NUHA juga datang ke sini bersama - sama Joshua.
Nuha dan Maria menghidangkan minuman untuk aku, Hansel, Joshua dan Noel memandangkan kami sedang duduk di ruang tamu untuk berbincang tentang perkara yang aku tak tahu sebelum ini.
Noel hanya tenang saja disisiku.
“Jadi…”
“Kau masih cintakan aku, Jelita?” Soalnya dengan lembut.
Aku benci soalan Hansel yang bodoh itu.
Hansel tersenyum tawar.
“Aku rasa kau masih lagi. Aku minta maaf sebab aku tak dapat membalas perasaan kau macam yang aku niatkan sebelum ini, Jelita”. Tutur Hansel dengan nada serba salah.
Aku diam.
Hansel menyentuh kepalanya di depanku.
“Aku sebenarnya tahu yang Arsen nak bunuh kau. Aku berpakat dengan dia untuk rancangan tu dan Maria tak tahu apa - apa pun tentang hal tu”. Bicara Hansel mengejutkan aku.
Dia tahu?
“Niat aku dan Arsen berbeza. Arsen bencikan kau tapi aku cintakan kau. Apa yang aku nak hanya aku nak Noel dipersalahkan setiap kali ada sesuatu perkara terjadi pada kau. Aku nak jadi penyelamat kau. Aku nak nama Noel buruk sebab aku bencikan Noel”. Tutur Hansel.
“Kenapa kau bencikan Noel?” Soalku ingin tahu.
“Aku pernah ada abang angkat dulu. Waktu tu, Noel dan Emuel ada di sekolah menengah. Noel dan abang angkat aku sangat berkawan baik. Tapi, suatu hari abang angkat aku tu meninggal dunia. Kata mereka, Noel yang bunuh abang angkat aku sebab pergaduhan. Noel tak ditahan pun atas sebab dia tu ada masalah berkait mental”. Hansel memandang Noel.
Noel diam saja.
Aku turut memandang Noel.
“Aku tak puas hati bila dia selalu ada untuk tolong kau. Jadi, aku buruk - burukkan dia pada kau. Aku tak nak kau lebihkan Noel berbanding aku. Aku nak kau terima aku seorang aje. Kenal dengan Noel buat aku faham memang dia nak jaga kau. Dia buat macam - macam untuk mengawasi kau. Aku ada niat nak singkirkan Noel dari hidup kau. Suatu hari, Arsen beritahu aku yang dia nak bunuh kau. Dia nak tolak pasu dari tingkat atas…”
“Itu sebabnya kau ikut aku balik?”
Hansel mengangguk.
“Dia kata yang ikut kemahuan aku sama ada aku nak biarkan kau mati atau aku nak korbankan nyawa aku. Jadi, aku pilih untuk selamatkan kau. Aku minta maaf, Jelita. Aku tahu Arsen yang asyik mengancam nyawa kau tapi aku tak nak beritahu kau”. Ucapnya serba salah.
“Jadi, kau tak muncul lepas tu?” Aku bertanya lagi.
“Hansel koma. Jadi, atuk, daddy dan pak long berpakat untuk sembunyikan Hansel dan palsukan kematian Hansel. Pak ngah dah cerita tentang Arsen jadi memang kami dah syak Arsen yang mengancam kakak. Itu sebabnya daddy minta Abang Noel jaga kakak”. Tutur Joshua.
Noel tertunduk.
Jadi, aku aje yang tak perasan Arsen tu bencikan aku?
Ah, bodohnya aku.
“Maaf, kakak sebab dah rahsiakan semua ni dari kakak. Daddy tak izinkan Joshua cerita apa - apa jadi Joshua tak berani nak buka mulut”. Ucap Joshua serba salah.
“Tak apa. Joshua ikut arahan pak cik je. Kau mesti fahamkan, Jelita?” Hansel memandangku.
“Aku tak tahu…” Gumamku.
Hansel menghela nafas.
“Selepas aku terjaga dari koma. Aku tak ingat apa - apa. Jadi, Maria datang untuk ceritakan aku tentang semuanya. Joshua juga datang untuk memulihkan ingatan aku. Nuha pun menjaga aku juga. Dia jaga makan dan minum aku. Atuk, pak cik dan daddy juga banyak berbual dengan aku. Alhamdulillah, lima bulan juga ambil masa untuk aku ingat semuanya. Joshua ada tanya aku yang aku nak kembali pada kau ke memandangkan kau tunggu aku. Tapi, aku tolak sebab Noel. Noel baik sangat dengan aku. Aku tahu Noel cintakan kau tapi dia hari - hari datang jumpa aku dan beritahu aku tentang kau. Dia minta aku pilih kau sebab kau tunggu aku. Aku malu dengan kesungguhan Noel. Jadi, aku dah pastikan betul - betul yang aku nak mulakan hidup aku tanpa perlu berpaut pada kau”.
“Ja-jadi, kau tak pilih aku? Kau pilih Maria?” Soalku.
Hansel menggeleng.
“Maria hak milik Arsen. Arsen memang jatuh cinta pada Maria dan aku juga tak pernah ada hati pada Maria. Jadi, aku pilih Nuha”. Katanya.
Aku memandang Nuha yang tertunduk.
Nuha?
“Kenapa?” Soalku.
“Nuha yang ada dengan aku. Dia pun patah hati dengan Arsen. Lagipun, Nuha tu dengar cakap daddy, atuk dan pak cik. Dia melayan orang disekeliling dia dengan baik. Pelikkan? Waktu aku hilang ingatan aku jatuh hati pada Nuha. Bila aku dah ingat semula aku rasa kecewa. Kenapa selama ini aku kejar kau dan bukan Nuha?”
Air mataku gugur.
“Jelita…” Noel memandang risau wajahku.
“Kakak…”
“Kau dah pikat aku. Ka-kau buat aku jatuh cinta pada kau. Senang - senang je kau lepas tangan dan pilih Nuha? Jantan jenis apa kau ni, Hansel?!” Bentakku.
“Jelita, bertenanglah”. Pujuk Maria.
Aku menolak dia jauh dariku.
“Kau jangan nak suruh aku bertenang. Kau dapat Arsen yang kau cinta. Arsen juga cintakan kau. T-tapi, aku? Ak-aku pula ditinggalkan macam tu je? Ke-kenapa Nuha buat kakak macam ni?” Soalku pada Nuha.
“N-Nuha tak nak. T-tapi, daddy dan atuk yang suruh. P-pak long yang meminang Nuha untuk Ab-Abang Hansel. Maaf, kakak…” Gumam Nuha serba salah. Air matanya menitis.
Aku tak puas hati.
“Budak bawah umur yang kau pilih, Hansel?”
“Nuha akan jadi tunang aku sampai dia umur 18 tahun. Genap dia 18 tahun memang aku akan kahwin dengan dia”.
Hati aku retak.
Sakit hati!
“Jelita…” Tegur Noel.
Aku merentap tanganku dari terus dipegangnya lantas aku terus saja keluar dari rumah.
Aku benci Hansel!
Jantan tak guna!
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...