HANSEL takkan berkahwin dengan Nuha kalau aku jatuh cinta dengan Noel. Jadi, aku perlu memujuk hati aku ini untuk mencintai Noel.
Aku keluar dari kereta sebaik saja tiba di rumah.
Sekarang baru aku terfikir yang aku bodoh kerana aku boleh berniat hendak menyerahkan tubuhku pada Hansel sedangkan Noel yang lebih berhak? Mana maruah aku pada waktu itu?
Ah, dungunya aku!
Aku membuka langkah masuk ke dalam rumah.
Aku nampak Noel sedang terlena di atas sofa.
Rumah yang agak tunggang - langgang sewaktu aku keluar tadi telah menjadi sangat kemas. Tak sangka Noel akan melakukan segala - galanya sendiri sedangkan aku yang menjadi isterinya keluar menggoda lelaki lain.
Aku memang isteri yang nusyuz.
Aku mendekati Noel yang sedang terlena itu.
Pipinya ditekupku dengan tanganku membuatkan Noel membuka matanya apabila dia melihat wajahku.
“Je-Jelita…”
“Abang. Jelita minta maaf sebab tinggalkan abang sendirian di dalam rumah”. Tuturku dengan lembut.
“Tak apa. Abang faham Jelita tertekan”. Balasnya.
Aku melabuhkan punggungku di atas ribaan Noel lalu batang lehernya dipelukku dengan erat.
Noel nampak tak mengerti.
“Jelita okey?” Soalnya dengan prihatin.
“Jelita pergi ke rumah Hansel. Mula - mula niat Jelita hendak menggoda dia. T-tapi, Hansel tolak sebab Jelita isteri abang. Jelita tahu apa yang Jelita buat salah. Je-Jelita buat kerja bodoh. Jelita minta maaf…” Kataku dengan suara bergetar tatkala aku melihat air muka Noel yang berubah.
“Je-Jelita dah buat keputusan nak jatuh cinta pada abang. Je-Jelita nak mengenali abang sepenuhnya”. Tuturku lagi.
Noel diam.
Aku memeluk batang lehernya dengan kemas lalu aku tunduk mahu menciumnga. Malang, Noel mengalihkan wajahnya.
Aku mengetap bibir.
“Abang. Jelita memang tak sengaja. Jelita tak ada niat pun nak sakitkan hati abang. Je-Jelita terdesak ikut perasaan Jelita. Maafkanlah Jelita…” Rayuku.
Noel enggan menjawab bicaraku.
Muka dia juga marah.
Aku faham.
Pasti saja dia marah setelah mengetahui isterinya sendiri mahu menggoda lelaki lain. Jika aku berada di tempat dia juga aku pasti akan lebih marah kerana rasa sangat - sangat dikhianati oleh orang yang aku cintai.
Noel meletakkan aku disebelahnya lalu Noel bangun.
“Ab-abang”. Aku memegang erat tangannya itu.
Noel mematikan langkah.
“Maafkanlah Jelita. Jelita janji Jelita takkan ulang perkara yang sama dah. Jelita memang nak fokus pada abang saja. Tolonglah, abang”. Rayuku.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...