ Kata So Hee. ‘’benda kecik je.’’ Balas Kai. ‘’Aniyoo. Awak selalu selamatkan saya. Gomawo.’’ Kata So Hee terharu. ‘’I will be your rescue and always protect you.’’ Kata Kai dan tersenyum. So Hee terkedu seketika. ‘’err..Aku tak salah dengar kan?’’ Tanya So Hee dalam hati.

Kai memetik satu daun dari pokok itu lalu dia mengikat daun tersebut di jari So Hee dan terhasil sebentuk cincin. So Hee memandang jarinya tidak berkelip. ‘’Kyeopta!’’ Kata Kai dan tersenyum.

Pada malam itu fikiran So Hee hanya memikirkan Kai. So Hee tersenyum sorang-sorang apabila mengingat semula waktu dia keluar dengan Kai pagi tadi. ‘’Aku dah jatuh cinta dengan wolf...Gila ke aku ni? Tapi dia dah curi hati aku! Aaaaahh esok aku akan confess perasaan aku dekat Kai!’’ Kata So Hee dalam hati.

''Kai..saranghae..''kata So Hee perlahan sambil membuat muka comel di hadapan sebuah cermin.

''aaahh aniyoo aniyoo! Takkan lah aku nak cakap macam tu depan Kai. hmmm kalau aku cakap..Kai, will you be my namja? OMO! Aniyoo aniyoo!! Kalau aku cakap...Kai, saya suka awak. aaaahh malunya! otokke! Macam mana aku nak confess perasaan aku dekat Kai esok? Aku taktahu macam mana nak bagi tahu dia. kyaaaaah!'' bebel So Hee perlahan. So Hee cuba mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu perasaannya kepada Kai esok. So Hee berlatih di hadapan sebuah cermin di dalam biliknya.

''haaa! Aku dah ada idea! hehehe.'' kata So Hee gembira.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

to be continued ;D

I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now