AKHIRNYA, tiba juga waktu pulang.
Kali ini, aku terus saja pulang ke rumah. Aku tak datang ke rumah atuk dan nenek seperti kebiasaanku kerana aku nak mengelak dari si Hansel itu. Hansel yang sangat - sangat menjengkelkan!
Hansel tak serik langsung lepas kena marah dengan aku.
Dia tetap ikut aku macam orang bodoh. Aku bukannya bagi minyak dagu pada dia pun sampai dia gila macam tu.
Hansel memang sahih tak betul.
Pintu bilikku diketuk.
Aku bangkit dari pembaringan lalu aku menuju ke arah dedaun pintu bilikku. Pintu bilik dikuak perlahan - lahan.
“Kakak”. Sapa Joshua sebaik saja pintu dibuka.
“Ada apa?” Soalku.
“Arsen datang. Dia nak study dengan kakak. Kakak pergilah bawa buku math keluar. Dia dah tunggu kakak di gazebo”. Tutur Joshua.
“Okey”. Balasku.
Joshua tersenyum lantas dia berlalu meninggalkanku.
Aku menyalin pakaian untuk seketika memandangkan pakaian yang aku pakai ini agak seksi. Mummy akan cekik aku kalau aku pakai pakaian yang terlalu seksi di depan lelaki.
Seusai menukar pakaian barulah aku membawa buku math dan kotak pensilku keluar menuju ke arah Arsen yang sedang menunggu.
Arsen menayangkan senyuman apabila dia melihatku.
“Sorry buat kau menunggu”. Ucapku serba salah.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak bertentangan dengan Arsen.
“Aku pun baru je datang. Janganlah risau”. Balasnya lembut.
Arsen memang baik.
“Jelita. Aku nak tanya sesuatu tapi kau jangan marah aku pula tau. Aku takut kalau kau marah”. Pesannya berhati - hati.
“Cakap saja. Aku janji tak marah”.
“Kenapa kau benci sangat dengan Hansel? Bukan ke bagus kalau dia nak berubah? Kau tak suka dia jadi baik ke? Kau nak dia tayang perangai bad boy dia tu?” Soal Arsen ingin tahu.
Aku nak marah tak boleh.
“Hansel itu buat aku rasa jengkel. Dia ikut aku macam orang bodoh. Tak habis - habis panggil nama aku”. Omelku bengang.
“Jelita. Lelaki takkan berubah walaupun sebanyak mana perempuan tu cintakan dia. Tapi, lelaki akan berubah kalau dia cintakan perempuan tu. Aku tahu kau tak suka Hansel sebab dia anak pak long. Kau benci pak long sebab dia buat mummy kau macam tu. Kau sedar tak, Jelita? Jika pak long tak buat perangai mesti mummy dan daddy kau takkan berkahwin. Kau takkan ada adik - adik yang kau ada sekarang. Kau akan jadi anak pak long. Hansel pun takkan ada juga”. Tutur Arsen.
Hansel tak ada?
Itu mungkin akan menjadi lebih bagus.
Arsen menghela nafas apabila aku enggan membalas bicaranya.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...