AKU tak faham kenapa daddy suka sangat dengan Hansel sedangkan Hansel ini sangat menjengkelkan. Dia suka aje buat orang nampak dia menyedihkan supaya dia boleh dibantu dengan mudah.
“Selamat pagi Jelita”, Aku menghentikan langkah apabila aku melihat Hansel yang tersenyum manis di depanku. Aku terus saja menilik jam tanganku untuk memastikan waktu.
Tak.
Aku tak lewat lagi nampaknya.
“Kenapa kau datang ke sini?” Soalku.
“Pak cik…” Hansel menggeleng.
“Daddy jemput aku datang ke sini untuk bersarapan dengan kau. Aku juga bawakan makanan untuk kau”. Kata Hansel dengan sengihan.
Dia ni…
“Kenapa kau panggil daddy aku tu daddy?” Soalku tak puas hati.
“Daddy yang suruh Hansel panggil macam itu. Ada masalah ke Ivy Jelita?” Celah daddy sebelum Hansel sempat menjawab pertanyaanku.
Aku menggeleng pantas.
“Hansel, jemputlah makan. Hari ni Jelita akan pergi ke sekolah dengan Hansel. Daddy nak guna kereta untuk menghantar Nuha, Nathan dan Xavieq ke sekolah”. Tutur daddy dengan santai.
Rahang aku longgar.
Kenapa daddy nak menghantar adik - adik aku sedangkan selama ini tugas itu ialah tugas aku?!
“Mana Joshua? Jelita akan hantarkan-”.
“Joshua pergi sekolah sendiri. Dia ada motorsikal yang daddy dah belikan pada dia lama dulu. Dia tak naik sebab dia hanya kesiankan Jelita. Itu yang dia biar Jelita hantar dia ke sekolah setiap hari. Hari ni, daddy suruh dia naik motorsikal sendiri untuk pergi ke sekolah. Joshua nampak gembira”.
Aku terdiam tatkala mendengar bicara daddy.
“Dah. Jelita, jomlah makan”. Gamit Hansel sambil menarik tanganku dengan lembut.
Aku merentap kasar tanganku dari terus dipegangnya.
“Jelita”. Suara daddy mulai tegas.
Aku terus saja melangkah pergi menuju ke meja makan tanpa menghiraukan daddy atau Hansel.
Benci betul.
Kenapa semua orang berpihak pada Hansel? Aku ini jauh lebih penting berbanding Hansel.
Bencinya!
Hansel memang suka menyakitkan hati aku.
♡♡♡♡♡♡
HANSEL bawa beg aku semasa kami masuk ke dalam pekarangan sekolah. Aku hanya memegang buku - buku yang selebihnya.“Hansel!” Beberapa orang kawan lelakinya menerpa kami.
Aku terundur ke belakang.
“Apa?” Soal Hansel hairan.
“Kesiannya kau. Pagi - pagi lagi kau dah kena buli dengan si kejam Jelita ni”. Tegur salah seorang lelaki sambil memandang gusar seraut wajah Hansel.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...