''Waaah ada funfair lah kat situ! Nak main...'' Kata So Hee dengan teruja. ''Kajja!'' Kata Baekhyun.
Mereka menuju ke funfair tersebut. ''Jom masuk rumah hantu tu nak? Tapi semua kena masuk sorang-sorang. Baru best!'' Kata Chen. ''haaa! Jom jom!'' Kata Baekhyun. ''tapi....saya taknak masuk sorang-sorang.'' Kata So Hee pula. ''Penakut.'' Ejek Kris kepada So Hee. ''Alaaa rumah hantu je pun. Bagi wushu je kat hantu-hantu tu.'' Kata Tao pula. ''Oklah, So Hee nak masuk rumah hantu tu dengan siapa?'' Tanya Baekhyun. So Hee menujuk ke arah Kai. ''Eh kenapa aku tunjuk Kai? err lantaklah! asalkan aku tak kena masuk rumah hantu tu sorang-sroang'' Kata So Hee dalam hati. ''Ok! So Hee masuk rumah hantu tu dengan Kai last sekali ok?'' kata Chanyeol. ''Nae'' jawab So Hee gembira.
Chen orang pertama yang masuk rumah hantu itu dan dalam masa hanya beberapa minit, Chen dah keluar dari rumah hantu tersebut. ''aaiikk cepatnya..'' Kata So Hee dalam hati. Selepas Chen, Xiumin pula yang masuk dan selepas beberapa minit Xiumin dah keluar. ''Cepatnya dorang ni keluar..'' Kata So Hee dalam hati.
Setelah semua dah masuk, giliran So Hee dan Kai pula masuk ke dalam rumah hantu tersebut. ''gelapnya...aku tak nampak jalan nak keluar pun..''Kata So Hee dalam hati. ''hihihihihihihi'' bunyi hantu mengilai. So Hee ketakutan dan memegang baju Kai. ''ikut sini.'' Kata Kai. ''Baaaaaaaaaaah!!'' Bunyi hantu mengejutkan orang. ''aaaaaaarrghhh!!'' jerit So Hee kuat lalu memeluk lengan Kai. ''Tu kan orang je..'' Kata Kai sambil ketawa. ''Aiissshh diamlah! Jalan cepat!'' marah So Hee. Kai menarik tangan So Hee dan keluar dari rumah hantu tersebut. ''ehh kita dah keluar dah? Cepatnya..Awak memang selalu masuk rumah hantu ni ke?'' Tanya So Hee. ''Takdelah. Ni baru first time.'' Jawab Kai. ''Macam mana awak tahu jalan keluar? Saya tak nampak apa-apa pun.'' Tanya So Hee lagi. ''I'm a wolf..'' jawab Kai. So Hee terdiam. ''Ye tak ye juga.'' Kata So Hee dalam hati.
Perhatian So Hee tertarik ke arah satu permainan di funfair itu. So Hee menuju ke arah permainan tersebut dan Exo hanya mengikut.
''Annyeong. Sila lah main game ni. Kamu cuma perlu pukul benda bulat ni je. Siapa dapat pukul paling kuat, dia akan dapat teddy bear ni sebagai hadiah.'' Kata pakcik yang bertugas menjaga permainan itu.
''waaah saya nak try main game ni..'' Kata So Hee. Pakcik itu memberi So Hee pemukul tersebut. So Hee memukul benda bulat itu dengan kuat. 'Ting ting! 20%' Tiba tiba mesin permainan itu bersuara memberi markah untuk pukulan So Hee. ''Mian. Kamu kalah.'' Kata pakcik itu.
''Berapa markah pukulan yang paling tinggi pernah orang dapat?'' Tanya Chanyeol. ''Paling tinggi pun 50% je'' Jawab pakcik itu. ''Bagi saya cuba..'' Kata Sehun. Pakcik itu memberi pemukul itu kepada Sehun dan Sehun terus memukul benda bulat itu. 'Ting Ting! 100%' Bunyi mesin permainan itu bersuara memberi markah untuk pukulan Sehun. ''Wow! Kuatnya kamu! Tak pernah orang dapat 100%! Chukkahae! Kamu dah menang! Nah ambil teddy bear ni.'' Kata pakcik itu kagum. ''Nah So Hee. Saya bagi teddy bear ni dekat awak.'' Kata Sehun. ''aaah gomawo!'' Kata So Hee gembira dan memeluk teddy bear tersebut.
