AKU hanya duduk di dalam kereta saja.
Siapa aje yang tak terkilan jika lelaki yang disukai tiba - tiba saja memilih adik sendiri? Apa aje yang Nuha dah lakukan untuk Hansel sampaikan Hansel boleh jatuh cinta pada dia?!
Pintu kereta dibuka.
Noel masuk ke dalam kereta.
“Jelita…”
“Kenapa abang tak bagitahu Hansel selama ni masih hidup? Kenapa abang pun menipu Jelita?!” Bentakku.
“Bukan abang berniat nak menipu. Hansel yang tak izinkan abang beritahu dia berada di mana. Abang nak juga Jelita menjaga Hansel tapi Hansel sendiri yang tak nak jadi abang tak paksa”. Tukas Noel dengan lembut.
“Jelita benci semua orang! Semua orang dah sakitkan hati Jelita!” Bentakku bersama - sama tangisan.
Aku kecewa!
Hansel sendiri yang pikat aku. Bila aku dah jatuh cinta boleh pula dia tinggalkan aku terkontang - kanting begini. Adakah sebenarnya Hansel mahu membalas dendam atas apa yang aku dah lakukan dulu?
Jika itu niatnya sememangnya dia sudah berjaya.
“Abang…” Seruku.
“Hmm?”
“Jelita nak bercerai…” Gumamku perlahan.
Noel nampak kecewa.
“Jelita janganlah buat keputusan melulu. Tak ada faedah jika Jelita ikut api amarah syaitan. Ada baiknya Jelita bertenang dulu sebelum buat keputusan sebab nanti Jelita akan menyesal dengan keputusan Jelita”. Tegur Noel dengan lembut.
“Jelita tak cintakan abang! Daddy dan mummy yang beria paksa Jelita kahwin dengan abang! Jelita tak nak pun. Jelita tak ada hati dengan abang. Abang tolonglah lepaskan Jelita sebab Jelita nak pikat semula Hansel. Jelita tak sanggup nak tengok Hansel kahwin dengan Nuha”. Rayuku.
Noel memeluk tubuhku tanpa sebarang amaran.
Aku terkejut.
“Bertenanglah, Jelita. Jika jodoh Jelita bersama - sama Hansel nanti Jelita akan miliki Hansel juga. Jelita jangan tergopoh - gapah. Kelak, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”. Ujarnya sambil mengusap belakang kepalaku.
Aku menghamburkan tangisan.
“Se-semua orang tak sayang Jelita! Semuanya nak sakitkan hati Jelita”. Raungku.
“Shhh. Abang sayang Jelita. Abang cintakan Jelita. Abang tak ada niat pun nak sakitkan hati Jelita. Shhhh…” Pujuknya.
Noel…
“Abang ada jumpa satu tempat yang cantik dan menarik. Malam ni kita pergi ke sana nak? Kita tangkap gambar dan makan di sana. Kita akan buat apa - apa aje untuk buat Jelita rasa tenang”. Cadang Noel.
Aku meleraikan pelukan.
“Ke-kenapa?”
“Hmm?”
“Ke-kenapa abang baik sangat? Je-Jelita berkasar dengan abang”. Aduku bersama - sama esakkan.
“Hey, tak apa. Abang tak marahlah sebab abang faham. Jelita kecewa dengan Hansel. Jadi, abang nak Jelita rasa lega. Lagipun, abang suami Jelita kan? Abang mestilah nak buat Jelita rasa bahagia”. Tutur Noel dengan senyuman manis.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...