ANDAIKAN kau orang berada di tempat aku apa pula perasaan kau orang?
Adakah teruja? Cemas? Keliru atau bahagia? Jika ditanya tentang perasaan aku satu saja yang aku akan jawab iaitu aku sangat - sangat rimas dengan mereka. Bermula dari si jerk Hansel Aufan, si soft spoken Arsen Hayyes, si seram Noel Rayhan atau si seram Emuel Rayzan. Aku rimas dengan mereka berempat!
Kenapa hidup aku tak pernah tenang?
Apa dosa aku sehinggakan keempat - empat lelaki ini sentiasa menganggu ketenteraman hidup aku sejak aku masih kecil? Sadiskan hidup aku?
Aku lebih suka hidup yang biasa saja.
“Jelita…” Aku memandang ke arah Emuel dan Noel yang masih menatap wajahku malahan kedua - duanya sedang mengepung tubuhku membuatkan aku menelan liur kerana aku berasa seram!
“Aku tak tahu nak jawab-”, Balas aku perlahan.
Aku menayangkan sengihan serba salah pada mereka berdua.
Jika dengan Hansel atau Arsen tak lah aku cuak sangat kerana mereka berdua hanya sebaya aku saja. Tapi, ini jelas sekali empat tahun lebih dewasa berbanding aku. Tak naklah aku sakitkan hati mereka kerana aku risau apa pula yang mereka akan lakukan padaku nanti.
“Jawab saja. Kau lebih sukakan siapa? Aku atau Noel?” Soal Emuel.
“Jelita lebih sukakan Noel kan?” Soal Noel pula.
Mummy tolong Jelita…
“Ak-aku tak suka dua - dua”.
“Pilihlah satu”. Balas mereka berdua serentak.
“To-tolong bawa ni pergi depan. Aku lebih sukakan orang yang boleh ajar adik aku math sampai dapat full marks”. Balasku perlahan.
Terpaksa!
“Kau ambil Nathan. Aku ambil Xavieq”. Ujar Emuel sambil mengamvil dulang yang ditatangku itu.
“Okey”. Balas Noel dengan tenang.
Aku menelan liur melihat wajah serius Emuel. Takkanlah dia bersungguh nak buat adik aku dapat full marks? Wahai adikku kakak harap kau orang tak dapat full marks dalam exam math.
“Jelita…”
Aku memandang wajah Noel yang sedang mengukirkan senyuman manis padaku.
“Noel nak Jelita kahwin dengan Noel kalau Nathan dapat full marks. Okey? Noel pergi dulu”. Pamit Noel dengan sopan lantas dia membuka langkah meninggalkanku sendirian di dapur.
Mampus!
Kenapa kau boleh terfikirkan idea gila macam tu wahai Jelita?!
Aku tak tahu sebab aku gelabah.
Aku tak sangka pula anak kembar Aunty Angel dan Uncle Afwan ni boleh ambil serius dengan apa yang aku katakan.
Matilah aku.
Aku harap sangat Nathan tak dapat full marks.
“Kenapa muka stress ni?” Aku memandang Aunty Angel tatkala aku mendengar suara lembutnya menegurku.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romantik"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...