MARIA sememangnya sangat - sangat cantik.
Jika sekilas pandang dia sudah kelihatan seperti pasangan yang sesuai dengan Hansel. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah kapak.
Kapak?
Aku takkan kata bagai pinang dibelah dua. Takkan sesekali. Tapi, aku akan kata bagai pinang dibelah kapak sebab mereka takkan sesekali sesuai selagi aku masih ada di sini!
Maria keluar sekejap untuk membuat minuman.
Aku terus saja menggamit Hansel mendekatiku lalu kolar bajunya ditarikku dengan kasar membuatkan dia terdorong pantas ke arahku.
Hansel menelan liur.
“Kenapa kau bawa perempuan tu datang ke sini?!”
“Maria kata dia nak ikut. Maria teringin sangat nak berjumpa dengan kau jadi aku bawa dia datang ke sini”. Ucap Hansel dengan wajah yang serba salah apabila melihat wajahku.
Marah?
Mestilah aku marah!
Takkan aku nak gelak pula lepas dia bawa perempuan lain datang ke sini?!
“Kau suka Maria tu cakap saja!”
“Taklah. Aku hanya ada hati pada kau saja, Jelita”. Ujar Hansel bersama - sama senyuman manis.
Aku mengetap bibir.
“Esok dan hari yang seterusnya kau datang ke rumah aku tolong pastikan kau tak bawa si Maria tu sekali!” Tegasku.
“Kalau aku bawa juga?”
“Kau nak kena dengan aku ke? Kau nak mati ke?” Soalku dengan kasar membuatkan Hansel ketawa lagi.
“Aku tak kisah untuk mati di tangan kau”. Balasnya dengan mudah.
Aku menolak kasar Hansel menjauhiku.
Hansel ketawa saja.
Geramnya aku dengan si Hansel ni.
Maria masuk ke dalam bilikku sambil menatang dulang yang dihuni jug dan juga tiga gelas kaca.
“Saya buatkan air ni”. Katanya.
Tak perlu beritahu pun aku dah tahu yang dia buatkan air tu.
“Biar saya tolong….”
“Ehem!” Aku menggunakan suara yang kuat membuatkan niat ‘baik’ Hansel untuk membantu Maria terbantut di situ aje. Hansel memandang wajahku bersama - sama muka yang kelihatan terpinga - pinga.
“Sini”. Gamitku.
Hansel mengetap bibir.
“Tak apa. Pergilah pada Jelita memandangkan dia sakit”. Pujuk Maria dengan lemah lembut.
Senang betul Hansel mengikuti arahan Maria.
Hansel melabuhkan punggung dibirai katil.
“Ada apa, Jelita?” Soal Hansel ingin tahu.
Aku mencapai tangan kanannya lalu aku menggenggam tangannya itu dengan lembut.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...