''Alaaa aku pun boleh! Ajusshi, saya nak main!'' Kata Kai. Pakcik itu memberi pemukul itu kepada Kai pula. Kai memukul benda bulat itu dengan kuat. Tiba tiba..... PRAK! Pemukul itu terpatah dua dan mesin permainan itu terus rosak. Pakcik itu terkejut. So Hee turut terkejut. ''Kuat betul dia..sampai pemukul besi tu boleh terpatah dua?'' Kata So Hee dalam hati. ''Alamak....Mianhae ajusshi! Mianhae!'' Kai meminta maaf dan menunduk kepada pakcik itu berulang kali. Pakcik itu memandang Kai dengan pandangan marah dan geram. ''weh lari weh!'' bisik Chanyeol kepada Exo. So Hee dan Exo terus lari dari situ. ''Tak gunaa!!!'' jerit pakcik itu.
''hahahahaha'' Exo menggelakkan Kai. ''dah lah tak payah gelakkan aku!'' Kata Kai lalu pergi meninggalkan mereka semua. ''Kai! Kau nak pergi mana?'' Tanya D.O. ''Aku nak balik!'' jawab Kai dan terus pergi dari situ. ''Saya pun nak balik.'' Kata So Hee. ''Ok jom lah kita balik.'' Kata Suho.
Sampai je di asrama mereka, So Hee terus masuk ke biliknya. So Hee mengetuk tingkap yang menyambungkan biliknya dengan bilik Kai. ''Kenapa dia tak buka tingkap ni..bilik dia pun gelap je..takkan lah dia tak balik lagi..'' Kata So Hee dalam hati. So Hee menunggu Kai sehinggalah dia tertidur. Apabila So Hee bangun, hari sudah pun malam. So Hee mengetuk semula tingkap itu tetapi Kai masih lagi tak membukanya. ''Dia...pergi mana?'' Tanya So Hee perlahan.
So Hee keluar dari biliknya dan pusing keliling bangunan asrama itu untuk mencari Kai. Tiba tiba seseorang memeluk So Hee daripada belakang. ''yaaaaaaaak! Siapa ni?'' Jerit So Hee. ''Aku suka kau So Hee.'' Kata lelaki itu lalu menolak So Hee sehingga So Hee terbaring di situ. Lelaki itu memegang kedua-dua belah tangan So Hee. ''Lepaskan aku! Kau siapa?'' Marah So Hee. ''Aku pelajar kelas E4, aku suka kan kau sejak kau masuk sekolah tu.'' Kata lelaki itu lalu merapatkan mukanya dengan muka So Hee. So Hee menjerit dengan kuat.
''Lepaskan dia!'' Marah Kai yang tiba tiba muncul di situ. ''Kalau aku taknak kau nak buat apa?'' Cabar lelaki itu. Kai datang kepada lelaki itu dan menggenggam kolar baju lelaki itu. Kai menumbuk perut lelaki itu sehingga darah tersembur keluar dari mulut lelaki itu. Mata Kai mula bertukar warna merah.
''Kai! Lepaskan dia! Jangan tumbuk dia lagi! nanti dia mati..'' Kata So Hee lalu memegang bahu Kai. Kai melepaskan genggaman pada kolar lelaki itu dan lelaki itu cepat-cepat pergi dari situ. ''Kai-yah!'' panggil So Hee. So Hee memegang tangan Kai tetapi Kai menepis tangan So Hee. Kai hanya mendiamkan diri dan dahinya mula berkerut-kerut. Mata Kai masih lagi berwarna merah. Nafas Kai turun naik dengan laju.
''Kim Jongin! Jangan berubah please...jangan..'' Kata So Hee dengan lembut lalu memeluk Kai.
''Mianhae..'' bisik Kai ke telinga So Hee.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
to be continued ;)
YOU ARE READING
I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]
FanfictionSo Hee merupakan seorang pelajar pandai dan telah berpindah ke Jeguk High School. Dia telah terpilih untuk memasuki kelas F4. Kelas F4 merupakan kelas yang pertama di dalam sekolah itu dan murid murid di dalam kelas itu hanya ada 12 orang dan semu...