BAB 3

4.3K 190 0
                                    

"RAJIN betul bos tu datang sini. Setiap minggu paling kurang sekali dia akan singgah. Mula-mula seronoklah juga sebab dapat cuci mata. Bila dah banyak kali kena marah dengan dia sebab terlupa nak senyum terus rasa menyampah pula." Juruwang aku membebel sambil kira duit dalam cash register.

Aku tersenyum mendengar omelannya. Bukan ke dia salah seorang yang memuji lelaki itu dulu? Siap kata sanggup kerja tanpa gaji lagi.

Tapi sebenarnya nak je aku cakap yang aku pun sudah muak tengok muka lelaki itu di sini. Walaupun lelaki itu tak pernah marah aku lagi, tapi aku tetap nak muak sebab bosan bila sebelum lelaki itu datang je, mesti Cik Effa akan hubungi aku untuk maklumkan kedatangannya. Bila perempuan tu yang call memang faham-faham sajalah. Biadap, belum sempat nak jawab lagi dia sudah putuskan talian.

Aku rasa tekanan darah sudah naik tinggi sampai. Tekanan dengan perempuan yang tak ada adab itu. Yang menambahkan tekanan aku lagi adalah setiap hari khamis aku terpaksa bertentangan mata, main kelip-kelip dengan Cik Effa dan bos besar itu. Sebab setiap khamis lelaki itu dan Cik Effa akan datang bersama.

Cik Effa ini pun sejak bos rajin turun ke cawangan kami, makin rajin juga perempuan itu turun sama. Sampai kadang-kadang nak je aku halau dia orang berdua itu balik.

Memang betul-betul lelaki itu maksudkan yang aku akan selalu jumpa dia. Macam hari ini lah. Kejap lagi sampailah dua orang manusia itu.

Ha!

Panjang umur. Sebuah BMW dan Toyota Vios sudah cantik terparkir sebelah menyebelah sebelum si lelaki keluar dari BMW dan si perempuan keluar dari Toyota Vios.

Kebetulan pula shift aku sudah habis bila nampak Faizal yang sedang berjalan ke arahku. Faizal adalah penolong aku. Assistant manager. Untung aku ada assistant yang boleh tahan kacak.

Tapi sebab lelaki itu tua setahun daripada aku, nafsu untuk 'mengusyar' terus terpotong. Aku tak suka lelaki yang sebaya, lagi muda atau hanya setahun dua tua daripada aku. Bagi aku lelaki ini lambat matang, jadi aku suka lelaki yang berjarak paling kurang lima tahun dan pastinya tak melebihi 10 tahun. Haha.

Aku pun tak nak kahwin dengan atuk orang!

"Kalau bos atau Cik Effa minta sales document, kata dengan dia aku dah letak atas meja tau, " pesanku kepada Faizal sambil tangan merungkai ikatan apron di pinggang.

Nak balik rumah secepat yang mungkin sebab aku tak nak dengar suara Cik Effa yang bukan main kepit lagi bila ada big boss itu.

"Okey. Tapi kau nak balik terus ke? Tak nak lepak dulu?" balas Faizal yang tengah terbongkok untuk letakkan helmet di bawah kaunter juruwang.

Yelah, aku ini selalunya memang akan lepak setengah jam atau sejam sebelum aku balik ke rumah. Kerana shift kami ni bertentangan, memang hanya waktu itu kami dapat bersembang. Jadual kami tak boleh sama. Mesti lain. Kalau aku pagi, dia mesti malam. Begitulah sebaliknya. Jadi kami rajinkan diri untuk duduk sekejap sambil bersembang selepas habis waktu kerja.

Tapi sejak bos besar ini ada, mood aku nak melepak terus hilang. Kalau dia saja yang ada, aku tak peduli sangat. Tapi sebab Cik Effa sentiasa melekat dengan dia, jadi automatiklah aku tak suka kedua-duanya. Alergik!

"Not today. Malas aku nak cairkan taik telinga aku dengan mulut Cik Effa tu."

Aku berlalu masuk ke dalam bilik. Beg dicapai sebelum barang aku semua dimasukkan ke dalam beg. Aku semak semua fail terlebih dahulu, takut ada yang aku terlupa keluarkan untuk diperiksa oleh bos.

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now