“SELAMAT datang, Raf!” Sapa Tuk Rian bersama-sama wajah teruja apabila dia melihat tok walid masuk ke dalam rumahku dengan tok ummi. Nek Leen awal-awal lagi menarik tangan tok ummi menuju ke dapur untuk berbual dengan nenek.
Aku pula yang kena duduk di ruang tamu memandangkan Noel sedang menmbantu nenek di dapur. Noel kata aku sepatutnya berehat memandangkan aku sedang mengandung.
Aku memandang atuk yang duduk disebelahku.
“Aku gembira sebab kau datang!”
“Aku bukan datang sebab kau, gila. Aku datang sebab cucu menantu aku yang minta aku datang.” Bidas tok walid dengan wajah beku.
“Aku datang sini sebab aku nak jaga Jelita juga. Betulkan, Jelita?” Soal Tuk Rian sambil memandangku.
Aku mengangguk.
“Cucu aku yang cantik ni tengah mengandung. Kau orang buat dia tertekan!” Tegur atuk.
“Aku tak buat dia tertekan. Muka pembunuh bersiri Raf yang buat Jelita tertekan.” Nafi Tuk Rian dengan pantas.
“Sial.” Gumam tok walid dengan nada bengang.
“Kau lah sial. Affan dan Aynaa dah ada cucu. So, kau dah ada cicit. Aku nak jugalah merasa bagi nama untuk cicit aku. Aku dah pilihkan nama yang sesuai untuk cicit aku nanti!” Ujar Tuk Rian.
“Kau tak payahlah nak menyibuk. Cicit tu cicit aku dan Rash. Kau tak ada kena mengena.” Bidas tok walid bersahaja.
“Ey, banganglah! Aku bagitahu Widya.”
“Kau nak menggatal dengan isteri aku lagi ke? Hanz, kau lempang adik ipar sial kau ni.” Arah tok walid.
“Haah, dia memang sial pun. Aku bukan setakat lempang dia. Terajang pun aku boleh.” Bidas atuk selamba.
“Kau memang kejam! Abang ipar tak guna!”
“Diamlah adik ipar derhaka.”
“Kau ni bisinglah, Rainy.” Rungut tok walid sambil menayangkan muka bosan.
“Jangan panggil aku Rainy!” Bengang muka Tuk Rian apabila dia diserang oleh tok walid dan atuk.
Atuk memegang lembut bahuku.
Aku memandang wajah atuk.
“Hansel datang. Pergi jumpa dia di luar.” Bisik atuk.
“Tapi, nanti Noel marah Jelita…” Balasku perlahan.
“Tak apa. Atuk akan uruskan Noel. Hansel nak bercakap dengan Jelita aje bukannya dia nak bawa Jelita lari. Pergilah jumpa Hansel. Lepas ni kamu dah jarang jumpa dia.” Ujar atuk.
Aku terus bangun.
Atuk kembali menyebelahi pihak tok walid untuk membuatkan Tuk Rian marah.
Aku keluar dari rumah memang aku nampak Hansel sedang aku di luar dengan pakaian kasual tapi kacak.
“Kenapa kau datang ke sini?” Soalku.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...