SETIAP kali habis waktu sekolah tentu saja aku akan menghabiskan masa aku dengan pergi ke rumah atuk.
Kenapa aku suka rumah atuk?
Rumah atuk sangat - sangat selesa dengan kolam renang dan persekitaran yang luas memudahkan aku untuk bergolek di mana aje yang aku suka. Tambahan lagi, di sini adik - adik aku tak ada. Tak bermaksud aku bencikan mereka atau rimas dengan kehadiran mereka.
Aku suka semua adik - adik aku.
Aku cuma nak privasi sekejap sebelum aku balik ke rumah kerana bila aku balik nanti tentu aje adik - adik aku akan ikut aku macam anak - anak ayam yang baru menetas dari telur.
“Jelita?” Aku mengukirkan senyuman lebar.
“Atuk!” Tubuh atuk terus saja dipelukku dengan girang membuatkan atuk ketawa kecil. Atuk menbalas pelukanku.
“Rindunya”.
“Rindu apa, abang? Hari - hari Jelita datang ke sini pun rindu lagi?” Soal nenek dengan nada menyindir.
“Mi amore kena faham hari - hari abang rindukan cucu abang yang paling cantik ni. Sekali pandang macam Malaika pun ada. Nasib rambut aje yang tak merah macam Malaika”.
Aku tersenyum.
“Jelita tinggal dengan atuk. Atuk nak Jelita duduk di sini. Nenek pun mesti seronok ada kawan”. Tutur atuk dengan nada memujuk.
“Saya okey aje. Tapi, abang kena ingat yang Hanzel tu tinggal bersebelahan rumah kita. Mesti hari - hari anak dia datang ke sini sebab nak kacau Jelita. Abang tahulah Malaika macam mana”, Tukas nenek dengan lembut.
Aku tahu mummy macam mana.
Mummy memang anti dengan lelaki mata hijau kerana bekas suaminya iaitu ayah Hansel itu pernah menyeksa mummy malahan memadukan mummy dengan ibu Hansel. Hasil perkahwinan mereka ibu Hansel itu telah mengandung Hansel Aufan yang jerk.
Aku tak ada sangkut paut dengan keluarga Hansel kerana aku bukan anak ayah dia. Aku anak lelaki luar yang telah merogol mummy. Tapi, mumny tak benci aku malahan dia sangat - sangat menyayangi aku.
Aku juga menyayangi mummy.
“Jelita nak berenang kat tempat biasa tau”. Kataku pada atuk seraya meleraikan pelukan.
“Okey, atuk takkan bagi sesiapa masuk ke sini Jelita berenang”. Tukas atuk.
“Jelita nak puding? Nenek buatkan puding untuk Jelita dulu”. Kata nenek dengan nada lembut seraya nenek berlalu masuk ke dalam rumah.
Aku tersenyum.
“Berenang baik - baik. Atuk masuk dulu”. Ujar atuk sambil mengusap rambutku.
“Okey, atuk”.
Aku terus saja menuju ke arah kolam renang lalu aku membuka pakaian di tubuhku. Sudah semestinya aku memakai pakaian renang di dalam kerana hari ini aku sudah bercadang untuk datang ke rumah atuk.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...