KERAGUAN aku pada Arsen masih lagi menjadi tanda tanya kerana Arsen tak menunjukkan sebarang tindakkan aneh padaku langsung. Hari ini, aku datang ke sekolah seperti biasa memandangkan Joshua diuruskan mummy dan daddy.
Aku tertanya - tanya siapa lelaki yang menolakku jatuh dari tangga hanya kerana Hansel?
Aku tak jumpa langsung lelaki yang tolak aku itu semenjak hari lelaki itu menolak ke arah jalan raya. Aku rasa sangat - sangat aneh dan juga musykil dengan keadaan itu.
“Jelita!” Tak sangka Hansel menarik kasar lenganku lalu tubuhku dibawa rapat padanya.
Aku terkebil - kebil tatkala motorsikal meluncur laju betul - betul bersebelahanku.
“Hansel…”
“Kau boleh berhenti menyusahkan orang? Cuba kau alert dengan situasi sekeliling kau? Berjalan sambil termenung langsung tak selamatlah! Sekarang waktu pagi jadi orang masih lalu lalang umtuk datang ke sekolah!” Marahnya.
Aku diam.
“Dah cepatlah masuk kelas. Bahaya kau berdiri di luar lama - lama”. Tanganku ditarik dengan kasar oleh Hansel.
Aku hanya mengikuti langkahnya tanpa sebarang bantahan.
Kami tiba juga di dalam kelas akhirnya lalu Hansel menghantarku ke tempat dudukku sebelum dia berlalu ke tempat duduknya.
Aneh.
Hari ini Hansel bereaksi sama seperti biasa.
Aku menompang dagu melihat seraut wajahnya itu.
Aku tak tahu tentang perubahan mood Hansel tapi aku teringin sangat nak tahu kenapa Hansel tiba - tiba jadi tegas atau berlembut denganku?
Aku bangun dari tempat dudukku lalu aku membuka langkah mendekatinya.
“Hansel”. Seruku dengan lembut.
Hansel memandangku.
“Aku ada buat sesuatu yang kau tak suka ke?” Soalku ingin tahu.
“Tak ada”.
“Kau suka aku ke?” Soalku lagi.
Hansel memalingkan wajahnya memandang ke arah lain lalu telinganya terus saja bertukar merah.
Ya, aku tahu dia suka aku.
“Kau bencikan aku?”
“Tak!” Aku terkejut dengan jawapan pantasnya.
Hansel memandangku.
“Ma-maksud aku. Aku tak benci kau pun. Dahlah. Kau jangan tanya soalan merepek macam ni. Pergilah duduk”. Halau Hansel lalu dia menoleh memandang ke arah luar.
Aku berlalu ke tempat dudukku.
Hansel tak bencikan aku.
Jadi, aku kena bertanya pada Maria dan Arsen pula.
Jika cara mereka menjawab itu pasti saja aku akan dapat kesan dengan mudah sama ada mereka menyembunyikan sesuatu atau tidak.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...