HARI aku merupakan hari yang sunyi memandangkan dan lesu setelah hal ketiadaan Hansel telah diberitahu.
Daddy kata hanya pihak lelaki saja yang menguruskan hal Hansel itu.
Tiada siapa antara kami yang dibenarkan melawat kerana dilarang oleh atuk dengan tegas sekali.
Aku tertanya - tanya sendiri.
Adakah kewujudan aku ini telah menyusahkan orang?
Disebabkan hal kematian Hansel itu seluruh sekolah telah menuduhku membawa nasib malang. Ya, pertama kalinya di dalam hidupku aku telah dibuli di sekolah.
Arsen juga tidak menghiraukan aku seolah - olah dia langsung tak mengenaliku.
Noel saja yang ada untuk membantu aku ketika aku dibuli.
Lokar aku ada sampah.
Aku disimbah air sewaktu aku lalu di tingkat bawah.
Orang membaling telur - telur yang masih mentah padaku.
Salah aku ke Hansel mati? Bukankah lebih baik jika Hansel membiarkan saja aku ditimpa pasu itu? Maka, aku tak perlu untuk menghadapi semua masalah ini.
Aku termenung sendiri menghadap tingkap bilik music.
Tingkap yang terbuka.
Tidak ada penghadang jeriji besi. Jika ada yang berniat hendak membunuh diri pasti saja mereka akan memilih tempat ini.
Strategik.
Aku takkan sesekali membunuh diri memandangkan aku tahu perkara itu salah.
Pintu bilik musik dikunci.
Aku memandang ke arah seorang lelaki yang pernah menolak aku ke arah jalan raya itu.
Sekian lama aku tak bertemunya. Akhirnya kali ini…
“K-kenapa kau datang?” Soalku perlahan.
“Aku dengar yang Hansel mati disebabkan kau. Berani kau buat Hansel mati macam itu saja? Mati demi mempertahankan perempuan murahan macam kau ni?!” Soal lelaki itu tak puas hati.
“Ak-aku tak buat Hansel mati!” Nafiku.
“Dia mati sebab dia melindungi kau. Jadi, silap kau”. Tegas lelaki itu lagi.
“Apa kena mengena kau ni dengan Hansel sampaikan semua perkara yang berkaitan Hansel terus aje kau serang aku? K-kau suka dia ke?” Soalku perlahan.
“Aku tak suka Hansel. Aku hanya mahukan yang terbaik untuk Hansel. Kau tolak cinta dia disebabkan kau perasan yang kau ni cantik. Kau langsung tak sedar yang Hansel sanggup buat apa saja demi kau”. Katanya.
“Aku tak buat apa - apa pun pada Hansel. Aku pun terkilan kehilangan dia”.
“Kau terkilan selepas dia mati. Sebelum dia mati? Kau tak terkilan langsung malahan kau puas hati kan? Kau memang tak guna, perempuan!”
Lelaki itu menolak aku keluar dari jendela.
Aku berusaha untuk berpaut pada batu - batu yang diukir kemas itu.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...