BAB 15

3.2K 143 2
                                    

KUNCI roller shutter aku periksa untuk kali yang terakhir sebelum segugus kunci aku masukkan ke dalam beg tangan. Hari ini, rabu. Sekian lama aku tak kerja lebih masa, tiba-tiba hari ini aku terpaksa kerja lebih masa kerana assistant manager aku cuti mengejut kerana diserang asma. Aku jeling jam. Seperti biasalah waktu penutupan jam 11 malam.

Hari ini aku balik naik bas terus ke rumah ibu. Tidur di sana semalam kerana Hail kata dia outstation sehari ke Pahang untuk melawat cawangannya di sana. Bila dia balik itu tak ada pula dia beritahu aku. Haraplah bas masih ada.

Aku berjalan ke arah perhentian bas yang terletak tak jauh dari restoran. Di bawah sebuah pokok berdekatan perhentian bas, aku nampak ada sebuah Audi. Macam Audi yang lelaki 'bermalam' itu pakai. Tapi aku tak ingat nombor platnya. Lagipun buat apa lelaki itu nak datang ke sini sedangkan restoran dah pun tutup kan?

Mungkin lelaki itu ada kerja di sini.

Sudah semakin dekat dengan perhentian bas yang tertutup di bahagian belakangnya dengan dinding untuk mengelakkan tempias hujan, aku bagaikan terdengar bunyi orang bertumbuk di sebalik dinding.

Aku bersandar pada dinding sebelum perlahan-lahan aku intai ke dalam perhentian bas itu. Terkejut aku bila tekaan tadi tepat. Dua orang lelaki sedang bertumbuk sesama sendiri. Kaki menendang satu sama lain. Dan yang lagi buatkan aku terkejut adalah salah seorang tu adalah pemilik Audi tadi. Dengan baju kemeja putihnya, lelaki itu sudah terbaring di atas lantai lalu lelaki yang satu lagi rancak menendangnya.

Lelaki yang rancak menendang itu pakai hoodie, topi dan mask serba hitam, jadi walaupun lelaki itu berdiri menghadap aku, aku tetap tak dapat tengok mukanya. Tapi aku masih ingat lelaki itu, tersemat elok dalam kepala aku walaupun dah lama tak jumpa. Initial G!

Dah kenapa pula dua lelaki ini bertumbuk tengah-tengah malam? Dekat perhentian bas pula itu. Kalau polis lalu memang mampus dua-dua kena heret ke balai.

Bila lihat si dia yang sudah pecah hujung bibir setelah ditumbuk, terus aku keluar daripada persembunyian. Lalu saja aku panjangkan kaki dan menendang bahu kiri lelaki berhoodie itu sehingga dia terduduk atas lantai.

Aku lekas bantu si dia untuk bangun semula. Bila dia dah bangun, aku lihat lelaki berhoodie itu pun dah berdiri sama. Mataku dan lelaki berhoodie itu bertentangan. Kalau dilihat daripada matanya yang nampak sedikit membesar, aku tahu dia masih ingat aku. Nampak terkejut.

Aku nampak lelaki itu kepal tangannya. Macam marahkan sesuatu. Mungkin marah sebab aku masuk campur urusan dia atau sebab aku pergi tendang dia tadi padahal dia pernah selamatkan aku tempoh hari.

"Pengecut! Buka topi dengan mask kau tu. Kita lawan cara jantan." Si dia pergi cabar lelaki di depan aku itu.

Haish, mamat ini! Lagi pergi cabar orang itu buat apa? Kalau tak aku tolong tadi mahu berterabur gigi kau kena tumbuk dengan lelaki itu. Lagi nak berlagak pula!

Kali ini aku tak bersedia, bila tiba-tiba tanganku ditarik oleh lelaki berhoodie itu dan ditolak ke tepi. Tersandar aku pada dinding. Nasib baik tak kuat sangat. Lelaki berhoodie itu terus laju mengorak langkah ke arah si dia.

Haish! Itulah! kerana mulut badan binasa! Kau pergi cabar orang itu buat apa. Tengok, dah aku pula yang terpaksa menyakiti lelaki pujaan aku.

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now