Bab 41

3.1K 150 6
                                    

"ESOK Hani cuti. Lusa Hani check in branch dekat rumah ibu." Tegas dan veto.

Berkerut dahi aku pandang Hail yang tengah berpeluk tubuh atas katil. Macam selalu, dia duduk bersandar di kepala katil dengan kaki berlunjur sambil pandang aku. Mukanya tegas. Serius.

"Bukan abang kata bulan depan ke baru masuk branch tu?" soalku.

"Masuk branch sana lusa. This is an order. " Sekali lagi Hail senyapkan aku dengan kuasa vetonya.

Aku diam seketika. Baju yang aku dah siap lipat, aku susun di dalam almari sebelum kaki melangkah ke arah katil. Katil aku panjat dan aku berbaring di sebelah Hail. Hail nampak agak tegang sejak bertemu Rafiq tadi. Ye, tadi selepas Hail ambil aku dari tempat kerja, kami bertembung dengan Rafiq di kedai makan. Rafiq pula pergi ajak aku makan dengan dia lalu ungkit tentang aku dan dia keluar bersama dua kali itu depan Hail.

Sebelum aku dikecam, elok aku cakap awal-awal yang aku tolak pelawaan dia dan tetap bersama Hail.

Lepas Rafiq pergi, Hail langsung tak bercakap. Sepatah pun tarakk. Dingin sungguh Hail seharian. Baru sekarang Hail buka mulut bercakap dengan aku. Itu pun hal kerja.

"Tapi cuti tu tak tolak cuti tahunan kan?" Memang tidaklah aku nak korbankan cuti aku tu...

"Tak." Sepatah je Hail jawab.

Aku pandang Hail lagi. Kali ini lebih lama. Rasanya aku tahu apa yang menyebabkan Hail jadi seperti ini. Tak lain tak bukan, mesti Rafiq. Memang sejak kebelakangan ini, Hail rajin tunjukkan cemburunya depan aku.

"Abang masih marah tentang apa yang Rafiq kata?" soalku, takut-takut.

Dengar saja nama itu, terus terangkat muka Hail. Aku ditenung dengan mata tajamnya. Sudahlah muka tegang, mata pula tajam. Seram!

"Nak marah pun bukan ada siapa nak peduli. Biasalah perempuan. Dia buat, boleh. Bila lelaki buat, terus kiamat dunia. Lelaki boleh kahwin empat. Tapi bila lelaki keluar dengan perempuan terus terpelangkup meja makan. Kalau dia yang keluar makan dengan lelaki, tak pula jadi masalah."

Rasa macam baru kena tumbukan bertubi-tubi. Hail menyindir aku cukup-cukup dengan mata yang masih tepat memandang aku. Memang betul-betul nak tuju dekat aku itu! Tapi aku mengaku salah. Cuma...

"Waktu tu Hani tak yakin dengan hubungan kita..." Perlahan suaraku.

Hail jungkit kening. Inginkan lebih penjelasan.

"Abang lelaki, Hani perempuan. Perempuan ni baru 27 ke atas orang dah sesuka hati label andartu. Dengan hubungan kita yang macam itu, abang yang bawa balik perempuan setiap minggu, kita yang langsung tak ada komunikasi melainkan di tempat kerja dan banyak lagi. Hani hanya mahu bersedia."

"Bersedia untuk apa?" soal Hail.

Aku diam. Aku tahu yang dia tahu apa maksud aku. Dia hanya mahu kepastian.

"Bercerai? Kahwin lain?" Bila aku tak jawab, Hail sambung sendiri.

Dan itulah jawapannya. Jadi aku diam lagi.

"Entahlah, Hani. Agaknya memang inilah apa yang abang layak hadap lepas segala dosa yang abang buat." Hail menggeleng kecewa lalu toleh kepala, tak mahu memandang aku.

HAIL : THE FIRSTWhere stories live. Discover now