Bab 49

3.5K 138 10
                                    

"HA?" Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku.

"Kenapa?" Hail menyoal.

"Kita candle light dinner dekat dalam bilik ke abang?" Aku menyoalnya. Tak percaya.

Mana taknya, dekat sebelah katil ada sebuah meja dan dua buah kerusi yang dah dihias cantik. Atas meja pula ada lilin yang aku percaya hanyalah lampu semata! Yang kelakarnya tu, kami di dalam bilik hotel yang sama dengan bilik kami masa hari keluarga dulu. Cuma posisi nightstand dah betukar untuk memberi laluan bagi meja makan.

"Patutnya kita candle light dinner dekat tepi pantai. Tapi abang tak tahu kenapa bila abang fikir pasal pantai je abang rasa mual. Tak ada selera nak makan. Jadi sebelum abang rosakkan dinner kita, baiklah abang tukar tempat... "

Ha? Biar betul suami aku ni. Betul ke tidak kepalanya malam ini? Hari keluarga dulu elok saja dia berenang. Pantai yang sama!

"Jemput duduk, sayang..." Hail menarik kerusi untuk aku. Dengan keanehan yang terisi dalam kepala, aku labuhkan duduk di situ. Hail pula terus tarik kerusi dan duduk di depan aku.

Atas meja sudah terhidang beberapa jenis hidangan termasuk hidangan pencuci mulut. Dan yang mengejutkannya itu, ada tauhu bergedel juga!

"Tomyam, siakap tiga rasa, telur dadar, orange juice for you and coffee for me. Red velvet cheese cake for dessert and last but not least, favorite Hani... Tauhu bergedel. Lilin ni led je, tak boleh bakar lilin real... Takut terbakar satu hotel ni nanti."

Aku hampir tergelak bila Hail bersungguh-sungguh memperkenalkan satu demi satu nama juadah yang tersaji di atas meja. Candle light dinner bermenukan masakan kegemaran kami!

"Okey, kita baca doa dulu ye?"

Aku mengangguk bersetuju. Tangan ditadah dan Hail membaca doa makan sebelum kami sama-sama mengaminkan. Aku lihat Hail terus menyudukan isi ikan siakapi tu lalu masukkan ke dalam pingganku. Dah macam aku tak reti nak buat sendiri pula. Katanya, dia takut aku tak nampak tulang ikan tu dalam keadaan gelap yang bertemankan lilin tipu ni je. Nak terkencing aku menahan tawa, nasib baiklah tandas dekat je!

Hail sudukan tomyam dan telur dadar ke pingganku, kemudian barulah dia menyudukan untuk diri sendiri pula. Seperti biasa, Hail selalu mengutamakan aku. Kami sama-sama menjamah dengan sesekali kami akan berbual dan tertawa kecil.

"Sedap tomyam ni! Kuah dia masam sikit." Hail mengomen sambil menghirup kuah tomyam.

Ye, aku pun sedar yang kuah tomyam itu agak masam berbanding tomyam yang biasa aku makan. Tapi yang peliknya, aku tak rasa pun kemasaman itu dapat menambahkan skala kesedapannya ke apa. Tapi cara Hail menghirup kuah itu memang nampak macam dia sungguh-sungguh menyukainya. Dah macam aku waktu kami makan di kedai tomyam dulu! Rakus Hail menghirup. Hail yang begitu menjaga macho lenyap tiba-tiba.

Aku menghirup air oren dalam gelas sambil memerhatikan Hail yang tengah pandang aku. Entah kenapa, tapi mata Hail bagaikan mahu meminta sesuatu.

"Cinta... Kalau abang nak rasa sikit air tu boleh?" Dan tak sangka! Sangkaan aku tepat mengena.

Dengan kekoknya aku memberikan gelas aku kepada dia. Laju saja Hail menghirup air oren. Elok gelas tu hampir penuh, sekarang hanya tinggal suku. Rakus betul dia menyedut air melalui penyedut minuman. Aku terpinga-pinga melihat Hail. Setahu aku Hail kurang minat benda yang manis dan masam. Dia lebih suka benda yang pahit macam kopi dia itu. Tapi yang anehnya, kopi dalam cawannya tu langsung tak disisipnya. Malahan air aku pula dia kebas!

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now