AKU datang ke sekolah sama seperti biasa.
Sememangnya, semua keadaan sama seperti biasa malahan tiada apa yang berubah melainkan seseorang iaitu Hansel Aufan bin Hanzel Evans. Karakternya yang sebelum ini bad boy dan tak faham bahasa tiba - tiba berubah menjadi-
“Jelita”. Sapanya bersama - sama senyuman manis.
Dia berubah menjadi pelik.
Aku hanya memerhatikan Hansel yang berdiri di depanku. Jauh betul dengan reaksi dia yang sebelum ini sangat jauh berbeza membuatkan aku menjadi musykil.
Adakah dia terhantuk pada sesuatu yang keras kelmarin?
“Jelita. Aku rindu kau”. Adu Hansel.
“Kau sihat tak ni?” Soalku dengan nada berpura - pura prihatin.
Aku risau sebenarnya dengan sikap aneh Hansel ini. Aku takut jika dia merancang sesuatu yang kejam.
“Aku sihat. Aku kan dah janji dengan kau semalam untuk berubah? Aku akan buat yang terbaik untuk kau, Jelita. Aku nak pikat kau dengan kemampuan aku sebagai lelaki”. Tuturnya penuh tekad.
Aku terkebil - kebil memandangnya.
“Kau memang betul - betul berubah?”
Hansel mengangguk.
Aku tak boleh nak percaya.
“Bagi aku bawa beg ni untuk kau. Aku dah lama sangat tunggu kau datang ke sekolah tau. Hari ni kau datang lambat sikit dari kebiasaan”. Ujar Hansel seraya mengambil beg aku dengan lembut lalu dia galas pada bahunya.
Tangan kananku digenggamnya supaya aku mengikuti langkahnya.
Tak sangka…
Semestinya semua pelajar di dalam kelas kami terkedu apabila melihat Hansel membawa aku masuk ke dalam kelas. Beg aku diletak di tempat aku. Kemudiannya, dia menarik kerusi mempersilakan aku duduk.
Aku masih terkelu.
“Kau nak air? Aku belikan untuk kau sarapan sebab aku rasa kebiasaannya kau tak makan sarapan kan?”
“Okey”. Gumamku perlahan.
Hansel terus saja melangkah keluar dari kelas.
Oh Tuhan.
Aku rasa Hansel dah dirasuk oleh hantu kerana sikapnya sangat - sangat berbeza dari sebelum ini.
Beberapa orang pelajar perempuan datang ke arahku.
“Jelita”.
Aku menatap wajah mereka.
“Kau dan Hansel bercinta ke? Aku nampak mood Hansel dari pagi tadi baik saja”. Tegur salah seorang perempuan.
“Betul. Aku perasan Hansel senyum - senyum saja”. Bidas seorang lagi.
“Aku rasa apa yang pelik ialah Hansel iring Jelita masuk ke kelas. Pertama kalinya mereka berdua tak bergaduh pada waktu pagi. Sebelum ini mesti setiap pagi akan riuh dengan pergaduhan mereka”. Tokok mereka lagi.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...