Bab 45

3.2K 149 3
                                    

DI depan kami ada sebuah bangunan besar yang aku yakin adalah penthouse. Terletak berdekatan Menara Berkembar Petronas. Sangat cantik dan tersergam indah di tengah-tengah kota.

Tadi kami sempat singgah ke rumah mama sebab kami dah lama tak jengguk mama kerana jadual Hail yang agak padat. Tapi yang buatkan aku peliknya, Hail kata nak balik rumah terus lepas ni. Dah kenapa pula tersasar sampai ke KL, padahal jarak rumah Hail dan mama kurang dari 20 km sahaja?

"Ni rumah siapa, abang?" soalku sebaik kaki melangkah masuk ke dalam lif.

Hail pandang aku sekilas sebelum kembali pandang pintu lif.

"Rumah isteri abang."

Krak! Tiba-tiba rasa macam hati pecah lalu terbelah dua saat ini. Bukan kekasih gelap, tapi rumah isteri terus! Rupa-rupanya Hail memang guna pakai isi kandungan kertas kartun itu. Huaaa.... Tiba-tiba rasa macam nak menangis dan lari dari sini. Berkecai hati aku yang baru nak berbunga. Sampai hati Hail buat aku macam ni... Dah buat aku selesa dengan dia lepas itu pasang belakang!

"Isteri keberapa?" soalku. Ditahan sehabis mungkin nada sedih. Kena buat-buat macam tak peduli.

"Pertama."

Ha?! Maksudnya aku ni isteri kedualah?!
Huaaaa.... Hail menipu rupanya! Dia kata dia tak ada pasang dua. Dia kata aku je satu-satunya madu dia. Huaaa... Bencinya aku!

"Jom masuk, abang nak perkenalkan rumah isteri abang yang sangat abang cintai." Hail tarik tanganku masuk ke dalam sebuah rumah selepas pintunya dibuka.

Tergamam aku melihat cantiknya rumah ini. Dua tingkat. Dapurnya dari jauh pun aku dah tahu ia sangat elegan. Konsep rumahnya disenada dengan kod natural sahaja. Tiada warna lain selain natural. TV sebesar alam dekat ruang tamu dihiasi dengan beberapa potret lebah atau arca kayu membentuk sarang lebah dan madu. Sangat cantik dan sangat minimalist.

Tapi aku telan semua pujian itu sebab aku cemburu dan sakit hati. Jangan kejap lagi isteri pertama dia tu keluar dan cekik aku sudahlah sebab berani munculkan diri dekat rumah dia yang cantik ni. Jangan cari pasal dengan aku, patah pinggang bini pertama dia tu kalau berani apa-apakan aku. Kak yong tak kak yong, semua aku payung!

"Jom, abang nak tunjuk dekat Hani gambar masa wedding..."

"Tak nak." Belum pun Hail habis cakap aku dah potong dia. Tangan Hail yang dijalarkan untuk memegang tangan aku tu pun aku tepis sekali.

Gila tak ada perasaan mamat ni! Dia tak tahu ke aku tengah sakit hati ni? Boleh lagi nak tunjukkan gambar waktu dia kahwin tu dekat aku? Ada juga yang aku koyak gambar kahwin dia tu karang. Bikin sakit hati jelah lelaki ni. Lepas itu, selamba badak je nak sentuh aku. Memang taklah aku nak bagi!

"Jomlah, sayang... Abang dah lama nak tunjuk dekat Hani tau. Baru sekarang ada peluang nak bawa Hani datang sini. Hani tak suka ke?"

Ha?! Dia tanya aku suka ke tak lagi?! Suka! Suka sangat! Siapa tak suka bila dapat tahu yang dia bukan satu-satunya isteri sang suami! Siap dah lama nak bawa aku datang sini pula tu! Kan bagus kalau bawa aku waktu hari pertama kami diakad nikah. Tak adalah aku nak biarkan hati aku tercinta tanpa sengaja dekat dia macam sekarang ni. Eii... Sebalnya aku!

Errr... Aku dah tercinta tanpa sengaja ke?

"Sayang... Kenapa masam betul muka ni? Muncung tu pun, nanti abang kiss baru tahu." Hail letakkan kedua belah tangannya di sisi kedua pipi aku. Menarik muka aku dekat kepadanya.

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now