AKU tak mahu pergi honeymoon…
“Jelita…?” Aku memandang ke arah Noel yang mendekatiku lalu dia memanjat katil. Noel melabuhkan punggungnya itu disebelahku lalu sepasang matanya itu menatap seraut wajahku.
Aku mengetap bibir.
“Kenapa ni?” Soal Noel dengan lembut.
“Jelita tak nak pergi honeymoon boleh?” Pintaku dengan lembut apabila Noel menatapku.
“Jelita tak nak pergi? Kenapa?” Soalnya.
“Jelita rasa teruk kalau kita pergi dalam keadaan Jelita tak sedia nak serahkan diri Jelita pada abang. Apa kata kita pergi honeymoon waktu Jelita jatuh cinta pada abang?” Cadangku dengan lembut.
“Tiket ni?” Noel memandangku.
“Abang bagi saja pada Emuel dan Kak Ayra”. Kataku.
“Tapi, mummy dan daddy macam mana?”
“Abang janganlah risau. Jelita akan uruskan hal mummy dan daddy. Lagipun, mereka takkan marah abang sebab mereka akan marah Jelita saja. Jelita akan tanggung semuanya”.
“Abang minta maaf…”
“Tak apa”. Pujukku dengan lembut.
“Jadi, kita takkan pergi honeymoon untuk sementara waktu?” Soalnya ingin tahu.
“Ya, nampaknya kita tak jadi pergi honeymoon dalam masa terdekat. Jika abang nak pergi juga ini akan jadi honeymood bukan honeymoon”. Tuturku dengan penuh bersungguh membuatkan Noel ketawa kecil.
Hidungku dicuitnya lembut.
“Dahlah. Jom kita tidur”. Gamitnya seraya menarik aku supaya berbaring di atas katil.
Aku rasa was - was hendak baring disebelahnya.
Aku bukanlah apa.
Aku hanya takut tiba - tiba Noel berkeinginan pula dengan aku nanti.
“Tak apa. Abang takkan buat apa - apa pada Jelita. Abang janji”. Pujuknya dengan lembut seraya menyembamkan wajahnya pada ceruk leherku.
Aku tak selesa hendak tidur.
Tapi, Noel sudah pun lena begitu saja.
Tubuh besarnya itu memeluk erat pinggangku membuatkan aku cukup rapat dengan batang tubuhnya. Takkanlah aku nak menolak badan dia pula kan?
Kecil hati Noel nanti.
Tambahan lagi, Noel yang membantu aku mengemaskan barangku ke dalam almari.
Noel jauh lebih cekap dalam membuat kerja rumah berbandingku.
♡♡♡♡♡♡
PERTAMA kalinya di dalam hidupku.Ini merupakan kali pertama untuk aku makan bersama - sama Noel sebagai pasangan suami isteri. Tambahan, pada awal pagi lagi Noel yang membangunkan aku untuk menunaikan solat bersama - sama.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romansa"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...