Bab 47

3.4K 153 4
                                    

"MACAM mana abang tahu bila Hani off music atau keluar dari dance room sedangkan bilik tu sound proof dan abang selalu duduk dekat bawah?"

Aku dapat rasa dada Hail sedikit bergegar. Dia ketawa.

"Abang pasang cctv dekat semua bilik terutamanya dalam dance room dan bilik utama. Abang boleh tengok secara live Hani menari."

"Gosh! Stalker rupanya!"

Hail gelak jahat sambil menganggukkan kepala. Mengaku pula dia! Terus aku menjerit sekuat hati sambil kedua belah tangan naik menampar-nampar dada Hail. Geram dan sangat malu!

"Abang tahu setiap apa yang Hani buat. Hani menari, menangis layan drama korea, gelak sorang-sorang sambil baca novel cinta dan Hani tidur. Abang tahu dan abang nampak semuanya. Abang akan atur masa untuk buat semua benda yang abang nak dengan periksa status terkini Hani. Tengah tidur ke, tengah menari ke, dalam bilik air ke. Tapi cctv dalam bilik air tu setakat cukup nak tengok pintu tandas je. Mana tahu kalau apa-apa jadi pada Hani. Jatuh dalam bilik air contohnya, dan abang tak tahu. Abang boleh tengok CCTV je."

"Setiap malam bila Hani dah tidur, abang akan masuk dalam bilik guna kunci yang ada dekat luar. Abang akan baring sebelah Hani sekejap, abang akan renung Hani. Lepaskan rindu abang, barulah abang dapat tidur. Malam ibu dan babah balik pun, abang sebenarnya nak buat rutin abang, cuma abang tak tengok CCTV sebab abang fikir Hani dah tidur. Abang buka je pintu, abang nampak Hani. Ingatkan kantoi, tup-tup orang itu minta kita tidur dengan dia pula." Hail tersengih mengusik. Nampak suka pula itu masalahnya.

"Lepas malam abang weng tu, abang text mama. Suruh mama datang esok dan tidur dekat rumah kita beberapa hari supaya abang boleh ambil balik hati bini yang tak boleh disentuh ni. Nasib baiklah mama tak soal macam-macam. Tapi tak adalah abang jujur pada mama apa yang jadi. Abang hanya minta mama datang dengan alasan Hani merajuk dengan abang. Kalau mama ada, abang lagi senang nak pujuk."

Aku rasa sekarang ni aku hampir diserang sakit jantung dengan semua perkara yang baru diberitahu Hail. Rupanya selama ni otak dia sentiasa berjalan untuk cuba dekat dengan aku. Patutlah mama tiba-tiba muncul di depan pintu pada hari itu.

"Apa lagi yang abang buat di belakang Hani?" Aku menyoalnya. Ingin tahu segalanya.

Hail tersenyum. Suka betul dia bila aku nak tahu dengan lebih lanjut.

"Banyak... Sampai abang terlupa apa yang abang buat belakang Hani. Banyak sangat. Hampir kesemuanya rancangan abang. Sampaikan abang pernah terfikir nak rancang satu plan jahat untuk paksa Hani kahwin dengan abang. Nasib baiklah ibu paksa Hani kahwin, jadi tak payahlah abang nak jalankan plan sengal tu. Abang cuba buat Hani jatuh cinta pada abang, tapi Hani selalu menjauhkan diri. Asal jumpa je terus patah balik. Kalau tak pasal kerja, memang susahlah abang nak bercakap dengan Hani. Sebab tulah abang tak buka radio dalam kereta, nak kasi Hani bosan supaya Hani bersembang dengan abang. Dan sebab tu jugalah abang ambil satu bilik je untuk kita berdua masa family day. Ada hati nak tidur asing, dia tak tahu ke suami dia ni otaknya bergeliga? Lagi satu masa buat water sport. Itu pun ada hati nak minta tolong lelaki lain. Berapilah abang dibuatnya. Jangan cari pasal dengan abang. Kalau pasal isteri, abang tak ada kompromi. Hani hanya hak abang dan hanya abang yang akan sentiasa jadi penyelamat dan penolong nombor dua Hani selepas Allah."

Tiba-tiba aku teringatkan lelaki misteri itu bila Hail sebut pasal penyelamat dan penolong. Entah kenapa mulut aku berat nak bercerita tentang lelaki tu dengan dia. Takut kalau dia cemburu pada lelaki tu pula.

Kami berbagi senyuman menahan tawa. Mesranya!

"Hani tahu? Waktu pertama kali abang hantar Hani pergi kerja lepas malam Hani tolong abang tu, abang rasa sangat gembira. Rasa macam tengah hantar bini je. Lagi gembira bila rupanya Hani kerja dengan abang. Abang terus balik rumah untuk bersiap lepas hantar Hani dan inform Effa yang abang nak turun branch Hani hari tu juga. Abang nak buat suprise untuk Hani. Nak tergelak abang bila tengok muka terkejut Hani bila nampak abang. Abang teruja bila tahu nama Hani. Hani-Hail, Hail-Hani. Bagai pinang dibelah dua! Abang sangat kagum dengan kerja Hani, sangat teliti dan sangat sempurna. Staff pun puji Hani pada abang bila abang suruh beri komen tentang Hani. Abang yakin yang Hani perempuan baik dan jujur bila Hani langsung tak peduli atau cuba ambil kesempatan ke atas abang, padahal Hani boleh je gunakan modal Hani selamatkan abang tu untuk dapat apa-apa habuan daripada abang bila Hani tahu apa posisi abang dekat H's."

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now