"ABANG..." Aku merengek manja. Mana tahu kalau aku merengek macam tu dia akan cair dan benarkan aku untuk tidur dekat rumah ibu malam ni ke?
"No!"
"Alah, abang... Semalaman je pun. Hani nak tengok rumah ibu."
"Nak tengok apa lagi? Berapa lama dah Hani duduk dekat sana? Dari kecil sampai besar, apa lagi yang perlu ditengoknya?"
"Yelah, tapi kan ibu baru renovate rumah. Hani nak juga tengok apa yang berubah kat situ." Aku pasang muncung dan kelip-kelipkan mata beberapa kali. Mana tahu kalau dia tengok aku comel macam tu dia akan cair ke...
Cair apanya! Dah macam-macam rupa aku pasang, tapi semuanya dia balas dengan NO! Adakah aku ni masih tak cukup cantik untuk buatkan dia tergoda lalu dia bagi aku buat apa-apa saja yang aku inginkan?
"Bukannya kita takkan pergi rumah ibu dah lepas ni. Tunggu abang balik, nanti kita pergi berdua."
"Tapikan..."
"No!" Cepat je dia NO kan aku lagi.
"Abang..." Aku merengek geram.
"No means no!"
Eii... Ni yang aku nak mula memberontak. Hentak kaki dan tolak semua benda atas meja kasi jatuh ni. Geram! Tapi kalau aku buat tu, kejap lagi aku juga yang kena kemas. Malas!
"Abang tak kesian ke Hani duduk rumah sorang-sorang? Dahlah rumah besar. Bila malam pula gelap bukan main."
"Abang ajak ikut sama tak nak. Pandai-pandailah hadap sendiri. Sendiri punya degil kan."
Aku lihat Hail angkat sebelah keningnya lepas dia menuturkan kata-kata itu. Tak sempat aku nak membalas, tiba-tiba mata Hail naik memandang ke arah lain. Macam tengah pandang depan. Seperti ada yang berdiri di depannya.
Suara perempuan kedengaran. Sungguh lembut. Hail kuntum senyum segaris sebelum gelengkan kepala dan kembali memandang kamera telefonnya. Ye, aku sedang bervideo call dengan Hail sebab dia sedang outstation di Singapura meninggalkan aku berseorangan di sini.
Hehe. Padahal dia ajak aku untuk ikut sama, tapi aku tak nak. Outstation untuk tiga hari. Ini hari kedua dia pergi. Betapa bosannya aku semalam bila Hail tak ada. Dan yang parahnya, aku susah sangat nak tidur bila Hail tak ada.
Pada malam sebelum Hail terbang ke Singapura, aku tidur bersendirian selepas Hail keluar dan kembali masuk ke biliknya bila ibu dan abah pulang ke rumah mereka. Hail ada tanya kalau aku nak dia pindah. Hati tak mahu, tapi kepala angguk! Sudahnya aku resah gelisah berseorangan di dalam bilik itu. Cuba tidur, tapi mata tak mahu lelap. Aku rasa resah yang amat sangat. Pusing kiri, resah. Pusing kanan, juga resah. Aku siap tukar pakaian kerana fikirkan yang aku sedang kepanasan walaupun hakikatnya aku tidur bawah pendingin hawa.
Tapi tak berjaya!
Sampailah bila tiba-tiba pintu terbuka dan Hail munculkan diri depan pintu, aku hampir mati terkejut! Aku minta Hail tidur dengan aku. Dan Hail menurut saja. Tapi aku sempat dibalutnya dengan comforter sebelum dia bersetuju!
Dan akhirnya baru aku faham kenapa aku sangat susah nak tidur. Rupa-rupanya aku sudah terlalu biasa dengan keberadaan Hail di sisi. Elok je Hail peluk, aku terus tidur tak hingat!