“Cerita yang lepas usahlah dikenang. Betulkan, Cinta?”
Cinta mengangguk.
“Cinta? Wah, kau lagi upgrade dari aku. Aku nak panggil dia cinta boleh?” Soal Lutfi dengan sengihan mengusik.
“Boleh je kalau kau nak rasa pengalaman mengutip gigi kau kat atas lantai. Dipersilakan dengan segala hormatnya”. Sinisku.
Lutfi tergelak kecil.
“Garang. Hani tahan ajelah perangai Ayyim ni. Jenis kuat cemburu tapi dia baik hati aje”. Tutur Lutfi sambil memandang isteriku.
Cinta tersenyum saja.
“Tapi, semenjak berkahwin dengan kau semalam. Aku rasa Cinta dah nampak makin cantik. Tiba - tiba pula aku rasa menyesal sebab tak betul - betul gigih nak mengurat dia”. Rungut Lutfi.
“Aku yang buatkan gaya rambut untuk dia”. Balasku dengan penuh megah.
Itu belum kira Cinta mahu bersolek sebelum keluar dengan aku. Dia memang cukup cantik bila bersolek membuatkan aku ‘makan’ dia dulu. Aku suruh dia membersihkan muka kerana dia sudah cukup cantik dengan lipbalm dan bedak.
+++
“Cinta buat apa tu? Fokus betul abang tengok”. Tegurku dengan nada yang lembut.
Dia tunjukkan skrin telefon padaku.
Alahai dia sedang main game boo rupa - rupanya. Padanlah fokus semacam saja sampaikan dah terlupa suami dia ni.
Aku bangkit dari terus berehat di atas ribaannya.
Aku menjenguk Cinta yang sedang fokus bermain.
Comelnya.
Aku cium sekilas pipi kanannya.
Terus dia dapat game over.
Pft!
“Kelemahan Cinta bila kena cium dengan abang. Comelnya, isteri abang ni. Tiba - tiba pula abang rasa nak goreng Cinta dalam bilik”. Aku mula menyakatnya.
Cinta bagi telefon itu pada aku.
Dia suruh aku main pula?
“Cinta nak test abang ni cepat tergugat dengan Cinta atau tak, ke?” Tebakku sambil menatap seraut wajahnya.
Cinta mengangguk.
“Heh. Tak payah cuba. Kita memang dah tahu jawapannya. Abang ni hebat tau kebal je. Abang boleh menang main game walaupun Cinta goda abang”. Balasku dengan nada riak.
+++
Cinta paling risau sekali malahan dia sanggup bangun dari tidur untuk memasak bubur nasi demi aku.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Любовные романы"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...