Bab 39

3.1K 135 2
                                    

AKU berjalan keluar dari rumah bagi mencari Hail. Sejak berpisah sebab Hail nak tolong Akiq petang tadi, aku tak ada jumpa dah dengan Hail. Terserempak itu adalah, tapi tak adalah bersembang atau bercakap panjang-panjang. Setakat Hail datang suruh simpan telefon dia sekali dan suruh aku ambil duit dalam dompet dia untuk diberi pada kanak-kanak yang bermain dekat halaman rumah. RM50 seorang.

Fuh... Menangis aku tengok jumlah keseluruhan yang diberikan kepada budak-budak. Mak bapa budak pun ikut terkejut bila ada yang sanggup bagi seorang RM 50 untuk kanak-kanak yang cukup ramai untuk buat dua, tiga kumpulan pemain bola sepak! Hail memang pemurah.

Aku kerling rumah keluarga Akiq. Kami tiba di sini tengah hari tadi. Sekarang dah malam, dan kami masih di sini.

Orang dalam rumah ini, masing-masing dah cop bilik. Penuh satu rumah sampaikan aku dan perempuan yang namanya sama denganku sudah sama-sama garu kepala. Jadi aku pamitlah sekejap nak cari sang suami yang lupa bini lepas jumpa kawan tu.

Haha, padahal Hail sibuk menolong dari tadi, bukan rajin bersembang ke apa.

Dari jauh aku dah nampak Hail dan Akiq yang duduk atas bonet kereta masing-masing. Tengah bersembang. Kadang-kadang aku lihat Hail tergelak besar dan kadang-kadang Akiq pula tergelak besar. Gelak mahal itu untuk seorang Hail.

Bila Hail nampak aku berjalan ke arahnya, terus dia lompat turun. Akiq pun turut turun lalu mereka berdua melangkah ke arah aku. Dah macam model CK tengah memperagakan seluar dalam pula masing-masing. Keduanya sasa dan tegap. Tapi badan Hail lebih besar kalau nak dibandingkan dengan Akiq. Mungkin kalau Hail XXL si Akiq XL. Mungkinlah... Sebab aku ini saiz baju Hail pun tka tahu!

"Kenapa keluar ni?" soal Hail. Masih ada beberapa langkah memisahkan kami.

"Keluar sebab nak cari abanglah. Hani nak tanya, kita nak tidur mana malam ni, abang? Semua bilik penuh. Ruang tamu pula semua lelaki." Aku menyatakan kerungsingan aku pada Hail bila kami berdiri secara berdepan.

Akiq dan Hail berpandangan seketika sebelum Akiq bersuara.

"Langsung tak ada kosong ke?" soal Akiq.

Aku gelengkan kepala. Muka Akiq nampak serba salah dan Akiq garu kepala seperti sedang berfikir.

"Macam inilah, kitaorang tidur dekat hotel je. Esok pagi kitaorang datang balik. Hotel paling dekat mana?" Hail pula bersuara.

"Thistle atau Doubletree kut, kalau kau nak yang high rated," jawab Akiq.

"Okey. Aku dengan bini aku check in Thistle." Hail buat keputusan.

"Eh, Akiq... Hani awak tu pun tak dapat tempat untuk tidur." Aku sampaikan tentang keadaan kembar tak sah taraf aku.

"Eh, ye ke?... Aku ikut korang sekalilah kalau macam tu. Tunggu jap, aku pergi panggil Hani. " Kelam-kabut Akiq masuk ke dalam rumah.

Aku tersenyum melihat gelagat Akiq yang nampak sedikit risau dan gelisah. Apa benda yang tumbuh mekar, tapi tak terlihat oleh mata dan tak terkeluar dari mulut? Cinta!

"Kenapa senyum-senyum tengok Akiq tu? Hani dah jatuh cinta dengan dia ke? " Terkejut aku bila tiba-tiba Hail berbisik di telinga aku. Keras.

Apa pula aku jatuh cintanya? Jatuh cinta dekat Akiq pula tu! Memang tidaklah. Kalau dah sekacak Hail pun aku masih belum jatuh cinta, lagipula orang yang hatinya sudah berpunya. Haha.

"Mana adalah. Hani senyum sebab orang tu dah jatuh cinta," jawabku sambil bibir aku juihkan ke arah rumah.

Hail turut pandang rumah dengan dahi yang berkerut.

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now