NOEL membawa aku datang ke pasar raya kerana dia memberitahu Nuha dan Joshua juga ada di sini bersama - sama dengan atuk. Jadi, betul waktu daddy memberitahu Nuha keluar membeli barang. Masalahnya, kenapa lama sangat?
Aku hanya membiarkan Noel memegang erat tanganku semasa kami berdua berjalan di sekitar pasar raya besar itu.
Aku tak sangka pula aku bertemu dengan Maria tanpa sengaja.
Dia sedang membeli coolblog.
Setahun saja berlalu. Maria nampaknya semakin ceria saja semasa aku bertemunya kini. Biadap ke kalau aku tanya tentang Arsen? Tapi, Arsen itu sepupu aku juga takkan salah jika aku mengambil berat tentang halnya?
“Arsen macam mana?” Akhirnya, Noel yang bertanya bagaikan dia tahu apa yang aku sedang fikirkan.
“Arsen dah makin okey. Saya rasa dia pun dah makin tenang aje. Jika tak dia selalu cepat marah”. Katanya.
“Cepat marah?” Aku menyoal Maria semula.
“Ya, Arsen tu sebenarnya berbeza dari depan. Dia selalu berlakon baik di depan awak sedangkan itu bukan perangai yang sebenarnya. Saya dah minta Arsen jujur aje apa yang dia tak puas hati pada awak. Tapi, Arsen pantang dengar nama awak saja dia mesti marah. Lepas setahun ni rasanya marah dia dah reda. Saya bercakap tentang awak pun dia tak marah sangat dah”. Cerita Maria.
Aku mengetap bibir.
Arsen marah aku sebab dia tak suka atuk jadikan aku cucu kesayangan sedangkan aku bukanlah…
“Janganlah rasa rendah diri”. Aku memandang Noel yang menyentuh lembut kepalaku.
Aku tak sangka Noel boleh baca air mukaku.
“Silapnya Arsen tu dia berdendam dari kecil tentang apa yang dia tak puas hati. Makin lama kumpul memang teruklah marah dia. Tapi, Arsen dah luahkan semua yang dia tak puas hati pada Jelita. Jadi, abang percaya yang Arsen pun rasa lega sekarang. Abang percaya juga suatu hari nanti Arsen mesti akan minta maaf pada Jelita sebab dia bertindak mengikut amarah syaitan”. Tutur Noel dengan tenang.
Aku mengangguk perlahan.
“Romantisnya, Cikgu Noel!” Puji Maria girang.
Noel tersenyum.
“Maria pun teruskan usaha untuk menjaga Arsen. Lelaki macam Arsen memerlukan perempuan yang baik macam Maria. Cikgu percaya yang suatu hari nanti Arsen akan berubah menjadi lelaki yang baik”.
“Terima kasih, cikgu”. Ucap Maria.
“Maria…” Kami bertiga memandang ke arah seorang lelaki yang menegur Maria itu.
Aku terkebil - kebil melihat lelaki yang memakai topi hitam dan juga mask yang berwarna hitam. Matanya membulat apabila dia menatapku.
Dia terus memusingkan tubuhnya.
Mata lelaki itu berwarna hijau?
Maria lekas saja mendekati lelaki itu lalu dia berdiri di belakang lelaki itu bersama - sama senyuman manis.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...