HANSEL sememangnya berpegang pada janji.
Seminggu yang lepas aku baru saja dibenarkan untuk berehat di rumah. Dua minggu telah berlalu pun Hansel tetap juga menjaga aku dengan baik. Hansel selalu membawa masakannya datang padaku. Lama kelamaan selama dua minggu ini aku sudah terbiasa makan masakannya.
Semasa Hansel di sekolah pula Emuel dan Noel akan menggantikan tempat Hansel untuk menjaga aku.
“Jelita…” Aku tersedar dari lamunan apabila namaku diseru dengan cukup lembut.
Aku memandang Noel yang sedang mengukirkan senyuman manis padaku. Dia memegang sudu yang bersisa bubur.
Noel juga pandai memasak.
Masakan Noel jauh lebih sedap berbanding Hansel. Tapi…
“Jelita?” Tegur Noel lagi.
Aku terus saja buka mulut membuatkan Noel menyuapkan bubur masuk ke dalam mulutku.
Noel tersenyum.
“Dah habis. Jelita tunggu sini sekejap sebab Noel nak pergi basuhkan mangkuk ni dulu. Jelita nak minum?” Soal Noel dengan lembut.
Aku mengangguk.
“Tunggu sekejap”. Pamit Noel lantas melangkah pergi meninggalkan aku berdua dengan Emuel yang sedang duduk di atas kerusi sambil menompang dagu menatap seraut wajahku.
“Lately ni aku nampak kau dah makin rapat dengan si mata hijau tu”. Tegur Emuel perlahan.
“Mana ada rapat…” Nafiku perlahan.
“Seriuslah kau tak rapat? Aku nampak cara kau pandang si mata hijau tu dah berbeza dari dulu. Kau dah tangkap cintan pada dia ke?” Soal Emuel dengan muka tak puas hati.
Pipiku terus bertukar merah.
“Ma-mana ada!”
“Kau jangan macam - macam, Jelita”. Tegas Emuel.
Derap langkah Noel kedengaran membuatkan Emuel drastik menyentuh rahangku seolah - olah dia mahu menciumku.
“Emuel Rayzan!” Bentak Noel apabila melihat abang kembarnya buat begitu.
“Ala. Aku pun suka Jelita”. Rungut Emuel sambil mengerling nakal wajah Noel yang sudah memerah marah.
“Jelita. Jelita jangan terperdaya dengan Emuel! D-dia tak suka Jelita pun. Dia gunakan Jelita sebab dia nak cemburu Ay-”. Tak sempat Noel hendak menghabiskan bicara tiba - tiba saja Emuel berlari ke arah Noel lalu bibir Noel ditekup.
“Shhh…” Pujuk Emuel.
Noel menolak kasar tangan abang kembarnya.
“Aku geram dengan kau sebab kau asyik menyibuk tentang hal aku. Nanti aku bagitahu dia. Biar…”
“Please, jangan buat macam ni. Aku janji aku takkan kacau Jelita. Aku mengalah…” Rengek Emuel.
Aku terkebil - kebil.
Tak sangka pula si Emuel boleh berubah mendadak sampai begini sekali?
Ay?
Setahu aku, nama Ay ni hanya digunakan oleh keluarga Uncle Affan dan Aunty Aynaa. Setahu aku, anak perempuan Aunty Aynaa hanya ada dua orang saja. Tapi, mereka berdua memang sangat - sangat cantik.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romantik"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...