MINGGU berganti minggu, aku telah menjadi isteri Noel.
Sekarang, sudah tiga minggu Noel bekerja sebagai cikgu sekolah tetapi dia tetap melakukan kerja rumah sama saja seperti biasa meskipun dia bekerja. Aku meringankan bebannya dengan mencuci pakaian, memasak dan mengemas rumah. Maka, Noel akan menguruskan hal di luar rumah.
Pertama kali mungkin agak susah untukku.
Namun, aku rasakan ini seolah - olah kebiasaan untuk aku setelah tiga minggu berlalu.
Noel juga tidak mengizinkan sesiapa pun datang ke rumah kami semasa dia keluar bekerja.
Aku faham Noel buat semua ini untuk keselamatan aku.
Aku melabuhkan punggung di atas sofa sambil membuka buku resepi yang dibelikan oleh Noel. Pelbagai jenis buku resepi yang ada di sudut bacaan membuatkan aku rambang mata hendak memilih.
Aku rasa hobi Noel ialah memasak.
Untungnya, aku sebab dapat suami yang rajin memasak.
Silap hari bulan nanti badan aku jadi macam roti pou pula.
Telefon bimbitku berbunyi disebelahku.
Ikon hijau ditekan tatkala nama Noel yang terpapar pada skrin telefon bimbitku.
Aku teka ini ialah waktu rehatnya sebab itulah dia akan menelefon aku.
“Assalamualaikum, Jelita”. Tegur Noel.
“Waalaikumusalam, abang”. Balasku dengan lembut.
“Jelita buat apa di rumah sendirian?” Soalnya.
“Jelita tengah duduk di ruang tamu sambil tengok buku resepi yang abang simpan. Abang suka memasak ya? Itu sebabnya abang mahir je memasak semua menu yang Jelita minta”. Kataku padanya.
“Ya, abang suka memasak. Abang akan lebih suka memasak kalau abang masak khas untuk Jelita”.
Aku ketawa kecil.
“Abang makan apa?”
“Abang makan roti dengan teh tarik je”.
“Abang makanlah dulu. Jangan makan tergopoh - gapah sangat sebab takut nanti tercekik pula. Abang jangan lupa mengajar baik - baik tau”. Pesanku dengan nada yang cukup lembut.
“Okey, sayang. Jelita pun jangan nakal - nakal. Jelita kena duduk rumah diam - diam aje tau. Nanti abang akan balik. Jelita tunggu abang tau”. Pesan Noel.
“Okey, abang”. Balasku dengan lembut.
“Abang pergi dulu. Assalamualaikum, Jelita”.
“Waalaikumusalam, abang”. Selesai saja aku mengucapkan begitu terus saja Noel mematikan panggilan telefon bimbit.
Aku meletakkan telefon bimbit disebelahku.
Buku resepi itu kembali menjadi perhatianku.
Aku nak cuba memasak juga tapi kalau tak jadi nanti Noel marah aku pula sebab membazirkan bahan - bahan masakan.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...