Bab 17

3.1K 147 12
                                    

AKU sarungkan platform pada kaki sebelum pintu penumpang dibuka dari luar. Lelaki yang sudah perkenalkan dirinya sebegai Rafiq tadi. CEO of Raffiq Holdings. Dia kata jangan tertipu dengan gelaran ceo itu sebab syarikatnya masih cikai lagi.

"Let me help you, pretty." Rafiq hulurkan sebelah tangannya pada aku untuk bantu aku bangun dan keluar dari kereta.

Lengkap bersuit putih. Bila padankan kami berdua memang akan sangat menyerlah sebab pilihan warna kami.

Aku gelengkan kepala padanya dengan senyuman terukir di bibir. Menolak pelawaannya untuk membantu. Aku berpaut pada pintu dan keluar sendiri.

Buk!

Bunyi dentuman yang tak adalah sekuat mana kedengaran. Terus aku melilaukan mata mencari punca dentuman itu. Dari sini aku nampak seorang lelaki yang sepertinya baru terlanggar pintu masuk sebuah pub sebab lelaki itu tengah terduduk atas lantai.Dah kenapa pula itu?

Aku lihat teman wanitanya di sebelah tengah memarahi dia sambil pukul bahu lelaki yang jatuh itu bertalu-talu. Mata lelaki itu pula tengah pandang aku. Lihat ke arah lain pula aku terus malu sendiri sebab hampir kesemua lelaki tengah pandang ke arah kami.

Adakah aku terlalu over malam ini? Yelah, tengok baju aku ini macam nak pergi AJL pun ada. Kalau aku cong sesiapa yang aku ini artis atau adik Rizal Hussin pun mahu mereka ajak selfie sekeping dua.

Aku dengar Rafiq tertawa kecil. Terus aku pandang Rafiq sambil kakiku melangkah beberapa tapak ke depan untuk beri laluan pada Rafiq tutup pintu keretanya.

"You are so gorgeous and stunning. You should be illegal, Hani. Awak membahayakan keselamatan semua lelaki yang melihat," kata Rafiq. Macam tengah cuba mengayat dengan pujian dia sambil lelaki itu tutup pintu tempat duduk aku tadi.

Aku diam tidak menjawab. Nak jawab apanya? Punyalah hiperbola dia punya ayat. Itu namanya lelaki tak mantap iman setakat rupa macam aku ini pun boleh mengancam keselamatan. Belum jumpa bidadari syurga lagi itu. Kalau jumpa bidadari syurga, mahu bawa bantal dengan tilam, pindah masuk surau atau masjid sebab nak beribadah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu semata-mata nak memperisterikan bidadari syurga.

Kami berjalan beriringan masuk ke dalam restoran.


Sampai saja di sebuah meja. Dengan lagak gentleman, Rafiq tarik sebuah kerusi untuk aku lalu satu tangan didepakan bagi mempersilakan aku untuk duduk. Dah macam macai aku pula gayanya.

"Thank you," ucapku sebelum aku melabuhkan duduk di atas kerusi yang ditarik Rafiq.

Rafiq melabuhkan duduknya di depan aku. Di belakang Rafiq ada sebuah tingkap kaca yang membolehkan aku untuk lihat pemandangan di luar. Nampaklah orang lalu-lalang di luar sana. Tak begitu menarik, tapi kalau bosan sangat bersembang dengan lelaki ini nanti bolehlah aku layan tingkap itu.

Tiba-tiba seorang pelayan datang bersama dua gelas yang berisi dengan sesuatu seperti kek. Kek dalam gelas, dihiasi dengan buah di setiap lapisannya. Cantik terhias.

Eh, kejap! Belum order lagi dah sampai makanannya? Belum pun punggung aku ini panas. Jangan kata panas, belum pun lagi rasa sejuk dekat kerusi itu hilang tapi makanan dah sampai. Mungkin Rafiq dah siapkan semuanya dari awal?

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now