AKU berteleku di koridor sementara menunggu waktu pulang tiba. Cikgu - cikgu ada mesyuarat penting maka semua kelas riuh tanpa cikgu. Malahan, pengawas juga tidak menjalankan tugas dengan betul. Meskipun begitu ada juga sesetengah pengawas yang berusaha mengawal keadaan namun tak berjaya.
“Seronoklah kau kan…”
Aku memusingkan tubuh memandang seorang lelaki yang berdiri di sebelahku. Sepasang matanya memandangku dengan wajah penuh sinis.
Siapa lelaki ni?
“Apa maksud kau dengan seronok?” Soalku keliru.
“Hansel tunduk dengar cakap kau macam orang yang bodoh sedangkan kau tak ada perasaan pun pada dia. Boleh kau berhenti mempermainkan perasaan dia? Kau menjengkelkan aku, perempuan”. Ujar lelaki itu tak puas hati.
Takkanlah lelaki ni…
Sukakan si Hansel pula?
“Aku kenal kau ke? Kau ni siapa nak nilai hak aku?” Soalku tak puas hati.
“Kebiasaannya, aku tak berminat nak ambil tahu tentang hal orang. Tapi, kau ni dah terlalu melampau buatkan aku rimas melihat perangai kau. Hansel tak pernah layak dengan perempuan macam kau, Jelita. Hansel layak untuk perempuan yang berkali ganda jauh lebih baik berbanding kau”.
“Kenapa kau cakap macam ni pada aku? Pergilah cakap pada Hansel”. Sinisku.
“Aku tahu kalau aku cakap pada Hansel pun takkan berguna sebab mata dan hati dia hanya untuk kau. Tapi, aku nak kau tu ubahlah perangai kau! Kau ni berperangai macam budak - budak. Kau rasa kau cantik sebab semua lelaki tunduk pada kau. Jadi, kau berlagak sombong. Kau tak nampak macam mana ikhlasnya di Hansel tu pada kau walaupun kau ni sangat - sangat menyakitkan hati”.
Aku tak faham dengan lelaki ni.
Dia minat pada Hansel atau apa?
“Aku tak kisah apa yang kau nak cakap sebab aku hanya anggap yang Hansel tu hanya sampah saja”. Sinisku.
Aku membuka langkah pergi meninggalkan lelaki itu lalu aku menuruni tangga.
“Aku rasa kau ni perlu diberikan pengajaran supaya kau nampak keikhlasan Hansel pada kau”. Sinis lelaki itu dari belakang.
Aku menoleh memandangnya.
“Ap-apa yang kau cakap ni?” Soalku keliru.
Bak!
Tubuhku ditolak membuatkan aku kehilangan keseimbangan badan lalu aku tergolek jatuh dari tangga dan aku terhantuk kuat pada dinding. Aku nampak lelaki itu tersenyum puas hati lalu dia membuka langkah meninggalkan aku.
Tak guna.
Siapa lelaki tu?
Apa pun tubuhku terasa sangat - sangat sakit.
♡♡♡♡♡♡
“SUAMI aku suruh kau jaga Jelita sewaktu Jelita ada di sekolah! Sekarang, sehari dia dibawah jagaan kau terus dia terlantar atas katil sampai macam ni. Kau memang pembawa sial!” Suara jerkahan mummy membuatkan aku tersedar dari lena.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
عاطفية"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...