She is her...?

4.9K 294 11
                                    

Setahun kemudian...

''Jom lawan nak? Kita tengok siapa lari paling laju.'' Kata Kai kepada Exo apabila tibanya mereka di dalam hutan.

''Mestilah kau menang! Kau kan yang paling kuat antara kitorang.'' Kata Tao kepada Kai.

''Aniyoo! Aku rasa Sehun yang menang! Sehun lari laju gila kot!'' Kata Luhan pula.

''Ok ok. Kalau nak tahu siapa menang jom lah kita lumba lari.'' Ujar Baekhyun.

''Kajja! Kita lari pusing satu hutan ni nae?'' cadang Kai.

''Nae!!'' jawab Exo tanda setuju.

''hana, dul, set! (1,2,3)'' Kira Kai lalu mereka terus memulakan lumba lari di dalam hutan itu.

''weh! Cepatlah kejar aku! hahahaha Sehun-ah! Lembabnya kau! Kau potong lah aku cepat!.'' Jerit Kai sambil ketawa. Kai berjaya memecut Exo yang lain dan kini dia berada di paling hadapan.

''Aku akan pecut kau!'' Balas Sehun pula. Sehun cuba lari selaju yang boleh. Kini Sehun berada di sebelah Kai. Mereka berdua berada di paling hadapan.

''Yaaaah! Kai-yah! Sehun-ah!  Laju gila korang lari!'' Jerit Baekhyun pula. Baekhyun cuba untuk memotong Sehun dan Kai tetapi mereka lari sangat laju.

Beberapa minit kemudian..

''Yehet! Aku sampai dulu! Aku menang!'' Kata Kai dengan gembira.

''Aku saje je bagi kau chance.'' Balas Sehun tidak puas hati.

''Weh siapa menang? Sehun ke Kai?'' Tanya Baekhyun yang baru tiba di situ bersama Exo yang lain.

''Jongin.'' Jawab Sehun selamba.

''Weh! Asal panggil aku jongin! Nama aku Kai!'' Balas Kai.

''Nama betul kau Kim Jongin kan? -_- salah ke aku panggil Jongin.''

''Aku tak suka orang panggil aku Jongin.'' Jawab Kai perlahan. 'sebab so hee je yang selalu panggil aku kim jongin..tetapi dia dah takde..' sambung Kai dalam hati. Sehun yang perasan perubahan riak muka Kai terus cuba menukar topik.

'hahaha Jom lah aku belanja kau daging nak? Kau kan dah menang.'' Kata Sehun sambil ketawa.

''Jinjja? Betul ke kau nak belanja? Kau bukan kedekut ke? -_-'' Tanya Kai pelik.

''Untuk hari ni je aku belanja kau.'' Balas Sehun.

''Hahahaha yehet yehet!'' kata Kai gembira sambil menari-nari. Exo yang lain hanya ketawa melihat gelagat Kai dan Sehun.

''Aku seronok tengok Kai dah kembali macam dulu. Dia dah mula terima yang So Hee dah tiada.'' Bisik Suho kepada Chanyeol. Mereka berdua tersenyum gembira melihat Kai yang sekarang.

''Weh dah lah. Jom lah gerak pergi makan!'' Kata Tao yang kelaparan.

''Kajja kajja!''

Exo mula berjalan untuk keluar dari hutan tersebut tiba-tiba Kai ternampak sesuatu. Ada sesuatu yang jalan melintasinya dengan pantas.

''Bau ni....aku kenal bau ni!'' Kata Kai dalam hati. Matanya mula mencari-cari kelibat yang baru sahaja melintasi hadapannya dengan sangat pantas.

''Kai-shi?'' Tegur Chen.

''Wae?'' Tanya Kai.

''Jomlah! Yang kau masih berdiri kat situ kenapa?'' Tanya Chen pelik.

''errr..Korang pergi lah dulu. Aku nak pergi satu tempat jap.'' Balas Kai.

''Aniyoo! Kau tak boleh pergi. Kau kena ikut kitorang!'' Kata D.O dengan nada risau.

''Aku nak pergi sekejap je. Nanti aku jumpa korang kat asrama. Jangan risau pasal aku. Aku janji aku takkan jadi macam sebelum ni. ok? Annyeong!'' Kata Kai lalu lari masuk ke dalam hutan itu dengan lebih dalam untuk mencari kelibat seseorang yang baru dilihatnya tadi.

Kai memandang sekeliling hutan itu dan tiba-tiba matanya tertangkap ke arah seorang perempuan sedang berdiri di atas ranting pokok yang besar.

''So Hee...?'' Kata Kai terkejut.

Kai menuju ke arah perempuan itu tetapi dengan pantas perempuan itu terus lompat turun dari pokok itu dan terus lari dengan laju. Kai cuba mengejar perempuan itu.

''Laju gila perempuan ni lari.. Aku lari lagi lembab dari dia ke?'' Kata Kai dalam hati.

Perempuan itu lari sangat pantas dan laju menyebabkan perempuan itu lenyap dari pandangan Kai.

''Mana dia? Laju nya dia lari!'' Kata Kai dalam hati. Kai mencari-cari kelibat perempuan itu. Tiba-tiba Kai ternampak seseorang sedang berdiri di sebalik pokok. Kai mendekati pokok itu dan terkejut apabila melihat muka perempuan itu.

''So Hee?'' Tegur Kai dengan terkejut.

Perempuan itu hanya memandang Kai tanpa sebarang reaksi.

''So Hee! Awak hidup lagi?'' Kata Kai gembira. Perempuan itu memandang Kai lalu mengerutkan dahinya. Dia terus lari daripada situ.

''Jamkkanman! Jangan lari! Yaah So Hee!'' Jerit Kai lalu mengejar perempuan itu.

''aaaaaarrghhhh!'' Jerit perempuan itu lalu berhenti dan menyandarkan badannya di sebuah pokok. Perempuan itu memegang dadanya. Nafas nya turun naik dengan laju kerana semput akibat berlari terlampau laju.

''Gwenchananyo?'' Tanya Kai dengan muka risau. Perempuan itu hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab pertanyaan Kai.

Kai segera memeluk perempuan itu dengan erat.

''Tolong jangan tinggalkan saya lagi So Hee..Saya rindu kan awak! Tolong jangan pergi dari hidup saya.'' Kata Kai kepada perempuan itu. Perempuan itu menolak Kai dengan kuat sehingga pelukkan Kai terlerai dari badannya dan Kai jatuh terduduk di atas tanah.

''Kuatnya perempuan ni!'' Kata Kai dalam hati dan terkejut.

''Nuguya (siapa Kau) !?'' Tanya perempuan itu sambil mengerutkan dahinya.

''Sa-saya Kim Jongin! Saya Kai! Awak So Hee kan?'' Tanya Kai.

''Nae! Aku So Hee. Mana kau tahu nama aku? Aku tak kenal kau!''

''So Hee..Betul ke awak tak kenal saya? Saya Kim Jongin! Awak tak ingat saya ke?''

''Aku tak kenal kau.'' Kata perempuan itu lalu pergi dari situ.

Kai masih lagi terkaku duduk di atas tanah. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ini.

''So Hee hidup lagi...''Kata kai perlahan sambil tersenyum. Dia segera bangun dan terus pulang ke asramanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sorry ye lambat update. ;(

I'm a Wolf ! [EXO FANFIC]Where stories live. Discover now