Bab 28

3.6K 169 5
                                    

LANGKAH untuk menuju ke dapur terhenti bila aku lihat Hail yang bersandar pada dinding persis seperti malam pertama kami di sini. Bezanya, hari itu dia bersandar pada tiang. Tapi yang samanya adalah Hail tetap nampak penat dan sangat lemah. Hail tidur.

Aku nak ke dapur untuk makan malam sebenarnya sebab aku masih belum makan. Kenyang disumbat dengan cendol, laksa dan nasi goreng tadi petang sampai tak boleh nak masuk dah makanan dalam perut. Sudahnya pukul 10 malam inilah baru nak jadi toyol menggeledah dapur. Tapi nampaknya hasrat aku terbantut bila kaki laju saja melangkah ke arah Hail. Menukar destinasi.

Tiada orang di ruang tamu malam ini kerana semuanya pergi melepak di rumah pak long yang hanya terletak bersebelahan dengan rumah ini. Tengah sambut hari lahir pak long kalau tak silap. Kesian paklong... Beberapa hari sebelum hari lahirnya, dia dah kehilang seorang ibu. Pasti sambutan hari lahirnya sangat sayu pada tahun ini.

Sekarang yang ada di rumah hanya yang tua-tua atau yang dah keletihan sahaja, jadi mereka semua dah masuk ke bilik masing-masing. Aku dan Hail tak ikut serta kerana keletihan. Aku letih melayan Hail seharian ini! Dia jadi begitu clingy seharian ini.

Atau sebenarnya, dia clingy sejak kami balik kampung.

Aku melabuhkan duduk di sebelah Hail. Wajah Hail yang nampak sangat letih itu aku tatap untuk seketika. Hai, encik suami... Itulah. Makan bukan main melantak lagi. Tak seimbang langsung. Buat kerja pula bukan reti nak rehat dan buat sikit-sikit. Terlebih rajin. Kan tak pasal-asal dah penat dan menanggung sendiri.

"Abang..." Aku memanggilnya.

Tiada jawapan.

"Abang..." Aku memanggil lagi. Kali ini disertakan dengan tepukan pada pahanya sekali.

Hail mencelikkan matanya memandang aku sebelum tangan diangkat memegang kepala dan mula mengurut kepala sendiri. Sakit kepala balik ke ni?

"Abang sakit kepala lagi?" Aku menyoalnya.

"Pening sikit. Rasa berpusing," jawab Hail.

Oh, patutlah dia tak naik tidur di atas tadi. Mungkin sebab takut tersembam dekat mana-mana kerana peningnya tu agaknya.

"Abang dah makan panadol?" Aku menyoal lagi.

Hail menggeleng perlahan dengan dahi yang berkerut-kerut dan mata yang kembali dipejam rapat.

"Abang ada cari, tapi tak jumpa. Nak tanya orang tapi semua keluar pergi rumah pak long, yang ada pun dah tidur. Nak tanya Hani pun abang ingat Hani dah tidur tadi. Malas nak kacau."

Tak menunggu lama, aku terus angkat kaki untuk ke dapur bagi mencari panadol. Tapi terhenti bila nama aku dipanggil oleh Hail.

"Nak pergi mana tu?" soalnya.

"Dapur."

"Nak buat apa?"

"Nak ambil Panadol untuk abanglah."

"Abang belum makan lagi. Ambilkan nasi sekali boleh? Lapar."

Aku tersenyum segaris sebelum anggukan kepala. Aku kembali membuka langkah masuk ke dapur, almari dapur dibuka sebelum bekas yang menempatkan pelbagai jenis ubat aku ambil. Untung-untung memang panadol tinggal sebiji. Terus aku masukkan ke dalam poket. Menuju ke meja makan dan tudung saji dibuka.

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now