TAK ada mood aku mahu berenang apabila perangai Hansel yang suka saja menggeletis sering mengganggu ketenteraman aku. Seusai itu, aku mengemaskan beg aku lalu aku membuka langkah menuju masuk ke arah dapur.
Aku nak mandi.
“Kau nak pergi mana, Jelita?” Soal Hansel sambil cuba menyaingi langkahku.
“Pergi ke mana - mana saja asalkan tak ada muka kau”. Bidasku dalam nada mendatar apabila Hansel masih mengikutiku.
Aku melempar beg aku padanya.
Hansel terus saja meletakkan beg aku ke atas lantai lalu dia mahu ikut aku masuk ke dalam tandas. Aku memang bagi tendangan padu pada kelakiannya apabila dia lakukan perkara sebegini tapi-
Atuk datang lalu dia menarik rambut Hansel yang masih basah menjauhiku.
Aku terus saja mengunci pintu tandas.
Peluang keemasan.
“Kenapa kamu kacau cucu atuk yang jelita?!” Soal atuk dengan nada yang cukup garang.
“Orang nak mandi dengan dia je…”
“Kepala lutut kamu! Kamu bukannya suami dia nak mandi bersama - sama. Kamu cuba lagi memang atuk kerat anu kamu!” Bebelan atuk membuatkan aku tahan ketawa.
Rasakan, Hansel!
Selesai saja membersihkan tubuh memang aku sudah bersiap sedia untuk pulang. Aku membawa beg menuju ke arah ruang tamu.
Tak sangka pula mummy datang.
Mummy mendekatiku lalu mummy menekup kedua - dua pipiku. Mummy nampak risau saja.
Aku mengerling memandang muka tak puas hati Hansel.
“Mummy risau sangat bila Jelita tak balik lagi. Jelita janganlah meraya lama - lama di luar. Jelita tu perempuan. Bahaya kalau dekat dengan lelaki tambahan lagi keluarga jantan tu”. Mummy menjeling Hansel.
“Mak cik tak suka saya sebab apa? Saya bukannya suka kat mak cik. Saya suka Jelita je!” Bidas Hansel dengan penuh biadab.
Pak!
Atuk meluku kasar kepala Hansel membuatkan Hansel tertunduk sakit.
Nenek membuka langkah ke arah kami berdua lalu pipi mummy disentuhnya dengan lembut seolah - olah nenek sedang memujuk mummy yang masih lagi trauma dengan perkara dulu.
“Hansel tak kacau Jelita pun. Kan, Jelita?”
“Ya, mummy. Hansel datang sini sebab nak jumpa atuk dan nenek aje. Mummy tak payahlah risau. Jelita okey”. Pujukku.
Mummy membelek batang leherku dengan risau.
Aku pasrah saja apabila dia memeriksa bahagian bahu dan dada aku.
Dia takut aku kena gigit.
“See? Tak ada. Mummy jangan risau”. Pujukku.
Mummy memeluk tubuhku dengan erat. Belakang kepalaku diusapnya dengan penuh kasih sayang.
“Mummy tak nak Jelita dengan dengan keluarga jantan tu. Mummy tak suka”. Pesan mummy.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romansa"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...